Enam puluh enam lagu telah memenangi Pertandingan Lagu Eurovision, sebuah pertandingan tahunan yang diadakan oleh negara-negara anggota Kesatuan Penyiaran Eropah. Pertandingan ini, yang telah dianjurkan setiap tahun sejak pertama kali diadakan pada 1956, ialah salah satu rancangan televisyen terpanjang di dunia. Pemenang pertandingan telah ditentukan dengan menggunakan pelbagai teknik pemungutan suara sepanjang sejarahnya; menumpukan pemberian mata untuk negara oleh juri atau pemungutan suara elektronik atau yang biasa disebut teleundian. Negara yang diberikan mata terbanyak akan dinobatkan sebagai pemenang.[1] Pertandingan Lagu Eurovision pertama tidak dimenangi berdasarkan mata, namun berdasarkan suara (dua mengikut negara), dan hanya pemenang diumumkan pada saat itu.[2]
Terdapat 63 kali pertandingan, dengan satu pemenang setiap tahun kecuali pertandingan tahun 1969, yang memiliki empat. Dua puluh lima negara yang berbeza telah memenangi pertandingan. Switzerland memenangi pertandingan pertamanya yang juga merupakan peserta pertamanya, pada tahun 1956. Negara dengan jumlah kemenangan tertinggi ialah Ireland, dengan jumlah tujuh kali. Portugal ialah negara dengan sejarah terpanjang dalam pertandingan tanpa kemenangan sehingga pertandinyan ke-42nya dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2009. Satu-satunya peserta yang memenangi lebih dari sekali sebagai penghibur ialah Johnny Logan dari Ireland, yang menampilkan lagu "What's Another Year" pada tahun 1980 dan "Hold Me Now" pada tahun 1987. Logan juga ialah salah seorang daripada lima penulis lagu yang telah menulis lebih dari satu penyertaan yang menang, "Hold Me Now" 1987 dan "Why Me?" pada 1992, dinyanyikan oleh Linda Martin).[3] Perbedzan yang unik menjadikan Logan ialah satu-satunya individu yang memiliki gelaran Eurovision dengan tiga kemenangan untuk kreditnya, baik sebagai penyanyi, pencipta lagu atau kedua-duanya sekali.
Memenangi Pertandingan Lagu Eurovision memberi peluang yang unik untuk artis pemenang untuk memanfaatkan kejayaan mereka dan publisiti sekitarnya dengan melancarkan atau meneruskan kerjaya antarabangsa mereka. Namun, sepanjang sejarah pertandingan, sedikit relatif yang menjadi bintang antarabangsa yang besar. Kemenangan yang paling menonjol oleh bekas peserta Eurovision yang kerjayanya yang paling berjaya ialah ABBA, yang memenangi pertandingan ini, mewakili Sweden pada tahun 1974 dengan lagu mereka "Waterloo". ABBA terus menjadi salah satu kugiran paling laris pada zaman kegemilangan mereka. Terutama pemenang lain yang kemudian mencapai kejayaan antarabangsa ialah Céline Dion, yang memenangi pertandingan (mewakili Switzerland) pada tahun 1988 dengan lagu "Ne partez pas sans moi", meskipun kerjaya muzik antarabangsanya melonjak beberapa tahun kemudian dan umumnya secara tidak langsung berkaitan dengan pertandingan yang dimenanginya.
Pada tahun 2017, Portugal memenangi pertandingan ini untuk pertama kalinya sekaligus mengakhiri rekod sebagai negara peserta yang paling lama tidak memenangi pertandingan ini, iaitu selama 53 tahun.
