Serangan Mongol ke atas Rus' | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Peta Kievan' Rus 1237, sebelum diserang oleh Mongolia | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Mongol |
Vladimir-Suzdal 20px Kiev 20px Galicia-Volhynia 20px Republik Novgorod Smolensk Turov dan Pinsk Rostov Chernigov Ryazan Pereyaslavl | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Batu Khan Möngke Khan Subutai Jebe Kulhan Boroldai Berke Orda Kadan Shayban Güyük Khan |
20px Mstislav si Pemberani 20px Daniel dari Galicia ![]() 20px Mstislav III dari Kiev #, ![]() Putera Vasily dari Chernigov † Yuri dari Ryazan † | ||||||
Kekuatan | |||||||
1236: 200.000 kavaleri Mongol 40.000+ pasukan bantuan Turk[1] 1223: ~20.000 kavaleri |
1236: ~25.000-50.000 total, termasuk milisi dan perempuan yang terpaksa ikut bertarung[2] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Lebih dari 7.000 | 500.000 (30–40% populasi Rus')[3] |
Empayar Mongol menyerang dan mengilhak sebahagian besar Rusia pada pertengahan abad ke-13, menghancurkan banyak bandar seperti Ryazan, Yaroslavl, Pereyaslavl dan Vladimir. Dua bandar terbesar ketika itu: Kiev (50,000 penduduk) dan Chernigov (30,000 penduduk) terbakar. Pengepungan Kiev pada tahun 1240 oleh Mongol menandakan berakhirnya negara Rusia pertama Kievan Rus'.[4][5]
Kempen besar Mongol pertama dimulai dari Pertempuran Sungai Kalka oleh Jebe dan Subutai pada 31 Mei 1223. Mongol mengejar saki-baki kekuatan Cuman di bawah Kutan. Penyerangan penuh oleh Batu Khan diikuti, dengan 20-30 tumen ke atas Kievan Rus bermula pada 1237–1238.[6] Mongol mengilhak Kiev pada 1240 dan terus bergerak ke barat, menyerang Hungary dan Poland.[6] Selepas mengalahkan Hungary dan Poland, Mongolia bersiap untuk menyerang Empayar Rom Suci dan lebih banyak negara barat lain, tetapi kematian Ögedei memaksa panglima Mongol lain untuk berhenti dan menyertai kurultai di Karakoram.[7][8]
Latar belakang
Genghis sejak awal telah mendengar tentang Eropah di wilayah timur kerajaannya. Banyak dari panglima Mongolia yang memiliki keinginan untuk mengilhak benua itu, bahkan sebelum kempen yang dirancangkan Batu pada 1237. Pada 1207, Genghis Khan memberi perintah kepada anaknya Jochi untuk menaklukan suku-suku nomad Turk yang bergerak-gerak di sekitar Sungai Selenga dan Lembah Irtysh. Hal ini membuat marah Sultan Khwarezmia Alauddin Muhammad II, Inalchuq dan bangsawan Khwarezmia lain kerana banyak kerabat mereka yang terbunuh di sana. Selepas Mongolia berdamai dengan Jalaluddin Mingburnu, Kerajaan Jochi Ulus ditubuhkan.
Pada 1223-1224, Subutai dan Jebe datang dan melakukan pencerobohan besar dengan membawa 2 tumen. Kedua jeneral itu melewati Kaukasus, menghancurkan Kerajaan Alania dan Cumania, kemudian menyerang wilayah kepengiranan Galicia–Volhynia dan Chernigov. 80.000 tentera berkumpul untuk menghancurkan 20.000 Mongol, tetapi mereka kalah dalam pertempuran Kalka. Tentera Mongol yang hendak kembali dikejar oleh Bulgaria Volga, mereka dikalahkan oleh Amir Abdullah Chelbir dalam pertempuran Kernek. Hampir seluruh pasukan Subutai terbunuh dalam pertempuran itu.
Rujukan
- ^ de Hartog, Genghis Khan: Conqueror of the World, pp. 165–66: notes that contemporary Mongol sources describe Batu as invading with 12-14 tumens, which would give him a nominal total of 120,000-140,000 men. However, the author also notes that tumens were often at less than full strength.
- ^ Fennell, John. "The Crisis of Medieval Russia: 1200-1304." London, 1983. Page 85. Excerpt: "If we assume that each of the larger cities could field, say, between 3,000 and 5,000 men, we can arrive at a total of about 60,000 fighting troops. If we add to this another 40,000 from smaller towns and from the various Turkic allies in the Principality of Kiev, then the total coincides with the 100,000 estimated by S.M. Solov'ev in his History o Russia. But then this is only a rough estimate of the potential number. We have no idea how many, towns and districts actually mustered troops- for instance, it seems highly unlikely that Novgorod sent any at all. Certainly none came to help their outpost at Torzhok. Perhaps then half or a quarter - or even a smaller fraction- of the total was the most the Russians could muster."
- ^ Colin McEvedy, Atlas of World Population History (1978)
- ^ Plokhy, Serhii (2015). The gates of Europe : a history of Ukraine. New York: Basic Books. m/s. (p. 48–52). ISBN 9780465050918.
- ^ "Rusland §2. Het Rijk van Kiëv". Encarta Encyclopedie Winkler Prins (dalam bahasa Belanda). Microsoft Corporation/Het Spectrum. 2002.
- ^ a b Curtis, Glenn E., penyunting (1998). The Mongol Invasion (ed. 1st). Washington, D.C.: Federal Research Division, Library of Congress. m/s. 10–11. ISBN 0-8444-0866-2. OCLC 36351361.
Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.CS1 maint: postscript (link)
- ^ Khrustalev 2008.
- ^ Pashuto, Vladimir (1950). Grekov, Boris (penyunting). Очерки по истории Галицко-Волынской Руси [Essays on the history of Galician-Volhynian Rus'] (dalam bahasa Rusia). Moscow: Издательство академии наук СССР. m/s. 221–222.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Serangan Mongol ke atas Kievan Rus'. |