Perfileman tanah air dibentuk secara rasmi pada tahun 1980 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Filem kebiasaannya menjana pendapatan daripada beberapa aliran hasil, termasuk pameran teater, cakera padat, penyiaran televisyen dan barangan dagangan. Walau bagaimanapun, pendapatan box-office filem ialah metrik utama untuk penerbitan perdagangan dalam menilai kejayaan sesebuah filem, kebanyakannya kerana ketersediaan data berbanding angka jualan daripada cakera padat dan hak penyiaran televisyen. Di dalam senarai ini ialah carta penerima filem yang mempunyai kutipan tertinggi mengikut tahun kalendar dan garis masa yang menunjukkan peralihan rekod filem dengan kutipan tertinggi serta siri filem dengan kutipan tertinggi. Semua carta disenaraikan mengikut prestasi box-office panggung wayang di seluruh Malaysia. Kutipan yang ditulis adalah tidak termasuk daripada penjualan cakera padat, penyiaran televisyen iaitu melalui Astro First dan tayangan secara OTT seperti Netflix, Disney+ Hotstar dan Amazon Prime.
Secara tradisinya, filem perang, komedi, aksi, animasi dan seram telah menjadi genre yang paling popular dan digemari di kalangan rakyat Malaysia, kebiasaanya filem francais telah menjadi dominasi filem yang paling laris di abad ke-21. Francais bagi siri filem Polis EVO telah mencatatkan penerima kutipan tertinggi siri filem Malaysia setakat ini, dimana filem Polis EVO 3 telah memegang rekod sebagai filem Malaysia yang mempunyai kutipan kedua tertinggi serta filem Polis EVO 2 juga turut memegang filem Malaysia yang ke-12 yang mempunyai kutipan tertinggi serta Polis EVO yang menjadi bualan hangat dan membangkitkan serta menaikkan martabat filem tempatan yang merundum kerana kualiti yang teruk sejak permulaan abad ke-21. Ketiga-tiga buah filem ini telah menerima kutipan sebanyak RM 90.19 juta. Turut diikuti oleh francais siri filem daripada Animonsta Studios dengan 3 filem animasi mereka arahan Nizam Razak (Mechamato Movie - terbitan bersama Astro Shaw, BoBoiBoy Movie 2 dan BoBoiBoy: The Movie) dengan jumlah kutipan kumulatif keseluruhan siri RM81.68 juta, siri filem Munafik arahan Syamsul Yusof dengan kutipan kedua-dua filem tersebut RM67.04 juta, Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof (adik Syamsul) mendapat kutipan sebanyak RM58.61 juta sekaligus menjadikan keluarga Dato' Yusof Haslam (Dato' Yusof sendiri, Syamsul dan Syafiq) menjadi 3 pengarah termahal di Malaysia menurut Harian Metro.[1]
Setakat ini, Syamsul Yusof adalah pengarah yang mendominasi industri filem tempatan daripada aspek kutipan filem tertinggi. Pada tahun 2022, Syamsul telah mempunyai 11 filem arahannya di mana filem pertamanya, Evolusi KL Drift (2008) yang menerima kutipan sebanyak RM 4.5 juta turut diikuti oleh filem keduanya Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009, RM 4.2 juta), Evolusi KL Drift 2 (2010, RM 5.5 juta), Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011, RM 8.5 juta), KL Gangster (2011, RM 11.74 juta), Aku Bukan Tomboy (2011, RM 2.2 juta), Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012, RM 4.98 juta), KL Gangster 2 (2013, RM 4.96 juta), Munafik (2016, RM19.04 juta), Munafik 2 (2018, RM 48 juta) dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022, RM 97 juta) telah mencipta sejarah sebagai filem Malaysia paling laris mengatasi semua filem-filem antarabangsa.
