Anuar Zain | |
---|---|
Kelahiran | Shahrul Anuar bin Zain 15 Februari 1970 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1985–kini |
Ibu | Robiah Abdul |
Bapa | Zain Abdullah |
Saudara | Ziana Zain (kakak) Arul Zain (adik) Ernie Zakri (anak saudara) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Balada, R&B |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Anuar Zain Network Sdn. Bhd. |
Pengkarya berkait | Camelia, Dayang Nurfaizah, Hetty Sarlene, Amy Mastura |
Laman web rasmi | www.anuarzain.com.my |
Shahrul Anuar Zain (lahir 15 Februari 1970) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau merupakan adik kepada penyanyi, Ziana Zain dan merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik serta bapa saudara kepada penyanyi, Ernie Zakri. Antara lagu-lagu beliau yang hits ialah seperti "Keabadian Cinta", "Sesucinya Cintamu", "Lelaki Ini", dan terbaru "Sedetik Lebih". Anuar dikatakan antara artis tempatan yang menerima bayaran tertinggi dengan nilai kira-kira RM50,000. Khabarnya, untuk persembahan sebanyak tiga lagu, bayaran kepada Anuar Zain mampu mencecah lebih RM20,000 dengan menggunakan minus one.[1]
Kerjaya muzik
Beliau lahir di Merlimau tetapi membesar di Shah Alam, Selangor. Adik kepada penyanyi Ziana Zain ini merupakan orang terawal yang bergiat di dunia hiburan pada zaman remaja apabila beliau telah menghasilkan album duet bersama Ellina. Ketika itu lagu yang amat diminati ialah "Kain Pelikat".
Namun begitu, perjuangan pasangan duet ini akhirnya terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Setelah kerjaya seni Anuar tidak dapat diteruskan, Anuar mengambil keputusan bekerja sebagai pramugara bersama syarikat penerbangan MAS, pada penghujung 80-an.
Hampir sepuluh tahun menyepikan diri, akhirnya pada 1998 Anuar Zain muncul kembali apabila beliau menandatangani kontrak bersama syarikat Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. dan menghasilkan sebuah album yang bertajuk 'Anuar Zain' yang mengandungi lagu-lagu popular seperti "Bila Resah", "Jangan Bersedih Lagi", "Kita" dan "Musim Berlalu".
Beliau telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dan Vokal Lelaki Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1998. Walau bagaimanapun, perselisihan faham dengan syarikat Warner Music membuatkan beliau keluar dari syarikat itu lalu telah dilamar oleh syarikat Synchrosound Music Sdn. Bhd. Beliau menghasilkan album bersama syarikat berkenaan dengan lagu-lagu popular antaranya "Permata", "Mungkin", "Keabadian Cinta", "Sesucinya Cintamu".
Beliau turut cuba menonjolkan diri dalam bidang lakonan apabila muncul dalam filem "Bintang Hati" bersama dengan pelakon dan penyanyi sensasi Amy Mastura. Dengan cubaan demi cubaan, Anuar Zain akhirnya melangkah dengan lebih berani lagi ke dalam industri seni tanah air hingga menjulang namanya apabila dinobatkan dengan pelbagai anugerah. Kini, Anuar Zain masih diminati dan dikenali ramai.
Konsert Anuar Zain - Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari
Nama konsert ini diadakan sempena genap 30 tahun Anuar Zain berada di arena seni suara dengan penuh cinta pada muzik dan beliau sangat sayang pada peminatnya sepenuh hati sanubari. Tambah mengujakan apabila ianya berlangsung sehari selepas sambutan ulangtahun Anuar Zain yang ke-43 tahun. Konsert ini telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam. Anuar Zain memukau hampir 5,000 penonton yang menyaksikan konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari.[2]
Selama 30 tahun, sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti Anuar Zain dan pengalaman 30 tahun itu dikongsi bersama dengan peminat pada malam itu. Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu membuktikan diri dan bakatnya masih utuh di liga tersendiri saat muncul di pentas jam 9.05 malam disambut jeritan dan teriakan penonton. Penganjuran konsert anjuran Anuar Zain Network dengan kerjasama Universal Music ini juga sebagai simbolik 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni.[3]
30 tahun pancawarna Anuar Zain di dalam gelanggang muzik Malaysia dilagukan merentasi memori terindah bersama pengarah muzik tersohor tanahair, Mac Chew dan dipersembahkan dengan iringan 26 ahli orkestra menjanjikan temasya sebenar meraikan Anuar Zain dan legasi muziknya.