Pemenang
Untuk maklumat lanjut mengenai pemenang dari para penulis lagu setiap tahun, lihat Senarai penulis lagu pemenang Pertandingan Lagu Eurovision
Sebelas pemenang Eurovision (bersama dengan tiga bukan pemenang) tampil di konsert Congratulations pada 2005, di mana "Waterloo" karya ABBA terpilih menjadi lagu paling popular dari lima puluh tahun pertama pertandingan ini.[4]
Ireland memenanginya sebanyak tujuh kali, lebih daripada mana-mana negara lain, Ireland juga memenangi pertandingan selama tiga tahun berturut-turut (1992, 1993, 1994), tahun yang lebih berturut-turut daripada mana-mana negara lain. Tiga negara yang menang dua kali berturut-turut, Sepanyol (1968 dan 1969), Luxembourg (1972 dan 1973) dan Israel (1978 dan 1979). Bersama dengan kemenangan Switzerland dalam pertandingan pertama, Serbia ialah satu-satunya negara yang menang dengan penyertaan sulungnya (pada 2007), walaupun Serbia sebelum ini bersaing sebagai sebahagian daripada Yugoslavia dan Serbia dan Montenegro. Di bawah sistem pengundian yang digunakan antara 1975 dan 2015, pemenang pertandingan ditentukan oleh undi terakhir negara sebanyak sebelas kali.[N 3]
Perubahan kepada sistem pengundian, termasuk pertumbuhan yang pesat dalam bilangan negara yang mengambil bahagian/mengundi, menunjukkan bahawa mata yang dicapai tidak setanding sepanjang dekad. Salvador Sobral dari Portugal memegang rekod untuk jumlah mata tertinggi dalam sejarah pertandingan, mencapai 758 dengan lagu "Amar pelos dois". Alexander Rybak dari Norway memegang kemenangan gabungan terbesar dalam mata mutlak, 169 mata berbanding tempat kedua pada 2009. Gigliola Cinquetti dari Itali memegang rekod untuk kemenangan terbesar dengan peratusan, mencatatkan hampir tiga kali peringkat kedua (49 mata berbanding 17 dari pemenang tempat pertama) dalam pertandingan 1964. Di bawah sistem pengundian yang digunakan dari tahun 1975 hingga 2015, skor kemenangan terendah ialah Bobbysocks! dari Norway dengan 123 mata (dari 1044 mata yang terdapat dari 18 negara lainnya) sewaktu memenangi Eurovision 1985, sementara jumlah kemenangan terendah yang pernah ada ialah 18 mata (dari 160 jumlah pengundian dari 16 negara) yang diberikan oleh setiap empat negara pemenang pada 1969.
Di bawah sistem pengundian yang digunakan dari tahun 1975 hingga 2015, di mana setiap negara memberikan mata maksimum pada pilihan tempatnya yang pertama, Loreen dari Sweden memenangi Eurovision 2012 dengan undian paling banyak memenangi tempat pertama, memenangi tempat pertama dari 18 dari 41 negara (kecuali diri sendiri). Wakil United Kingdom pada tahun 1976, Brotherhood of Man dengan lagu "Save Your Kisses For Me" memegang rekod untuk skor purata tertinggi setiap negara peserta, dengan purata 9.65 mata menang setiap negara. Pemenang 2011 dari Azerbaijan, Eldar & Nigar, memegang skor purata terendah untuk lagu yang menang di bawah sistem, memperoleh 5.14 mata setiap negara.
United Kingdom telah memenangi sebanyak lima belas kali di Eurovision (paling baru pada tahun 1998), lebih daripada negara lain. Negara yang paling berjaya yang tidak pernah memenangi Pertandingan ini ialah Malta, yang memenangi tempat kedua pada tahun 2002 dan 2005 dan ketiga pada tahun 1992 dan 1998. negara pulau lain Iceland juga memenangi tempat kedua sebanyak dua kali, pada tahun 1999 dan 2009.
Tiada pemenang tempat pertama rasmi untuk kedua-dua pertandingan itu - 1956 dan 1969. Pada tahun 1956, satu-satunya pemenang, Switzerland, diumumkan, sementara terdapat laporan spekulasi bahawa Jerman memenangi tempat kedua dengan lagu "Im Wartesaal zum großen Glück" oleh Walter Andreas Schwarz, dengan catatan bahawa Jerman dipilih menjadi tuan rumah pada tahun 1957. Pada tahun 1969, empat lagu berkongsi pentas pertama kerana mereka memenangi jumlah mata yang sama, dan tempat kedua dimenangi oleh Switzerland, yang tidak dianggap sebagai pemenang tempat pertama rasmi, kerana banyak negara yang mengisi tempat pertama.
