Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour | |
---|---|
Gabenor Bank Negara Malaysia ke-10 | |
Menyandang jawatan 1 Julai 2023 | |
Didahului oleh | Nor Shamsiah Mohd Yunus |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Pendidikan | Sarjana Muda Ekonomi |
Tempat belajar | Universiti Malaya (UM) |
Dato’ Seri Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour ialah seorang jurubank Malaysia yang dilantik sebagai gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 1 Julai 2023.[1][2] Beliau sebelum ini merupakan timbalan gabenor bank pusat itu.
Pendidikan
Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya (UM) dan MBA daripada Saïd Business School, Universiti Oxford.[1]
Kerjaya
Abdul Rasheed mula berkhidmat di BNM pada 1988. Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan dan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari serta Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak 2015.[1]
Beliau turut memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2000-2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020 dan 2022-2026). Pada tahun 2016, beliau dilantik sebagai Timbalan Gabenor BNM.[1][3]
Beliau dilantik sebagai gabenor BNM ke-10 pada 1 Julai 2023 bagi tempoh 5 tahun,[4] menggantikan Nor Shamsiah Mohd Yunus yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sehari sebelumya, iaitu pada 30 Jun. Pelantikan beliau mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.[1][5]
Anugerah
- Wilayah Persekutuan :
- Panglima Mahkota Wilayah (PMW) – Datuk (2018)
- Pulau Pinang :
- Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) – Dato' Seri (2024)[6]
Rujukan
- ^ a b c d e Alzahrin Alias (9 Jun 2023). "Abdul Rasheed dilantik jadi Gabenor Bank Negara". Berita Harian. Dicapai pada 30 Disember 2023.
- ^ "Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi". Astro Awani. 11 Jun 2023. Dicapai pada 30 Disember 2023.
- ^ "Abdul Rasheed appointed BNM deputy governor". Free Malaysia Today. 4 Julai 2016. Dicapai pada 30 Disember 2023.
- ^ "Shaik Abdul Rasheed dilantik Gabenor Bank Negara". Sinar Harian. 9 Jun 2023. Dicapai pada 30 Disember 2023.
- ^ "Abdul Rasheed Ghaffour appointed as Bank Negara governor for 5 years effective July 1". The Star Online. 9 Jun 2023. Dicapai pada 30 Disember 2023.
- ^ "DAP veteran Lim Kit Siang leads Penang governor's birthday honours list". www.malaymail.com.
Pautan luar
- "Profil rasmi" (PDF). Dicapai pada 30 Disember 2023 – melalui laman web rasmi Bank Negara Malaysia.