Sejarah kutipan filem tertinggi
Sebelum tubuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1980, sutradara yang mendominasi tanah air dan digelar sebagai epik filem tempatan adalah Seniman Agung Negara, Tan Sri P. Ramlee (22 Mac 1929 – 29 Mei 1973). Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah mengeluarkan lebih daripada 50 filem hasil dan arahannya yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1950-an, 1960-an dan 1970-an, dimana filem-filem beliau semuanya menerima kutipan yang tertinggi pada ketika itu. Namun demikian, disebabkan tiada rekod bilangan penjualan tiket dan kutipan yang tepat, dengan ini secara rasminya tidak dapat menyatakan bahawa jumlah hasil kutipan filem keluarannya secara kasar.[2]
Kutipan filem tertinggi sepanjang zaman
Pada carta ini, filem disenaraikan mengikut hasil daripada pameran teater pada nilai nominalnya, bersama-sama dengan kedudukan tertinggi yang mereka capai. 10 filem secara keseluruhannya telah memperoleh kutipan melebihi RM 30 juta dengan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berada di kedudukan teratas. Semua filem telah ditayangkan di pawagam pada abad ke-20 dan abad ke-21.
- Lorek latar belakang menunjukkan filem ini sedang ditayangkan pada 22 November 2024 di panggung wayang.
K. | Tajuk | Pengarah | Kutipan (RM) | Tahun | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
1 | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Syamsul Yusof | RM 89,420,000 | 2022 | [# 1] |
2 | Sheriff: Narko Integriti | Syafiq Yusof | RM 58,000,000 | 2024 | [# 2] |
3 | Polis EVO 3 | Syafiq Yusof | RM 50,110,000 | 2023 | [# 3] |
4 | Munafik 2 | Syamsul Yusof | RM 37,740,000 | 2018 | [# 4] |
5 | Hantu Kak Limah | Mamat Khalid | RM 36,400,000 | 2018 | [# 5] |
6 | Mechamato Movie | Nizam Razak |
RM 35,880,000 | 2022 | [# 6] |
7 | MALBATT: Misi Bakara | Adrian Teh | RM 34,000,000 | 2023 | [# 7] |
8 | Ejen Ali: The Movie | Usamah Zaid Yasin | RM 30,050,000 | 2019 | [# 8] |
9 | BoBoiBoy Movie 2 | Nizam Razak Dzubir Mohammed Zakaria |
RM 29,600,000 | 2019 | [# 9] |
10 | Air Force The Movie: Selagi Bernyawa | Zulkarnain Azhar Frank See |
RM 29,380,000 | 2022 | [# 10] |
11 | PASKAL | Adrian Teh | RM 28,980,000 | 2018 | [# 11] |
12 | Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | Ahmad Razuri Roseli Adam Amiruddin Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim |
RM 26,190,000 | 2019 | |
13 | Takluk: Lahad Datu | Zulkarnain Azhar | RM 26,000,000 | 2024 | |
14 | Abang Long Fadil 3 | Syafiq Yusof | RM 24,200,000 | 2022 | |
15 | Polis EVO 2 | Joel Soh Andre Chiew |
RM 22,450,000 | 2018 | |
16 | Abang Long Fadil 2 | Syafiq Yusof | RM 18,150,000 | 2017 | |
17 | Polis EVO | Ghaz Abu Bakar | RM 17,740,000 | 2015 | |
