Shadow Tower | |
---|---|
Pembangun | From Software |
Penerbit | Agetec Inc. |
Komposer | Kota Hoshino |
Platform | PlayStation |
Pelepasan | |
Genre | Permainan video berperanan konsol |
Mod | Seorang pemain |
Shadow Tower (シャドウタワー , Shadou Tawā) merupakan sebuah permainan video berperanan aksi menggunakan pandangan perspektif pertama ciptaan From Software dan dikeluarkan pada tahun 1998. Judulnya berkongsi banyak elemen dengan siri King's Field, dan digantikan dengan judul sambungan, iaitu Shadow Tower Abyss yang dikeluarkan eksklusif di Jepun untuk konsol PlayStation 2.
Gaya permainan
Shadow Tower menggunakan seorang pemain dan satu watak dalam sistem ala-RPG. Pertarungan adalah dalam masa nyata (real-time). Shadow Tower adalah sebuah judul dungeon crawler; arasnya adalah sama setiap kali dikunjungi pemain.
Antara ciri-ciri menonjol judul ini:
- Tidak mempunyai muzik.
- Berbeza daripada judul RPG yang lain, Shadow Tower tidak mempunyai mata pengalaman mahupun level, tetapi statistik watak akan meningkat setiap kali musuh ditewaskan. Statistik berbeza dapat dinaikkan bergantung kepada jenis musuh yang ditewaskan.
- Setiap jenis alatan mempunyai daya ketahanan tersendiri dan akan mula lusuh dan rosak apabila digunakan dengan kerap, namun boleh dibaiki.
- Tiada AutoMap.
Latar tempat
Terdapat beberapa dunia yang muncul dalam Shadow Tower:
- Dunia Manusia
- Dunia Bumi
- Dunia Api
- Dunia Air
- Dunia Ilusi
- Dunia Raksasa
- Dunia Kematian
Pautan luar
- Laman GameFAQs (dalam bahasa Inggeris)
- Laman menggunakan keluaran permainan video dengan parameter diisi
- Rencana yang menggunakan infobox Wikidata dengan gambar yang ditentukan secara tempatan
- Tunas permainan video
- Permainan video 1998
- Permainan video fantasi
- Permainan video From Software
- Permainan PlayStation
- Permainan video yang dibangunkan di Jepun
- Permainan video berperanan