Anuar Zain tampil dengan gaya klasik, turut mendendangkan 20 lagu termasuk yang memperkenalkannya di arena seni. Sepanjang lebih dua jam menghiburkan penonton, Anuar juga mengembalikan kehangatan lagu Ajari Aku apabila Nora Danish yang menjadi model klip video lagu itu tampil dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat sebagai gimik di atas pentas.[4]
Anugerah dan pencalonan
Anugerah Industri Muzik
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan |
1999 (AIM6) | Artis Baru Lelaki Terbaik | Menang | ||
Kulit Album Terbaik | Anuar Zain | Tercalon | ||
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Menang | |||
Album Pop Terbaik | Tercalon | |||
2003 (AIM10) | Kulit Album Terbaik | Anuar Zain | Tercalon | |
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Menang | |||
Album Pop Terbaik | Tercalon | |||
Lagu Terbaik | Keabadian Cinta | Menang | ||
2008 (AIM15) | Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) | Tinggalkan Aku | Anuar Zain | Tercalon |
2011 (AIM18) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) | Sedetik Lebih | OST Hikayat Merong Mahawangsa | Menang |
Lagu Pop Terbaik | Menang | |||
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Tercalon | |||
Video Muzik Terbaik | Tercalon | |||
Lagu Terbaik | Menang | |||
2013 (AIM20) | Album Terbaik | Anuar & Dayang Live at Dewan Filharmonik Petronas (bersama Dayang Nurfaizah) | Tercalon | |
Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu | Sedetik Lebih (bersama Dayang Nurfaizah) | Menang | ||
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Bila Resah (Penggubah: Jenny Chin) | Menang |
Anugerah Juara Lagu
Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
1998 (AJL 13) | Bila Resah | Anuar Zain | Aznul Haidi | Aznul Haidi | Pop/Rock | Tercalon |
2003 (AJL 18) | Keabadian Cinta | Anuar Zain | Azlan Abu Hassan | Azalea | Balada | Tercalon |
2004 (AJL 19) | Semua Untukmu | Anuar Zain | Sharizan Salmi | Sharizan Salmi | Balada | Tercalon |
2011 (AJL 26) | Sedetik Lebih (digantikan oleh Jaclyn Victor) | OST Hikayat Merong Mahawangsa | Edry Abdul Halim | Edry Abdul Halim | Terbuka | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
1998 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2002 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2003 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
2007 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2010 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2011 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
2023 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Lain-lain Pencapaian
Anugerah Planet Muzik 2017
- Penyanyi Lelaki Terbaik
Festival Filem Malaysia 2011 (FFM24)
- Lagu Tema Terbaik - Sedetik Lebih (ost Hikayat Merong Mahawangsa)
Anugerah Planet Muzik 2008
- Penyanyi Lelaki Terbaik
Anugerah ERA 2005
- Vokal Lelaki Pilihan
Anugerah Planet Muzik 2005
- Penyanyi Lelaki Paling Popular
Anugerah HYPE 2004
- Penyanyi Lelaki Ter-HYPE!
Anugerah Media Hiburan 03/04
- Penyanyi Lelaki Popular
- Artis Lelaki Kacak
Anugerah Planet Muzik 2004
- Penyanyi Lelaki Paling Popular
Anugerah ERA 2003
- Vokal Lelaki Pilihan
Anugerah Planet Muzik 2003
- Artis Lelaki Paling Popular
Anugerah Media Hiburan 2002
- Penyanyi Lelaki Solo/Berkumpulan
Profil Vokal
- Jenis Suara: Lyric Tenor
- Nota Rendah : F2
- Nota Tinggi : G5
- Julat Suara : 3 octaves, 2 semitone
Diskografi
Album studio
- Anuar Zain (1998)
- Keabadian Cinta (2002)
- Anuar Zain (2007)
- Anuar Zain (2011)
- Anuar Zain (2016)
Senarai lagu:
1. Kembali
2. Andainya Takdir
