Dalam taktik ketenteraan, serangan merusuk (bahasa Inggeris: flanking maneuver atau flanking manoeuvre) ialah satu gerakan menyerang musuh dari kedua-dua sisi supaya mendapat kelebihan keatas musuh.[1] Serangan merusuk berguna kerana kuasa menyerang sesuatu angkatan diletakkan di hadapan. Oleh itu, memintas bahagian depan sesuatu angkatan lalu menyerang bahagian rusuknya dapat menumpukan serangan pada kawasan musuh yang lebih lemah dari segi serangan.
Serangan merusuk taktikal yang berskala besar disebut serangan merusuk strategik (strategic flanking), di mana sasaran serangan adalah sebesar divisyen atau bahkan sebesar satu angkatan tentera.
Rujukan
- ^ Headquarters, department of the Army (2012) Army doctrine reference publication 3-90: Offense and defense. p. 2-11. Dicapai pada 22 Mac 2015 dari http://armypubs.army.mil/doctrine/DR_pubs/dr_a/pdf/adrp3_90.pdf