Artis merujuk kepada seseorang yang kreatif, atau inovatif, atau mahir dalam sesuatu bidang seni. Ahli sejarah seni dan pengkritik seni mendefinisikan artis sebagai seseorang yang menghasilkan seni dalam batas-batas yang diakui.
Istilah artis telah digunakan seawal tahun 1980-an untuk menggantikan istilah seniman dan seniwati kerana ia lebih menarik dan megikut peredaran zaman. Perkataan artis diambil dari Bahasa Inggeris (Artist) yang bermaksud seniman.
Terdapat pelbagai jenis artis. Antaranya ialah pelakon, penari, penyanyi/pemuzik dan pelukis.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.