3. Cinta Takkan Berakhir
4. Karena Aku Cinta
5. Belahan Hati
6. Hujan
7. Kembali Padamu Ilahi
8. Selamat Malam
Album Live
- Anuar & Dayang - Live at Dewan Filharmonik Petronas (2013)
- Anuar Zain - 3 Dekad - Muzik, Cinta dan Sanubari (2013)
Album kompilasi
- Anuar Zain - 1998-2002 (2003)
- The Best of Anuar Zain & Dayang Nurfaizah (2004)
- MEMORI HIT - Anuar & Ellina (2007)
Single
Tahun | Tajuk | Album | Posisi tertinggi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
MUZIK fm | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | Bursa Muzik Malaysia | |||||||
1998 |
Bila Resah
|
Anuar Zain (album 1998) | 1 | 1 | - | 1 | - | ||||
Jangan Bersedih Lagi
|
3 | 8 | - | - | - | ||||||
1999 |
Kita
|
1 | 2 | - | 1 | - | |||||
Musim Berlalu
|
7 | 13 | - | - | - | ||||||
Tangisan Naluri
|
2 | 4 | - | - | - | ||||||
2000 |
Demi Cinta Kita- duet Hetty Sarlene
|
"Rindu Aku Rindu" oleh Hetty Sarlene | 1 | 1 | - | 1 | - | ||||
Soal Hati- trio bersama Erra Fazira & Afdlin Shauki
|
OST Soal Hati | 1 | 1 | - | 1 | - | |||||
2002 |
Permata
|
Keabadian Cinta | 1 | 1 | - | 1 | - | ||||
Keabadian Cinta
|
1 | - | - | - | - | ||||||
Kembalilah Kasih
|
11 | - | - | - | - | ||||||
2003 |
Mungkin
|
4 | - | - | - | - | |||||
Sesucinya Cintamu
|
2 | 5 | - | - | - | ||||||
Kini Bebas - duet Camelia
|
"Untukmu" oleh Camelia | 1 | 1 | - | 1 | - | |||||
2004 |
Semua Untukmu
|
Keabadian Cinta | 1 | 1 | 1 | 1 | - | ||||
Andai duet Amy Mastura |
OST Bintang Hati | 1 | 1 | 1 | 1 | - | |||||
Bersabarlah Sayang
|
The Best of Anuar Zain & Dayang Nurfaizah | 1 | 1 | 1 | 1 | - | |||||
2006 |
Perpisahan
|
OST Cinta | 6 | - | 1 | - | - | ||||
2007 |
Lelaki Ini
|
Anuar Zain (album 2007) | 3 | 2 | 1 | 1 | - | ||||
Ketulusan Hati
|
1 | 1 | 1 | 1 | - | ||||||
2008 |
Bidadari
|
3 | 2 | 1 | 1 | - | |||||
I'm The Lucky One
|
1 | 1 | 1 | 1 | - | ||||||
Teman Terulung
|
3 | 2 | 1 | 1 | - | ||||||
2009 |
Tinggalkan Aku
|
1 | 1 | 1 | 1 | - | |||||
Kau Bunga Cintaku
|
3 | 2 | 1 | 1 | - | ||||||
2010 |
Ku Berjanji Karna Cinta
|
Anuar Zain album | 1 | 2 | 1 | 1 | - | ||||
2011 |
Sedetik Lebih
|
OST Merong Mahawangsa | 3 | 1 | 1 | 1 | 1 | ||||
Cinta Harus Memiliki
|
Anuar Zain album | ||||||||||
2012 |
Sempurnakan Aku
|
||||||||||
Kisah Kita duet Hunny Madu
|
Pulau Janji (album Hunny Madu) | ||||||||||
Ajari Aku
|
Anuar Zain album |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2000 | Soal Hati | Roslan | Filem pertama, penampilan khas |
2004 | Bintang Hati | Izad |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2005 | Puteri (Musim 1) | Dirinya sendiri | TV3 | Episod: "Penyanyi Pujaan" |
Rujukan
- ^ Utusan Online. "Anuar Zain terima bayaran tertinggi" Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 17 Julai 2012. Retrieved on 17 February 2013.
- ^ Hasnurul Mohamed. "Konsert solo tiga dekad Anuar Zain" Kosmo!, Kuala Lumpur, 19 November 2012. Retrieved on 17 Februari 2013.
- ^ Arkib. "Eksklusif di konsert", Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 10 February 2013. Retrieved on 8 March 2013.
- ^ Berita Harian. "Aura Anuar Pukau 5,000 Penonton" Diarkibkan 2013-02-17 di Wayback Machine, Berita Harian, Kuala Lumpur, 17 Februari 2013. Retrieved on 18 Februari 2013.
Pautan luar
- Anuar Zain Website Diarkibkan 2008-11-02 di Wayback Machine
- Anuar Zain Buddies (Yahoo! Groups)
- Anuar Zain Circle99 Diarkibkan 2007-10-22 di Wayback Machine
- anuarzain.net Diarkibkan 2017-05-21 di Wayback Machine
- Anuar Zain Blogspot
- Just Anuar Zain Diarkibkan 2007-02-20 di Wayback Machine
- Anuar Zain di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)