Serangan siber Julai 2009 adalah siri serangan siber terhadap tapak web utama kerajaan utama, media berita, dan kewangan Korea Selatan dan Amerika Syarikat.[1] Serangan itu melibatkan "botnet" — untuk laman web tertentu, menyebabkan bebanan kepada sistem trafik internet komputer yang diserang, dan seterusnya mematikan komputer dengan automatik. Ini dikenali sebagai serangan DDoS (Distributed Denial-of-Service Attack). Anggaran jumlah komputer yang terlibat dalam serangan ini berbeza, dari kira-kira 20,000 buah komputer menurut Perkhidmatan Risikan Negara Korea Selatan kepada lebih kurang 50,000 mengikut Symantec.[2] Penggodam yang terlibat disyaki berasal dari Korea Utara, walaupun tiada bukti menunjukkan sedemikian.[3]
Masa serangan
Gelombang pertama
Gelombang serangan pertama berlaku pada 4 Julai 2009 iaitu pada hari Hari Kemerdekaan AS dan sasaran utama ialah negara Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Sasaran utama penggodam tersebut ialah laman web Rumah Putih dan Pentagon. Terdapat 27 buah laman web telah dijadikan sasaran utama.[1][4]
Gelombang kedua
Gelombang serangan berlaku pada 7 Julai 2009, di Korea Selatan. Sasarannya ialah Rumah Biru Presiden Korea Selatan, Kementerian Pertahanan Korea Selatan dan Perhimpunan Negara.[3]
Gelombang ketiga
Gelombang ketiga bermula 9 Julai 2009 mensasarkan laman web di Korea Selatan, Perkhidmatan Risikan Negara serta bank terbesar Korea Selatan dan agensi berita utama.[1]
Kesan
Serangan itu menyebabkan gangguan, kecurian dan pengubahsuaian data. Walaupun begitu, Jose Nazario, pengarah firma rangkaian data Amerika Syarikat mengatakan serangan tersebut hanya menghasilkan 23 Megabit data per saat dan ini tidak mencukupi untuk melakukan serangan secara besar-besaran.[4]
Namun, sebarang sistem kewangan yang berkaitan dengan laman web yang diserang akan jatuh dan menyebabkan kerugian ekonomi. Ini adalah kerana kesukaran pelawat laman web melakukan sebarang transaksi dan pembelian.[5]
Rujukan
- ^ a b c "New 'cyber attacks' hit S Korea". BBC News. 2009-07-09. Dicapai pada 2009-07-09.
- ^ Mills, Elinor (2009-07-10). "Botnet worm in DOS attacks could wipe data out on infected PCs". CNET News. Dicapai pada 2009-07-12.
- ^ a b "Pyongyang blamed as cyber attack hits S Korea". Financial Times. 2009-07-09. Dicapai pada 2009-07-09. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ a b Markoff, John (2009-07-09). "Cyberattacks Jam Government and Commercial Web Sites in U.S. and South Korea". The New York Times. Dicapai pada 2009-07-09. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Han, Jane (2009-07-09). "Cyber Attack Hits Korea for Third Day". Korea Times. Dicapai pada 2009-07-09. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan)