Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mempunyai industri hiburan yang tersendiri sejak zaman kolonial. Setiap tahun pelbagai majlis hiburan diadakan bagi menghargai karyawan seni yang terdiri daripada penyanyi, pemuzik, pelakon, pelawak, pengacara, penyampai radio, pelakon televisyen, pelakon teater, pelakon alih suara, pengarah filem, penulis lakonlayar dan animator. Di Malaysia, cabang seni dibahagikan kepada bidang filem, muzik, teater dan televisyen. Anugerah tertinggi yang diberikan kepada karyawan seni Malaysia adalah menerusi Anugerah Seni Negara yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong setiap 3 tahun. Penerima anugerah utama menerima gelaran "Seniman Negara".
Manakala setiap bidang mempunyai satu badan kerajaan atau bukan kerajaan yang diberi tauliah untuk memberikan anugerah bagi setiap bidang menerusi penghargaan bertaraf nasional.
Rangkuman
Anugerah-anugerah tersebut adalah : -
Bidang | Penganugerahan | Singkatan | Anjuran | Taraf | Status | Penganugerahan Sekunder |
---|---|---|---|---|---|---|
Keseluruhan | Anugerah Seni Negara | Seni | Kerajaan Malaysia menerusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Diraja | Aktif | |
Filem | Festival Filem Malaysia | FFM | Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) | Nasional | Aktif | Anugerah Oskar PPFM |
Televisyen | Anugerah Seri Angkasa | ASA | Jabatan Penyiaran Negara | Aktif | Anugerah Skrin | |
Seni Persembahan | Festival Teater Malaysia | FTM | Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) | Aktif | Anugerah Seni BOH Cameronian | |
Seni Muzik | Anugerah Industri Muzik | AIM | Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) | Aktif | Anugerah MACP Anugerah Juara Lagu | |
Seni Penulisan | Anugerah Sastera Negara | ASN | Dewan Bahasa Pustaka | Aktif |
Terdapat beberapa bidang seni yang masih belum mempunyai penganugerahan bertaraf nasional.
- Seni Lukis - tiada penganjuran keseluruhan oleh Balai Seni Lukis Negara
- Seni Fotografi
- Seni Animasi
Sehingga kini, belum ada karyawan yang pernah memenangi kelima-lima piala berasingan. Namun terdapat beberapa karyawan yang berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya tiga piala berasingan. Mereka adalah
- M. Nasir - FFM, AIM, ASA
- A. Samad Said - ASN, AIM, FFM
- Rosli Khamis - ASN, AIM, FFM
Jika dikira penganugerahan sekunder (memandangkan beberapa anugerah nasional tidak dianjurkan), ada beberapa artis yang pernah meraih jumlah piala yang banyak mewakili kesemua bidang. Antaranya
- Awie - AIM, ASK, ASBC, AJL (bersama Wings) dan FFM (khas juri)
- Jaclyn Victor - AIM, FFM, ASK, AJL
- Shuhaimi Baba - FFM, ASA, ASK, ASN, AJL
- Fauziah Latiff - ASA, AIM, AJL
Sejarah Awal
Industri hiburan ketika itu di monopoli oleh kumpulan wayang bangsawan yang berkembang pesat di rantau Nusantara yang mempunyai lingkungan penduduk berketurunan austronesia dan berbahasa Melayu atau dialek Malayo-Polynesian. Wilayah itu kini terdiri daripada negara-negara pasca-kolonial iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan wilayah Selatan Thai.
Industri hiburan moden di Nusantara bermula sejak wayang gambar diperkenalkan oleh penjajah. Negara Filipina yang dijajah Amerika Syarikat terlebih dahulu mendapat pendedahan apabila filem tempatan pertama dihasilkan pada tahun 1905 berjudul "Luzon Lingerie", sebuah filem bisu. Sementara itu pada tahun 1926 menerusi filem bisu dari Indonesia yang berjudul "Loetoeng Kesaroung" (ejaan standard, Lutung Kesesatan). Filem pertama yang dibikin di Singapura pula adalah "Laila Majnun" pada tahun 1933, sebuah filem beraudio lakonan seniman M. Suki. Memandangkan ketika itu Singapura berada di dalam kelompok koloni British, filem tersebut diandaikan juga sebagai filem pertama Malaysia. Bagaimanapun, sekiranya diambil kira lokasi, filem pertama yang diterbitkan oleh produksi di Kuala Lumpur adalah "Abu Nawas" pada tahun 1961 arahan AR Tompel. Seiring tumbuhnya industri filem di rantau ini, industri muzik juga berkembang dari era piring hitam ke kaset , cakera keras dan kini digital. Memandangkan industri hiburan di rantau ini saling berkaitan, karyawan dari negara-negara tetangga saling berkongsi kemahiran dan menjalinkan usahasama sejak berpuluh tahun lamanya. Atas dasar itu, terdapat beberapa majlis hiburan yang diadakan secara usahasama bersama negara-negara serantau.
