Tan Sri Shamsul Azhar Abbas ialah eksekutif perniagaan Malaysia dan merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dari 10 Februari 2010 hingga 9 Februari 2015.[1] Beliau menggantikan Tan Sri Hassan Merican.[2] Shamsul Azhar merupakan Pengerusi MMC Corporation Berhad sejak 16 Julai 2015.[3]
Pendidikan
Shamsul memegang Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Tenaga dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dan Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia, serta, Diploma Teknikal Ekonomi Petroleum dari Institut Francais du Petrole yang berpusat di Paris, Perancis.[4]
Kerjaya
Beliau menyertai Petronas pada tahun 1975 dan berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk sebagai pelatih eksekutif. Semasa kepimpinannya, beliau mengarahkan PETRONAS dalam melaksanakan projek mercu tanda strategik seperti Projek Penapisan Bersepadu dan Petrokimia Pengerang (RAPID), Projek Bintulu Train 9, Projek Kemudahan LNG Terapung PETRONAS dan Projek Terminal Regasifikasi di Melaka.
Beliau terus memperkuat kedudukan PETRONAS melalui pengambilalihan Progress Energy Canada dan pembangunan gas syal ke LNG menerusi projek LNG Pasifik Utara Barat. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan dan Presiden MISC Berhad (Dahulunya Malaysia International Shipping Corporation Berhad) dari 1 Julai 2004 hingga 31 Disember 2008.
Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi NCB Holdings Bhd sejak 21 Januari 2016. Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi PETRONAS Maritime Services Sdn Bhd. Dari 1 September 2015 hingga 1 Januari 2017, Shamsul Azhar memegang jawatan Pengerusi Petronas Gas.[5]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Terima kasih Shamsul Azhar Harian Metro (10 Februari 2015). Dicapai pada 13 April 2015.
- ^ Shamsul to replace Hassan at helm of Petronas The Edge Markets (4 Februari 2010). Dicapai pada 13 April 2013.
- ^ MMC appoints Shamsul Azhar Abbas as chairman KINIBIZ (6 Julai 2015). Dicapai pada 13 April 2017.
- ^ Shamsul Azhar Abbas: Profile MMC Corporation. Dicapai pada 13 April 2017.
- ^ Shamsul Azhar Abbas: Profile Bloomberg. Dicapai pada 17 Julai 2017.
Jawatan perniagaan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Hassan Merican |
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas 10 Februari 2010 - 9 Februari 2015 |
Diikuti oleh: Wan Zulkiflee Wan Ariffin |
Didahului oleh Syed Abdul Jabbar Syed Hassan |
Pengerusi MMC Corporation Berhad 16 Julai 2015 |
Diikuti oleh: Penyandang terkini |