18 | Munafik | Syamsul Yusof | RM 17,040,000 | 2016 | |
19 | The Journey | Chiu Keng Guan | RM 17,170,000 | 2014 | |
20 | Ola Bola | Chiu Keng Guan | RM 16,670,000 | 2016 | |
21 | BoBoiBoy: The Movie | Nizam Razak | RM 15,800,000 | 2016 | |
22 | Pusaka | Razaisyam Rashid | RM 13,700,000 | 2019 | |
23 | KL Special Force | Syafiq Yusof | RM 12,220,000 | 2018 | |
24 | Sangkar | Kabir Bhatia | RM 12,000,000 | 2019 | |
25 | KL Gangster | Syamsul Yusof | RM 11,740,000 | 2011 | |
26 | The Experts | Andre Chiew Nazim Shah |
RM 11,160,000 | 2024 | |
27 | Ombak Rindu | Osman Ali | RM 10,900,000 | 2011 | |
28 | Dukun | Dain Said | RM 10,000,000 | 2018 | |
29 | Misteri Dilaila | Syafiq Yusof | RM 9,440,000 | 2019 | |
30 | Hantu Bonceng | Ahmad Idham | RM 8,540,000 | 2011 | |
31 | Ngangkung | Ismail Bob Hashim | RM 8,180,000 | 2010 | |
32 | Didi & Friends The Movie | Akmal Aziz Asmawi Roshfaizal Ariffin |
RM 8,140,000 | 2023 | |
33 | Kongsi | Farid Kamil | RM 8,090,000 | 2011 | |
34 | Khurafat: Perjanjian Syaitan | Syamsul Yusof | RM 8,080,000 | 2011 | |
35 | Tombiruo: Penunggu Rimba | Seth Larney | RM 7,970,000 | 2017 | |
36 | Hantu Kak Limah Balik Rumah | Mamat Khalid | RM 7,900,000 | 2010 | |
37 | Bikers Kental 2 | Helmi Yusof | RM 7,680,000 | 2019 | |
38 | Adnan Semp-It | Ahmad Idham | RM 7,660,000 | 2010 | |
39 | WIRA | Adrian Teh | RM 7,600,000 | 2019 | |
40 | Ah Beng The Movie: Three Wishes | Silver Chung | RM 7,550,000 | 2012 | |
41 | Jangan Pandang Belakang | Ahmad Idham | RM 7,400,000 | 2007 | |
42 | All In | Matt Lai | RM 7,140,000 | 2024 | |
43 | J Revolusi | Zulkarnain Azhar | RM 7,130,000 | 2017 | |
44 | Nasi Lemak 2.0 | Namewee | RM 7,000,000 | 2011 | |
45 | Adnan Sempit 2 | Ismail Bob Hashim | RM 6,820,000 | 2012 | |
46 | Cicak-Man | Yusry Abdul Halim | RM 6,700,000 | 2006 | |
47 | Hikayat Merong Mahawangsa | Yusry Abdul Halim | RM 6,500,000 | 2011 | |
Great Day | Chiu Keng Guan | 2011 | |||
48 | Lagi-Lagi Senario | Aziz M. Osman | RM 6,330,000 | 2001 | |
49 | Geng: Pengembaraan Bermula | Nizam Razak | RM 6,200,000 | 2009 | |
50 | Sembilu II | Yusof Haslam | RM 6,100,000 | 1995 | |
51 | Jangan Pandang Belakang Congkak | Ahmad Idham | RM 6,090,000 | 2009 | |
52 | Imaginur | Nik Amir Mustapha | RM 6,030,000 | 2023 | |
53 | The Kid from the Big Apple | Jess Teong | RM 6,010,000 | 2016 | |
54 | Rahsia | Shamyl Othman | RM 6,000,000 | 2023 | |
55 | Pendekar Awang: Darah Indera Gajah | Sharuddin Dali Saiful Reza Shukor |
RM 5,900,000 | 2024 | |
56 | Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit | Mamat Khalid | RM 5,890,000 | 2013 | |
57 | Once Upon a Time | Silver Chung | RM 5,800,000 | 2013 | |
58 | Lee Chong Wei: Rise of the Legend | Teng Bee | RM 5,720,000 | 2018 | |
59 | Abang Adik | Jin Ong | RM 5,710,000 | 2023 | |