Pemenang mengikut negara
- Kunci meja
Menang (kali) | Negara | Tahun |
---|---|---|
7 | Ireland | 1970, 1980, 1987, 1992, 1993, 1994, 1996 |
6 | Sweden | 1974, 1984, 1991, 1999, 2012, 2015 |
5 | Perancis | 1958, 1960, 1962, 1969, 1977 |
Luxembourg | 1961, 1965, 1972, 1973, 1983 | |
United Kingdom | 1967, 1969, 1976, 1981, 1997 | |
4 | Belanda | 1957, 1959, 1969, 1975 |
Israel | 1978, 1979, 1998, 2018 | |
3 | Norway | 1985, 1995, 2009 |
Denmark | 1963, 2000, 2013 | |
2 | Sepanyol | 1968, 1969 |
Switzerland | 1956, 1988 | |
Itali | 1964, 1990 | |
Jerman [N 4] | 1982, 2010 | |
Austria | 1966, 2014 | |
Ukraine | 2004, 2016 | |
1 | Monaco | 1971 |
Belgium | 1986 | |
Yugoslavia | 1989 | |
Estonia | 2001 | |
Latvia | 2002 | |
Turki | 2003 | |
Greece | 2005 | |
Finland | 2006 | |
Serbia | 2007 | |
Rusia | 2008 | |
Azerbaijan | 2011 | |
Portugal | 2017 |
Tahun yang bertanda condong menunjukkan bahawa pada tahun tersebut terdapat juara bersama.
Berdasarkan bahasa
Antara 1966 dan 1973, dan lagi antara 1977 dan 1998, negara hanya diizinkan untuk menampilkan lagunya dalam bahasa mereka sendiri.
Menang (kali) | Bahasa | Tahun | Negara |
---|---|---|---|
32 | Inggeris | 1967, 1969, 1970, 1974, 1975, 1976, 1980, 1981, 1987, 1992, 1993, 1994, 1996, 1997, 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004[N 5], 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016[N 6], 2018[N 7] | United Kingdom, Ireland, Sweden, Belanda, Denmark, Estonia, Latvia, Turki, Ukraine[N 5][N 6], Greece, Finland, Rusia, Norway, Jerman, Azerbaijan |
14 | Perancis | 1956, 1958, 1960, 1961, 1962, 1965, 1969, 1971, 1972, 1973, 1977, 1983, 1986, 1988 | Switzerland, Perancis, Luxembourg, Monaco, Belgium |
4 | Ibrani | 1978, 1979, 1998, 2018[N 7] | Israel |
3 | Belanda | 1957, 1959, 1969 | Belanda |
2 | Norway | 1985, 1995 | Norway |
Sweden | 1984, 1991 | Sweden | |
Itali | 1964, 1990 | Itali | |
Jerman | 1966, 1982 | Austria, Jerman | |
Sepanyol | 1968, 1969 | Sepanyol | |
1 | Denmark | 1963 | Denmark |
Croatia [N 8] | 1989 | Yugoslavia | |
Ukraine | 2004 [N 5] | Ukraine[N 5] | |
Serbia[N 8] | 2007 | Serbia | |
Tatar Crimea | 2016[N 6] | Ukraine[N 6] | |
Portugis | 2017 | Portugal |
Galeri foto
-
Corry Brokken, pemenang pertandingan tahun 1957 untuk Belanda.
-
André Claveau, pemenang pertandingan tahun 1958 untuk Perancis.
-
Teddy Scholten, pemenang pertandingan tahun 1959 untuk Belanda.
-
Jacqueline Boyer, pemenang pertandingan tahun 1960 untuk Prancis.
-
Jean-Claude Pascal, pemenang pertandingan tahun 1961 untuk Luxembourg.
-
Isabelle Aubret, pemenang pertandingan tahun 1962 untuk Perancis.
-
Gigliola Cinquetti, pemenang pertandingan tahun 1964 untuk Itali.
-
France Gall, pemenang pertandingan tahun 1965 untuk Luxembourg.
-
Udo Jürgens, pemenang pertandingan tahun 1966 untuk Austria.
-
Sandie Shaw, pemenang pertandingan tahun 1967 untuk United Kingdom.
-
Frida Boccara, salah seorang dari empat pemenang pertandingan tahun 1969 untuk Perancis.
-
Lenny Kuhr, salah seorang dari empat pemenang pertandingan tahun 1969 untuk Belanda.
-
Vicky Leandros, pemenang pertandingan tahun 1972 untuk Luxembourg.
-
Anne-Marie David, pemenang pertandingan tahun 1973 untuk Luxembourg.
-
Brotherhood of Man, pemenang pertandingan tahun 1976 untuk United Kingdom
-
Marie Myriam, pemenang pertandingan tahun 1977 untuk Perancis.
-
Nicole Hohloch, pemenang pertandingan tahun 1982 untuk Jerman.
-
Bobbysocks!, pemenang Pertandingan tahun 1985 untuk Norway.
