Berikut merupakan senarai frigat yang berada dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Perancis setakat tahun 2024:
Frigat Kelas Pertama
Tentera Laut Perancis tidak menggunakan istilah kapal "pembinasa" tetapi mengelaskan kapal di dalam kelas ini sebagai "frigat kelas pertama". Bagaimanapun, dalam NATO ia dikelaskan sebagai "D" yang mana meletakan ia di dalam kelas pembinasa. Setakat tahun 2023, kesemua kapal perang Perancis telah menanggalkan nombor badan kapal untuk mengurangkan keupayaan untuk mengenali kapal-kapal secara individu.[1][2]
- Kelas Horizon - 2 buah (peranan utama dalam pertahanan udara)
- D620 Forbin
- D621 Chevalier Paul
- Kelas Aquitaine - 8 buah (6 buah untuk peranan peperangan anti kapal selam (ASW) / serangan darat; 2 buah untuk pertahanan udara / ASW)
- Kelas Amiral Ronarc'h - 1 buah (4 buah lagi dipesan; dual peranan ASW/pertahanan udara)
- D660 Amiral Ronarc'h (dalam ujian laut setakat akhir tahun 2024)
Frigat Kelas Kedua

Tiga (3) buah kelas La Fayette (La Fayette, Courbet dan Aconit) telah dinaiktaraf, dengan kemasukan sonar lekapan badan dan pelbagai sistem moden yang lain.
- Kelas La Fayette - 5 buah (tujuan pelbagai guna / pengiring)
- F710 La Fayette
- F711 Surcouf
- F712 Courbet
- F713 Aconit
- F714 Guépratte
- Kelas Floréal - 6 buah (melindungi kedaulatan / rondaan untuk wilayah luar negara Perancis)
Lihat juga
Rujukan
- ^ Groizeleau, Vincent (17 March 2023). "Marine nationale : l'anonymisation n'ira pas jusqu'aux bâchis". Mer et Marine. Dicapai pada 31 July 2023.
- ^ Groizeleau, Vincent (6 March 2023). "Deux frégates du type FREMM anonymisées l'une à côté de l'autre, trouvez les différences !". Mer et Marine. Dicapai pada 31 July 2023.