Sepah puteri merah | |
---|---|
Jantan di Singapura | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Passeriformes |
Keluarga: | Dicaeidae |
Genus: | Dicaeum |
Spesies: | D. cruentatum
|
Nama binomial | |
Dicaeum cruentatum (Linnaeus, 1758)
| |
Sinonim | |
|
Sepah puteri merah (Dicaeum cruentatum) ialah spesies burung kicau dalam keluarga Dicaeidae. Dimorf mengikut jantina, burung jantan mempunyai bahagian atas biru laut dengan garis merah terang menuruni dari mahkota ke bawah ekornya, sementara burung betina dan remaja kebanyakannya berwarna hijau muda. Ia didapati di hutan tanah rendah lembap subtropika atau tropika dan kadang-kadang di ladang di beberapa negara di seluruh Asia Selatan dan Timur.
Taksonomi
Sepah puteri merah pada asalnya digambarkan oleh Linnaeus pada tahun 1758 dalam edisi ke-10 karyanya Systema Naturae, dengan nama binomial Certhia cruentata. [2]
Ia kemudiannya diklasifikasikan semula kepada genus sepah puteri Dicaeum. Epitet spesifik cruentatum 'berdarah' berasal daripada kata kerja Latin crǔentare bagi 'dibasahi darah'.[3] Analisis genetik DNA mitokondria bagi 70% spesies sepah puteri menunjukkan bahawa sepah puteri merah dan sepah puteri depan hitam (D. igniferum) - yang endemik di Kepulauan Sunda Kecil Indonesia - adalah saudara dekat masing-masing; burung jantan kedua-dua spesies mempunyai bulu merah di bahagian belakang mereka.[4]
Enam subspesiesnya telah dikenal pasti:[5]
- D. c. cruentatum (Linnaeus, 1758) – timur Himalaya dan Bangladesh hingga China selatan, Indochina, Semenanjung Melayu dan Myanmar
- D. c. sumatranum Cabanis, 1877 – Sumatera
- D. c. niasense Meyer de Schauensee & Ripley, 1940 – Pulau Nias (di luar pantai barat Sumatera)
- D. c. batuense Richmond, 1912 – Kepulauan Batu dan Mentawai (di luar barat daya Sumatera)
- D. c. simalurense Salomonsen, 1961 – Pulau Simeulue (di luar barat laut Sumatera)
- D. c. nigrimentum Salvadori, 1874 – Borneo
Gambaran
Berukuran 9 cm (3.5 inci) dan seberat antara 7 hingga 8 gram (0.25 hingga 0.28 oz), sepah puteri merah merupakan seekor burung kecil dengan ekor pendek. Ia mempamerkan dimorfisme seks. Burung jantan memiliki wajah, sayap dan ekor berwarna biru laut, dengan jalur berwarna merah terang dari mahkota ke atas ekor terlindungnya. Burung betina kebanyakannya hijau zaitun dengan ekor dan bahagian atas ekor terlindung dan belakangnya hitam. Kedua-dua jantina mempunyai bahagian bawah putih yang berkrim, mata dan kaki hitam, dan paruh melengkung kelabu. Burung muda mempunyai bulu yang sama dengan burung betina tetapi mempunyai paruh merah bata dan tidak mempunyai bontot merah terang.[6]
Taburan dan habitat
Ia terdapat di Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Singapura, Thailand dan Vietnam. Tiada kajian populasi sejagat telah dijalankan; ia dianggap biasa terdapat di sepanjang sebahagian besar julatnya di Thailand, sungguhpun dianggap jarang terdapat di Bhutan dan Nepal. [7] Ia ditemui sehingga 1000 m (3500 kaki), di hutan tanah rendah lembap subtropika atau tropika, kawasan hutan dan taman-taman.[6] Di bahagian utara julatnya, ia terdapat di tenggara China ke Fujian (sebagai subspesies Dicaeum c. cruentatum).[6] Ia telah direkodkan di kedua-dua hutan asli dan perladangan di Bengal Barat di India.[8]
Makanan
Ia dilihat memakan buah ara Ficus fistulosa dan F. grossularoides di Hutan Simpanan Bukit Timah di Singapura. [9] Ia turut hinggap di jambu mawar di bandar Hong Kong.[10]
Pembiakan
Sepah puteri merah menganyam sarangnya berbentuk kantung tergantung tinggi di pokok. Sarangnya memiliki laluan masuk di sisi, biasa bagi burung dalam keluarga sepah puteri.[11]
Galeri
-
Sepah puteri merah dilihat di Bangkapi, Bangkok, Thailand
-
Seekor jantan diambil gambar di Singapura
-
Sepah puteri merah
Rujukan
- ^ BirdLife International (2016). "Dicaeum cruentatum". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22717584A94540930. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22717584A94540930.en. Dicapai pada 11 November 2021.
- ^ (Latin) Linnaeus, Carl (1758). Systema naturae per regna tria naturae, secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis. Tomus I. Editio decima, reformata. Holmiae. (Laurentii Salvii). m/s. 119.
- ^ Simpson DP (1979). Cassell's Latin Dictionary (ed. 5th). London: Cassell Ltd. m/s. 159. ISBN 0-304-52257-0.
- ^ Nyária, Árpád S.; Peterson, A. Townsend; Rice, Nathan H.; Moyle, Robert G. (2009). "Phylogenetic relationships of flowerpeckers (Aves: Dicaeidae): Novel insights into the evolution of a tropical passerine clade". Molecular Phylogenetics and Evolution. 53 (3): 613–19. doi:10.1016/j.ympev.2009.06.014. PMID 19576993.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaioc
- ^ a b c Brazil, Mark (2009). Birds of East Asia. A&C Black. m/s. 444. ISBN 0-7136-7040-1.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaIUCN
- ^ S. SIVAKUMAR; JEEJO VARGHESE; VIBHU PRAKASH (2006). "Abundance of birds in different habitats in Buxa Tiger Reserve, West Bengal, Indi" (PDF). Forktail. 22: 128–33. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-02-26. Dicapai pada 2018-01-06. Unknown parameter
|lastauthoramp=
ignored (bantuan) - ^ Peh, Kelvin S.-H.; Chong, Fong Lin (2003). "Seed dispersal agents of two Ficus species in a disturbed tropical forest". Ornithological Science. 2: 119–25. doi:10.2326/osj.2.119.
- ^ Corlett, Richard T. (2005). "Interactions between birds, fruit bats and exotic plants in urban Hong Kong, South China". Urban Ecosystems. 8 (3–4): 275–283. doi:10.1007/s11252-005-3260-x.
- ^ Strange, Morten (2000). Photographic Guide to the Birds of Southeast Asia. Singapore: Periplus. m/s. 365. ISBN 962-593-403-0.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sepah puteri merah |
- "Dicaeum concolor". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter
|downloaded=
ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes justification for why this species is of least concern
Pautan luar
Senarai burung | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |