Terdapat beberapa gerakan agama baru yang wujud dalam Malaysia yang diwartakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (di mana badan ini mentakrif dan merujuk gerakan-gerakan ini sebagai "organisasi ajaran sesat"):
- Nasrul Haq
- Budi Suci
- Al-Watan
- Budi Suci Sejati
- Jawa Faradin
- Silat Sunda Pukulan Ghaib
- Tusuk Hikmat
- Ilmu Kebatinan
- Potong Maya
- Naluri
- Kaula
- Haqqullah Syahadah
- Rampai
- Wali Suci
- Kalimat Sakti
- Silat Pukulan Jarak Jauh
- Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
- Zikir Sha`ban Islam Haq
- Asal Wujud Garis Laksmana
- Al-Ma`zat
- “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
- Ilmu Kebatinan
- Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
- Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
- Kumpulan Ikhwan/al-Mas
- Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
- Mohd Nordin Putih
- Nasrun S.T.Qahar
- Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
- Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
- Wali Sembilan
- Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
- Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
- Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
- Al-Arqam
- Golongan Anti Hadis
- Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
- Syiah
- Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
- Ajaran Hj.Kadar Ahmad
- Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
- Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
- Tarikat Mufaridiah
- Ajaran Hassan Anak Rimau
- Tarikat Aurad Ismailiah
- Ajaran Martabat Tujuh
- Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
- Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
- Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
- Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
- Ajaran Mohd Nor Seman
- Ajaran Ayah Pin
- Al-Ma`unah
- Ajaran Azhar Wahab
- Ajaran Hj.Banuar
- Ajaran Sesat Lia Eden
- Ajaran Sesat Tuhan Harun
- MAJLIS DZIKIR AL HIDAYAH KEWALIAN BESAR MALAYSIA [1]
- Ajaran Sesat Mirip Hakikat Insan[2]
Agama Melayu
Agama Melayu atau Agama Islam Melayu ialah ajaran yang dimana Menolak ajaran Islam yang telah dianggap sebagai Islam Arab. Ia menggunakan lafaz Syahadah yang pelik (ila ha ila ra ila ma) dan disambung dengan pengakuan "Aku Melayu" sebanyak tujuh kali dengan bunyi gong. Agama ini diasaskan oleh Ibu Yati pada tahun 2021.[3][4][5]
Perjalanan Mimpi Yang Terakhir
Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (disingkatkan sebagai PMYT) telah ditubuhkan pada tahun 2021 oleh seorang wanita, Sittah Annur yang didakwa mengembangkan ajaran ini yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.[6] Ia juga mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di negeri Sabah dan akan memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh perang.[7] Antara kandungan rakaman video yang tular tentang ajaran ini adalah pengakuan wanita terbabit mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah, malaikat serta Nabi Muhammad SAW.[8]
Satu lagi adalah mimpi benar akhir zaman, oleh seorang lelaki didakwa berketurunan Arab warganegara Pakistan, iaitu Muhammad Qasim Bin Abdul Karim. Meskipun pernah ditahan seketika untuk urusan soal siasat oleh jabatan agama Islam di Malaysia, akhirnya beliau dibebaskan kerana tiada bukti yang beliau menyebarkan ajaran sesat. Mimpi beliau yang juga digelar Mubasyirat dikatakan petunjuk untuk umat Islam di akhir zaman supaya bersedia dengan segala fitnah akhir zaman dan menjauhi syirik. 
Rujukan
- ^ Semai fahaman ‘Ajaran Harun’, WARTAWAN SINAR HARIAN, 20 April 2013, @ Hakcipta terpelihara
- ^ JAIM cari pengikut ajaran sesat mirip 'Hakikat Insan', @ Hakcipta terpelihara
- ^ Kosmo! (29 Januari 2021). "Agama Melayu guna syahadah pelik". Kosmo!. Dicapai pada 8 September 2021.
- ^ FMT Reporters (29 Januari 2021). "Ajaran Islam Melayu 'Ibu Yati' sesat lagi menyesat, kata YADIM". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 September 2021.
- ^ "Polis Selangor terima laporan ajaran sesat 'Islam Melayu'". Selangor Kini. Media Selangor Sdn. Bhd. Februari 2, 2021. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ "Ajaran sesat PMYT ada kaitan isu keselamatan negara". Harakah Daily. September 6, 2021. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ Bernama (5 September 2021). "Jangan terpengaruh dengan ajaran PMYT". Melaka Hari Ini. Bukit Gantang. Dicapai pada 9 September 2021.
- ^ Skuad Khas Harian Metro (September 4, 2021). "Ketua ajaran PMYT ditahan polis". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 8 September 2021.