Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia (BN-UMNO) pada 2004, bekas anggota Exco Negeri Selangor, Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita UMNO Selangor.
Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Kewangan di dalam Pentadbiran Perniagaan dari Western Michigan University di Amerika Syarikat dan pada tahun 1992, beliau menerima Sijil Pengurusan Kewangan dari Swinburne University.
Pada tahun 1997 Datin Paduka Seripah Noli menerima pingat Ahli Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (ASA) oleh Kerajaan Negeri Selangor dan pada tahun 2000, beliau menerima pingat Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) yang membawa gelaran Datin Paduka oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Kerjaya
- April 2004 - Anggota Exco Selangor - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri
Politik
- 1984 - Menyertai UMNO Cawangan Subang Jaya
- 1994-1996 - Pengerusi Biro Pengguna Wanita UMNO Selangor
- 1995 - Anggota Parlimen Sepang Selangor (BN-UMNO) - Menewaskan Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin (Semangat 46)
- 1996 - Ketua Penerangan Wanita Umno Selangor
- November 1999 - Anggota Parlimen Sepang Selangor (BN-UMNO) untuk penggal kedua - Mengalahkan Mohamed Makki Ahmad (PAS)
- Mei 2000 - Ketua Penerangan Wanita UMNO dan Ketua Wanita UMNO Selangor
- Mac 2004 - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia - Mengalahkan Mastura Muhammad (PAS)
- 26 Oktober 2004 - Anggota Majlis Tertinggi UMNO untuk penggal 2004/2007
- 17 Disember 2004 - Ketua Wanita UMNO Selangor
- 8 Mac 2008 - Bertanding sebagai calon BN-UMNO di DUN Seri Setia tetapi kalah kepada Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
- 2018 - Exco Pergerakan Wanita UMNO