Seragam besbol ialah pakaian yang dipakai oleh para pemain besbol semasa perlawanan. Kebanyakkan pakaian seragam besbol mempunyai nama dan nombor seragam pemain yang memakainya. Nama dan nombor tersebut biasanya terletak di belakang pakain bagi mengenal pasti setiap pemain. Baju (jersi), seluar, kasut, stoking, topi dan topi keledar besbol merupakan sebahagian daripada pakaian tersebut. Para pemain mungkin juga memakai sarung tangan dan ia bukanlah seragam besbol kerana pemain boleh memilih sarung tangan mereka sendiri. Kebanyakkan seragam mempunyai logo dan warna yang berbeza bergantung kepada pasukan.[1]
Pakaian seragam besbol pertama kalinya dipakai oleh kelab besbol New York Knickerbockers pada 1840-an. Seragam mereka merupakan seluar yang diperbuat daripada wul berwarna biru, baju flanel berwarna putih dan topi jerami.[2][3][4] Sejak itu, seragam telah mengalami banyak perubahan,[5] dan lebih banyak item, gagasan dan peningkatan lain telah dilakukan dan ditambah pada pakaian ini. Gaya pakaian juga berubah sedikit demi sedikit dari masa ke masa.[2]
Sejarah
Penciptaan
Pada 4 April 1849,[2] New York Knickerbockers menjadi pasukan besbol pertama yang mengenakan seragam.[4][6][7] Pada tahun 1882, warna-warna berbeza yang menunjukkan kedudukan pemain di padang telah ditambah pada seragam dan stoking.[8] Pasukan Detroit Wolverines dan Washington Nationals dari Liga Nasional serta Brooklyn Bridegrooms dari Persatuan Amerika menambah jalur pada pakaian seragam mereka.[2][4][9][10] Pada tahun 1900, kesemua pemain dalam pasukan Liga Utama Besbol telah memakai seragam.[11]
Seragam tuan rumah dan tempat lawan
Pada penghujung abad ke-19, pasukan-pasukan besbol mula memakai dua seragam yang berbeza, iaitu semasa perlawanan di stadium mereka sendiri ("tuan rumah" atau "tempat sendiri") dan di tempat lawan. Ia menjadi suatu kebiasaan untuk mengenakan seragam putih ketika di tempat sendiri dan di tempat lawan pula memakai seragam berwarna kelabu, biru tua atau hitam.[12] Contoh awal adalah pada tahun 1907 apabila pasukan Brooklyn Superbas menggunakan corak biru untuk seragam di tempat lawan mereka. Pasukan New York Giants kemudiannya menggunakan corak yang hampir sama dengan seragam tempat lawan Brooklyn Superbas.[13]
Pada tahun 1916, garisan ungu pada pakaian seragam tempat lawan New York Giants yang memberi kesan seperti tartan. Pada waktu ini, jenis seragam tempat lawan yang lain menggunakan material biru tua atau hitam bersama-sama putih. Seragam di tempat sendiri dan tempat lawan bagi pasukan Kansas City Athletics telah diubah kepada warna emas dan hijau oleh Charles O. Finley pada tahun 1963.[14] Beberapa pasukan besbol menggunakan warna biru muda pada seragam tempat lawan mereka pada 1970-an.[11]
Rujukan
- ^ Robert Riles (8 April 2008). "History of Baseball Uniforms" (dalam bahasa Inggeris). www.americanchronicle.com. Dicapai pada 25 Jun 2008.
- ^ a b c d Janice Young (17 Jun 2018). "History Of Baseball Uniforms In The Major Leagues" (dalam bahasa Inggeris). www.fireflyarticles.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2019. Dicapai pada 15 Julai 2008.
- ^ "The history of the baseball uniform at the National Baseball Hall of Fame" (dalam bahasa Inggeris). exhibits.baseballhalloffame.org. Dicapai pada 14 Jun 2008.
- ^ a b c "American Chronicle: History of Baseball Uniforms" (dalam bahasa Inggeris). www.americanchronicle.com. Dicapai pada 10 Julai 2008.
- ^ "Uniforms of the 19th century are different from toda's" (dalam bahasa Inggeris). www.prlog.org. Dicapai pada 10 Julai 2008.
- ^ "Date when the New York Knickerbockers wore the first baseball uniforms and what they were made of" (dalam bahasa Inggeris). iterpret.co.za. Dicapai pada 30 Jun 2008.
- ^ Johnny Moon. "History Of Baseball Uniforms In The Major Leagues" (dalam bahasa Inggeris). interpret.co.za. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2012. Dicapai pada 2 Mei 2008.
- ^ "The history of the baseball uniform at the National Baseball Hall of Fame" (dalam bahasa Inggeris). exhibits.baseballhalloffame.org. Dicapai pada 11 Mei 2008.
- ^ "National Baseball Hall of Fame – Dressed to the Nines – Uniform Database" (dalam bahasa Inggeris). exhibits.baseballhalloffame.org. Dicapai pada 2 Mei 2008.
- ^ "History Of Baseball Uniforms In The Major Leagues" (dalam bahasa Inggeris). www.isnare.com. Dicapai pada 15 Julai 2008.
- ^ a b "Baseball Uniforms of the 20th Century by Baseball Almanac" (dalam bahasa Inggeris). www.baseball-almanac.com. Dicapai pada 2 Mei 2008.
- ^ "Baseball uniforms at Baseball Almanac.com" (dalam bahasa Inggeris). baseball-almanac.com. Dicapai pada 28 Mei 2008.
- ^ "The Official Site of The San Francisco Giants:History: Giants Uniforms and Logos" (dalam bahasa Inggeris). sanfrancisco.giants.mlb.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2008. Dicapai pada 2 Mei 2008.
- ^ "Charlie Finley: Baseball's Barnum" (dalam bahasa Inggeris). Time.com. 18 Ogos 1975. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2012. Dicapai pada 2008-06-28.
Bacaan lanjut
- Marc Okkonen (1991). Baseball Uniforms of the 20th Century: The Official Major League Baseball Guide (dalam bahasa Inggeris). Sterling Pub. Co. ISBN 0806984902. OCLC 1028654968.
Pautan luar
- Sejarah seragam besbol di Dewan Kemasyhuran Besbol Negara
- ESPN: A pain in the butt(on) – sejarah dan potensi gangguan pada jersi besbol
- Contoh topi besbol yang berbeza