Pengertian
Sheikh mempunyai dua pengertian pada umumnya, iaitu seseoarng yang merupaka ketua atau pemimpin bagi sesebuah puak atau kumpulan; atau seseorang yang dihormati atau berilmu.
Pada zaman Arab Jahilyah (zaman 300 Masihi hingga kelahiran Nabi Muhammad), Sheikh merupakan ketua bagi sesebuah kabilah (puak), yang harus mempunyai identiti yang matang, berani, sanggup mempertahankan puaknya dan pandai berpidato[1].
Pada masa kini, sheikh merujuk kepada orang tua suatu kaum, orang bijaksana yang dihormati, atau sarjana Islam. [2]








