Kotak atas set (bahasa Inggeris: set-top box , STB) ialah sejenis peranti yang menyambungkan televisyen dengan sumber isyarat luaran, menukar isyarat itu menjadi kandungan untuk dipaparkan dalam skrin televisyen.
Sejarah
Sebelum Akta Penerima Semua Saluran 1962 mewajibkan penerima televisyen Amerika Syarikat mampu menala seluruh julat VHF dan UHF, sebuah kotak atas set yang dikenali sebagai penukar UHF boleh dipasang pada penerima untuk menganjakkan sebahagian spektrum UHF-TV ke pada saluran VHF rendah agar dapat ditonton. Oleh sebab sesetengah set TV 12 saluran era 1960-an masih digunakan selama bertahun-tahun, sementara Kanada dan Mexico lebih lambat mewajibkan pemasangan penala UHF dalam set TV baru berbanding AS, pasaran untuk perkakas penukar ini masih wujud sepanjang 1970-an.
Televisyen kabel membolehkan satu alternatif kepada pemasangan penukar UHF kerana siaran boleh dianjakkan frekuensi ke saluran VHF pada hulu kabel dan bukannya lokasi tontonan akhir. Malangnya, TV kabel menimbulkan masalah baru, iaitu kebanyakan sistem kabel tidak boleh menampung seluruh julat frekuensi 54-890 MHz VHF/UHF dan ruang VHF 12 saluran itu cepat habis diisi pada kebanyakan sistem itu. Oleh itu, sebarang penambahan saluran perlu dilakukan dengan memasukkan isyarat tambahan ke dalam sistem kabel pada frekuensi bukan piawaian, biasanya sama ada di bawah saluran 7 VHF (jalur tengah) atau terus di atas saluran 13 VHF (jalur super).
Frekuensi-frekuensi secocok dengan perkhidmatan bukan televisyen (seperti radio dua hala) di udara, dan oleh itu tiada pada penerima TV biasa. Sebelum set-set TV sedia kabel menjadi laris pada akhir 1980-an, sejenis kotak atas set yang dikenali sebagai "kotak penukar kabel" (cable converter box) diperlukan untuk menerima saluran televisyen kabel analog tambahan lalu menukarkannya menjadi frekuensi yang boleh ditonton pada TV biasa. Kotak-kotak ini biasanya disertakan alat kawalan jauh yang berfungsi menganjakkan satu saluran terpilih ke satu frekuensi VHF rendah (selalunya saluran 2 atau 3) untuk tontonan.
Televisyen digital
Kotak atas set digital khas disediakan untuk penerimaan siaran televisyen digital pada set-set TV yang tidak dipasang penala digital. Bagi sistem satelit siaran langsung (mini-dish) seperti Astro, kotak atas set merupakan penerima/dekoder bersepadu (integrated receiver/decoder, IRD).
Dengan ketibaan televisyen terestrial digital yang akan menggantikan televisyen analog, para penonton haruslah membeli kotak atas set yang sesuai mengikut piawaian setempat yang ditetapkan (ATSC di benua Amerika Utara dan Korea Selatan; ISDB-T di Jepun dan Brazil; DMB-T di China (termasuk Hong Kong); dan DVB-T di Eropah, Australia dan kebanyakan negara Asia), atau membeli set TV baru yang dipasang sedia penala digital yang juga menepati piawaian setempat.
Sesetengah kotak juga sedia dipasang perakam video digital (digital video recorder, DVR) yang biasanya menggunakan data penjadualan panduan rancangan elektronik dan merakamkan kandungan ke dalam cakera keras dalaman.
IPTV
Dalam rangkaian IPTV, kotak atas set komputer kecil yang menyediakan komunikasi dua hala pada rangkaian komputer Protokol Internet, sambil menyahkodkan media penstriman video. Kotak atas set IP sedia dipasang antara muka rangkaian rumah yang boleh menggunakan sama ada Ethernet atau mana-mana teknologi perangkaian rumah berwayar sedia ada seperti HomePNA.
Takrifan
Dengan kemunculan TV panel leper, kotak atas set kini lebih dalam ertinya daripada setakat diletakkan di atas set TV. Oleh itu, kotak atas set selalu diletakkan di bawah set TV, maka istilah kotak atas set sudah tidak kena namanya.
Lihat juga
Teknologi berhubung kait:
- ATSC
- Modem kabel
- Kesalinghubungan: RS-232, USB, Bluetooth dan Wi-Fi
- Penyesuai televisyen digital (DTA)
- DOCSIS
- DVB
- Siaran percuma
- ISDB
- Televisyen interaktif
- IPTV
- Penala QAM
- QPSK
- Cakera satelit
- Kadar simbol
Rujukan
Pautan luar
- The Freedom Box Diarkibkan 2008-06-30 di Wayback Machine, a STB with Free Software: www.freedombox.tv Diarkibkan 2016-04-22 di Wayback Machine