Shahrul Ekamatra | |
---|---|
Nama lahir | Md Shahrulhadi bin Salilholdin@Salilhaldin |
Juga dikenali sebagai | Shahrul, Shahrul Ekamatra |
Kelahiran | Batu Pahat, Johor | 12 Jun 1972
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Rock, Pop rock, Balada |
Pekerjaan | Pemuzik |
Instrumen | Gitar Utama |
Tahun aktif | 1989 - sekarang |
Pengkarya berkait | M. Nasir, Ekamatra |
Md Shahrulhadi Salilholdin@Salilhaldin atau lebih dikenali sebagai Shahrul Ekamatra dilahirkan pada Batu Pahat dan dibesarkan di Kota Tinggi, Johor. Beliau merupakan pemain gitar utama kumpulan Ekamatra yang mula menempa nama setelah menjuarai pertandingan Juara Rock Johor dan Juara Rock Johor Tengah sekitar tahun 1986 hingga tahun 1988. Beliau juga adalah abang kepada pemain gitar kedua kumpulan Ekamatra iaitu Md Nurulazman atau lebih dikenali sebagai Nurul.
12 Jun 1972 diDilahirkan dalam keluarga yang mempunyai darah seni, kehadiran Shahrul mengejutkan industri muzik tanah air kerana kebolehan luar biasa yang dimilikinya dalam bermain gitar terutamanya dalam lagu Pusara Di Lebuhraya dan Ekamatra Instrumental biarpun usianya pada ketika itu cuma 16 tahun. Hal ini telah meletakkan beliau sebagai salah seorang gitaris terbaik yang ada di Malaysia pada masa kini sebaris dengan gitaris berbakat besar yang lain seperti Kid Search, Hillary Ang, Man Kidal, Along Exists, Shah Slam, Izo XPDC, Awang BPR, Joe Wings, Jay New Boyz, Amy Ukays dan lain-lain lagi.
Bersama-sama dengan Ekamatra, beliau mempunyai sebuah album killer bernama Satu Tekanan Irama dengan menampilkan permainan gitar yang sangat profesional seperti permainannya dalam lagu Ekamatra Instrumental, Pusara Di Lebuhraya, Hanya Satu Persinggahan, Mimpi Fantasi, dan Sentuhan Kecundang. Kebanyakan lagu-lagu dalam album Satu Tekanan Irama dicipta oleh ahli kumpulannya sendiri terutamanya Shahrul dan Rahmat.
Tidak lama kemudian, kumpulan Ekamatra telah berpecah dan beliau bersama dengan adik kembarnya Nurul dan pemain bas, Pacai telah menubuhkan Kumpulan Eka dengan kesemua lagu didalam album pertama mereka iaitu Kelahiran (1992) dicipta oleh ahli kumpulannya sendiri terutamanya Shahrul. Album tersebut boleh dianggap sebagai album Underground kerana semua lagu-lagu, susunan muzik, mixing, penerbitan dibuat sendiri oleh ahli kumpulan mereka kecuali pengedaran oleh EMI.
Selepas kumpulan Eka berpecah, Shahrul kemudiannya menerbitkan sebuah album Solo gitar bernama Transfigurasi (1995) yang turut menampilkan Rahmat Ekamatra sebagai artis undangan bagi rakaman suara. Album tersebut menyerlahkan lagi kehebatan Shahrul dalam permainan gitar sebaris gitaris legenda tanah air walaupun usianya baru menjengah 20'an.
LAGU-LAGU CIPTAAN SHAHRUL
ALBUM SATU TEKANAN IRAMA (1989) - EKAMATRA
- Dunia Ke III (Shahrul sebagai pengubah lagu)
- Simfoni Untuk Gadisku (Shahrul sebagai pengubah lagu)
- Ekamatra Instrumental (ciptaan sepenuhnya Shahrul)
- Ego (Shahrul sebagai pengubah lagu)
- Mimpi Fantasi (Shahrul sebagai pengubah lagu)
ALBUM KELAHIRAN (1992) - EKA
Kesemua lagu dalam album ini adalah ciptaan Shahrul, Nurul, dan Pacai
Senarai lagu tersebut:
- Kelahiran - Instrumental (ciptaan Shahrul, Nurul, Pacai)
- Parasit (ciptaan Shahrul, Nurul, Pacai)
- Ozon (ciptaan Shahrul, Nurul, Pacai)
- Pencarian (ciptaan Shahrul, Nurul, Pacai)
- Boneka (ciptaan Shahrul, Nurul, Pacai)
- Mimpi Fantasi II (ciptaan Shahrul, Nurul, Pacai)
- Eka 1 - Instrumental (ciptaan Shahrul, Nurul, Pacai)
- Darjat (ciptaan Shahrul, Nurul, Pacai)
- Zionis (ciptaan Shahrul, Nurul, Pacai)
- Mahligai (ciptaan Shahrul, Nurul, Pacai)
- Ice - Instrumental (ciptaan Shahrul, Nurul, Pacai)