-
Sandra Kim, pemenang pertandingan tahun 1986 untuk Belgium.
-
Celine Dion, pemenang pertandingan tahun 1988 untuk Switzerland.
-
Toto Cutugno, pemenang pertandingan tahun 1990 untuk Itali.
-
Carola Häggkvist, pemenang pertandingan tahun 1991 untuk Swedia.
-
Linda Martin, pemenang pertandingan tahun 1992 untuk Ireland.
-
Niamh Kavanagh, pemenang pertandingan tahun 1993 untuk Ireland.
-
Secret Garden, pemenang pertandingan tahun 1995 untuk Norway.
-
Katrina and the Waves, pemenang pertandingan tahun 1997 untuk United Kingdom.
-
Dana International, pemenang pertandingan tahun 1998 untuk Israel.
-
Charlotte Nilsson, pemenang pertandingan tahun 1999 untuk Sweden.
-
Olsen Brothers, pemenang pertandingan tahun 2000 untuk Denmark.
-
Sertab Erener, pemenang pertandingan tahun 2003 untuk Turki.
-
Elena Paparizou, pemenang pertandingan tahun 2005 untuk Greece.
-
Marija Šerifović, pemenang pertandingan tahun 2007 untuk Serbia.
-
Dima Bilan, pemenang pertandingan tahun 2008 untuk Rusia.
-
Alexander Rybak, pemenang pertandingan tahun 2009 untuk Norway.
-
Ell & Nikki, pemenang pertandingan tahun 2011 untuk Azerbaijan.
-
Emmelie de Forest, pemenang pertandingan tahun 2013 untuk Denmark.
-
Conchita Wurst, pemenang pertandingan tahun 2014 untuk Austria.
-
Måns Zelmerlöw, pemenang pertandingan tahun 2015 untuk Sweden.
-
Salvador Sobral, pemenang pertandingan tahun 2017 untuk Portugal.
Catatan dan rujukan
Catatan
- ^ Sejak 2004, pertandingan ini termasuk pusingan separuh-akhir yang disiarkan di televisyen::— Pada tahun 2004 diadakan pada hari Rabu sebelum pusingan akhir:— Antara 2005 dan 2007 diadakan pada Khamis "Minggu Eurovision"
- ^ Sejak 2008, pertandingan ini termssuk dua pusingan separuh-akhir, yang diadakan pada hari Selasa dan Khamis sebelum pusingan akhir.
- ^ 1979, 1980, 1981, 1984, 1988, 1991, 1993, 1998, 2002 dan 2003.
- ^ a b Republik Persekutuan Jerman meraih dua kemenangan, satu sebelum, satu selepas penyatuan semula Jerman. Peta ini menjelaskan Jerman pada dua kemenangannya.
- ^ a b c d Lagu ini sebahagiannya dinyanyikan dalam bahasa Ukraine.
- ^ a b c d Lagu ini sebahagiannya dinyanyikan dalam bahasa Tatar Crimea.
- ^ a b Lagu ini sebahagiannya dinyanyikan dalam bahasa Ibrani.
- ^ a b Croatia (bahasa lagu pemenang tahun 1989) dan Serbia (bahasa lagu pemenang tahun 2007) sepenuhnya saling bertindih dan sering kali dianggap berseragam dari bahasa tunggal, Serbo-Croatia. Namun, mereka secara terpisah didaftarkan dalam statistik Eurovision.
Rujukan
- ^ Extract from the rules for the 2007 Eurovision Song Contest. Eurovision.tv. Retrieved on 22 August 2007.
- ^ Eurovision 1956. Eurovision.tv. Retrieved on 24 May 2008.
- ^ O'Connor, John Kennedy. The Eurovision Song Contest – The Official History. Carlton Books, UK. 2007 ISBN 978-1-84442-994-3
- ^ ABBA win 'Eurovision 50th' vote. BBC News (23 October 2005). Retrieved on 22 August 2007.
Bacaan lanjut
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Eurovision Song Contest winners |
- Sejarah Pertandingan Lagu Eurovision (dalam bahasa Inggeris). Eurovision.tv. Dicapai pada 19 Ogos 2007.
- John Kennedy O'Connor (2005). The Eurovision Song Contest 50 Years The Official History. London: Carlton Books Limited. ISBN 1-84442-586-X.
- Sejarah. (dalam bahasa Inggeris) ESCtoday.com. Dicapai pada 19 Ogos 2007.