Serangan terhadap Bani Quraizah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Muslim | Bani Quraizah | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Nabi Muhammad SAW Ali bin Abi Talib RA | |||||||
Kekuatan | |||||||
3000 infantri, 30 penunggang kuda | Tidak diketahui [1] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
2 korban[1] |
Sumber-sumber Muslim |
Serangan terhadap Bani Quraizah, berlaku pada bulan Februari dan Mac 627 M (5 AH).[6]
Bani Quraizah, sebuah suku kaum Yahudi di Madinah membentuk perjanjian dengan masyarakat Islam yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW. Tidak lama kemudian masyarakat ini dikepung oleh angkatan musyrik dari Makkah yang memerangi mereka. Mengikut perjanjian (Piagam Madinah) antara mereka, Bani Quraizah tidak akan mengambil bahagian dalam pertempuran menentang orang Makkah, akan tetapi mereka juga tidak akan menyerang Muslim di Madinah. Orang Muslim terselamat daripada kepungan musyrik akan tetapi dalam kempen tersebut, Bani Quraizah telah mengkhianati perjanjian mereka dengan membantu musuh.
Selanjutnya, Bani Quraizah dikepung selama 25 hari sehingga mereka menyerah diri dan diadili kerana pengkhianatan mereka.[1] Seorang Sahabat, Sa'd bin Muaz RA, yang mengetuai suku yang bersekutu dengan Quraizah, dipilih (oleh Yahudi sendiri) untuk menghakimi pembicaraan. Beliau menjatuhakan hukuman, bahawa "orang lelaki harus dibunuh, harta dibahagi-bahagikan, dan para wanita dan kanak-kanak diambil sebagai hamba". Beberapa sumber menyatakan bahawa hukuman ini mengikut lunas-lunas agama Yahudi. Nabi Muhammad mempersetujui hukuman ini oleh sebab ia mengikut kehendak agama Yahudi itu sendiri.[7][8][9][10][11] Mengikut Ibn Ishaq, Nabi Muhammad berkata kepada Sa'd : "Anda telah menjatuhkan hukuman Allah yang Maha Tinggi"[nota 1].[12] Kesemua lelaki suku Quraizah yang baligh dihukum penggal kepala.[2][13] Mengikut Daniel C. Peterson dan Martin Lings, hukuman ini menepati hukuman Moses seperti yang tercatat dalam Kitab Ulangan (Bible) 20:10-14.[14][15] Ahli fikah, al-Tabari berkata bahawa seramai 600-900 orang dihukum bunuh.[1][3] Hadis tidak menyatakan bilangan yang terbunuh, akan tetapi ada menyatakan bahawa kesemua orang lelaki dan seorang wanita (Sunan Abu Dawud) dibunuh.[16] Mengikut sumber Muslim, baki para wanita dan kanak-kanak ditukar dengan senjata dan kuda.[1]
Nota
- ^ Asal, "You have given the judgment of Allah above the seven heavens"
Rujukan
- ^ a b c d e f g Rahman al-Mubarakpuri, Saifur (2005), The Sealed Nectar, Darussalam Publications, m/s. 201–205 (online) Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "autogenerated7" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c Ibn Kathir, Saed Abdul-Rahman (2009), Tafsir Ibn Kathir Juz'21, MSA Publication Limited, m/s. 213, ISBN 978-1-86179-611-0(online)
- ^ a b Al Tabari, Michael Fishbein (translator) (1997), Volume 8, Victory of Islam, State University of New York Press, m/s. 35–36, ISBN 978-0-7914-3150-4
- ^ Sunan Abu Daud, 14:2665
- ^ Sahih Bukhari, 4:52:280
- ^ William Muir (2003), The life of Mahomet, Kessinger Publishing, m/s. 317, ISBN 978-0-7661-7741-3
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaOxford University Press
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaPeters223
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaStillman140
- ^ Adil, Muhammad: The Messenger of Islam, p. 395f.
- ^ William Muir (2003), The life of Mahomet, Kessinger Publishing, m/s. 329, ISBN 978-0-7661-7741-3
- ^ Ibn Ishaq, A. Guillaume, The Life of Muhammad (a translation of Ishaq's Sirat Rasul Allah), Oxford University Press, p. 464 The life of Muhammad
- ^ Kister (1990), Society and religion from Jāhiliyya to Islam, p. 54.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaPeterson
- ^ Lings, Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources, p. 229-233
- ^ Sunan Abu Daud, 14:2665, "No woman of Banu Qurayzah was killed except one. She was with me, talking and laughing on her back and belly (extremely), while the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) was killing her people with the swords. Suddenly a man called her name: Where is so-and-so? She said: I I asked: What is the matter with you? She said: I did a new act. She said: The man took her and beheaded her. She said: I will not forget that she was laughing extremely although she knew that she would be killed. "
Bibliografi
- Peters, Francis E., Muhammad and the Origins of Islam. State University of New York Press, 1994. ISBN 0-7914-1875-8.
- Mubarakpuri, Saifur Rahman Al (2005), The Sealed Nectar (Free Version), Darussalam Publications, diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-17, dicapai pada 2014-09-11. Note: This is the free version available on Google Books
- Encyclopaedia of Islam. Ed. P. Bearman et al., Leiden: Brill, 1960-2005.
- Encyclopedia Judaica (CD-ROM Edition Version 1.0). Ed. Cecil Roth. Keter Publishing House, 1997. ISBN 965-07-0665-8
- Kister, Meir J., "The Massacre of the Banu Quraiza. A re-examination of a tradition", in: Jerusalem Studies in Arabic and Islam 8 (1986).[Penjelasan diperlukan]
- Stillman, Norman. The Jews of Arab Lands: A History and Source Book. Philadelphia: Jewish Publication Society of America, 1979. ISBN 0-8276-0198-0
- William Montgomery Watt (1961), Muhammad, Prophet and Statesman, Oxford University Press, m/s. 166, ISBN 0-19-881078-4
- Nomani, Shibli, Sirat al-Nabi. Karachi: Pakistan Historical Society, 1970.
- Norcliffe, David, Islam: Faith and Practice. Sussex Academic Press, 1999.
- Subhash C. Inamdar (2001), Muhammad and the Rise of Islam: The Creation of Group Identity, Psychosocial Press, ISBN 1-887841-28-8
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.