Di Malaysia, industri filem mencapai kegemilangan pada era 50an dan awal 60an, dan ketika itu hanya ada majlis pengiktirafan karyawan melalui Anugerah Pilihan Majalah Filem yang diadakan di Singapura dari 1955 hingga 1962. Pada tahun 1980, Festival Filem Malaysia diperkenalkan sebagai badan pengiktirafan yang diberi mandat oleh kerajaan untuk menghargai karyawan filem. Industri muzik pula hanya mempunyai majlis pengiktirafan tahunan sejak 1993 menerusi Anugerah Industri Muzik biarpun sebelum itu, beratus-ratus penyanyi dan pemuzik telah bekerja dalam industri muzik dan mencapai banyak kejayaan. Untuk bidang penyiaran pula, penganjuran Anugerah Sri Angkasa diadakan sejak tahun 1976 namun ia secara tidak konsisten diadakan sejak era 2000an. Festival Teater Malaysia pula diadakan untuk karyawan teater, tetapi pengiktirafan dari Anugerah Boh Cameronian lebih significant kepada karyawan teater.
Senarai Penganjuran
2015
Tarikh | Majlis | Tempoh Kelayakan | Anjuran | Pengacara | Bidang | Siaran |
---|---|---|---|---|---|---|
10 Januari 2015 | Anugerah Nasyid IKIM 2014 | 2014 | IKIM | Amin Idris Heliza Helmi |
Muzik | TV Al-Hijrah |
18 Januari 2015 | Anugerah Juara Lagu ke-29 | 2014 | Media Prima Berhad | AG Selamat Scha Al-Yahya |
Muzik | TV3 |
22 Februari 2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | 2014 | Astro | AC Mizal Johan Yazid Lim Nabil Ahmad Neelofa Zizan Razak |
Populariti | Astro Ria |
22 Mac 2015 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 | 2014 | Media Prima Berhad | AG Selamat Yana Samsudin |
Televisyen | TV3 |
5 April 2015 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 | 2014 | Media Prima Berhad Berita Harian |
AG Selamat Amy Mastura AG Selamat |
Populariti | TV3 |
2014
Tarikh | Majlis | Tempoh Kelayakan | Anjuran | Pengacara | Bidang | Siaran |
---|---|---|---|---|---|---|
26 Januari 2014 | Anugerah Juara Lagu ke-28 | 2013 | Media Prima Berhad | AG Selamat Scha Al-Yahya |
Muzik | TV3 |
8 Februari 2014 | Anugerah MeleTOP Era 2014 | 2013 | Astro | AC Mizal Nabil Ahmad Neelofa |
Populariti | Astro Ria |
12 Februari 2014 | Anugerah Bakat Muda Sezaman 2013 | 2013 | Balai Seni Lukis Negara | Seni Lukis | ||
22 Februari 2014 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 | 2013 | Media Prima Berhad | Sherry Alhadad Zulin Aziz |
Televisyen | TV3 |
24 Mei 2014 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 | 2013 | Media Prima Berhad Berita Harian |
Amy Mastura Farah Fauzana Ajak Shiro Shahrul Shiro |
Populariti | TV3 |
30 Mei 2014 | Anugerah Stail Eh! 2014 | 2014 | BlueInc Media Group | Azura Zainal Hani Madu |
Fesyen<br<Populariti | |
14 Ogos 2014 | Anugerah Melodi Galaksi RAP 2014 | 2014 | Media Prima | Awal Ashaari Sherry Alhadad Zulin Aziz Kiah Propa Aidid Marcello |
Populariti | TV3 |
19 September 2014 | Anugerah Lawak Warna 2014 | 2014 | Astro | AC Mizal Nabila Huda |
Filem Televisyen Jenaka/Komedi/Lawak |
Astro Warna |
1 November 2014 | Festival Filem Malaysia ke-26 | 2013 | Finas | Fahrin Ahmad Nur Fazura |
Filem | TV3 |
7 November 2014 | Anugerah Skrin 2014 | 2013-2014 | Media Prima | Fahrin Ahmad Hani Madu Aidid Marcello |
Televisyen Filem |
TV3 |
21 November 2014 | Hadiah Sastera Perdana 2013 | 2013 | Dewan Bahasa dan Pustaka | Penulisan | ||
6 Disember 2014 | Anugerah Industri Muzik ke-22 | 2013-2014 | RIM | Faizal Ismail Zizan Razak |
Muzik | Astro RIA |