60 | Evolusi KL Drift 2 | Syamsul Yusof | RM 5,670,000 | 2010 | |
61 | Rock Bro! | Mamat Khalid | RM 5,600,000 | 2016 | |
62 | What! The Heist | Matt Lai | RM 5,300,000 | 2023 | |
63 | Don Dukun | Waan Hafiz | RM 5,000,000 | 2024 | |
Coast Guard Malaysia: Ops Helang | Pitt Hanif | 2023 | |||
Think Big Big | Chiu Keng Guan | 2018 | |||
64 | Jalan Kembali: Bohsia 2 | Syamsul Yusof | RM 4,980,000 | 2012 | |
65 | KL Gangster 2 | Syamsul Yusof | RM 4,960,000 | 2013 | |
66 | Nur Kasih The Movie | Kabir Bhatia | RM 4,930,000 | 2011 | |
67 | Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! | Eirma Fatima Hajah Ainon Ariff |
RM 4,900,000 | 2016 | |
68 | Mael Lambong | Ahmad Idham | RM 4,880,000 | 2012 | |
69 | Maria Mariana | Yusof Haslam | RM 4,720,000 | 1996 | |
70 | Bini-Biniku Gangster | Ismail Bob Hashim | RM 4,710,000 | 2011 | |
71 | Duyung | Abdul Razak Mohaideen | RM 4,670,000 | 2008 | |
72 | The Wedding Diary | Adrian Teh | RM 4,610,000 | 2013 | |
73 | Abang Long Fadil | Syafiq Yusof | RM 4,600,000 | 2014 | |
74 | Senario The Movie | Aziz M. Osman | RM 4,580,000 | 1999 | |
75 | Gerak Khas The Movie | Yusof Haslam | RM 4,400,000 | 2001 | |
76 | Mat Moto | Pekin Ibrahim Syafiq Yusof |
RM 4,390,000 | 2016 | |
Sembilu | Yusof Haslam | 1994 | |||
77 | Senario Lagi | Aziz M. Osman | RM 4,370,000 | 2000 | |
78 | Leftenan Adnan | Aziz M. Osman | RM 4,300,000 | 2000 | |
79 | Karak | Yusry Abdul Halim | RM 4,280,000 | 2011 | |
Lagenda Budak Setan | Sharad Sharan | 2010 | |||
80 | Senario The Movie - Episod 1 | Ahmad Idham | RM 4,260,000 | 2008 | |
81 | Woo Hoo! | Chiu Keng Guan | RM 4,200,000 | 2010 | |
82 | War On Terror: KL Anarki | Kroll Azry Frank See |
RM 4,140,000 | 2023 | |
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | Syamsul Yusof | 2009 | |||
83 | Talbis Iblis | Kabir Bhatia | RM 4,120,000 | 2022 | |
84 | Suatu Malam Kubur Berasap | Ernie Chen | RM 4,090,000 | 2011 | |
85 | Ah Beng: Mission Impossible | Silver Chung | RM 4,080,000 | 2014 | |
86 | Jangan Pandang Belakang Congkak 2 | Ahmad Idham | RM 4,030,000 | 2010 | |
87 | Ice Kacang Puppy Love | Ah Niu | RM 4,000,000 | 2010 | |
Remp-It | Ahmad Idham | 2006 | |||
Hingga Hujung Nyawa | Abdul Razak Mohaideen | 2004 | |||
88 | Rock Oo! | Mamat Khalid | RM 3,950,000 | 2013 | |
89 | Adnan Sempit 3 | Ismail Bob Hashim | RM 3,940,000 | 2013 | |
90 | Evolusi KL Drift | Syamsul Yusof | RM 3,900,000 | 2008 | |
91 | V3: Samseng Jalanan | Farid Kamil | RM 3,880,000 | 2010 | |
92 | Cinta Kolestrol | Abdul Razak Mohaideen | RM 3,820,000 | 2003 | |
93 | Congkak | Ahmad Idham | RM 3,800,000 | 2008 | |
94 | Niyang Rapik | Ahmad Idham | RM 3,720,000 | 2010 | |
95 | Raya Tak Jadi! | Abdul Razak Mohaideen | RM 3,640,000 | 2011 | |
96 | Istanbul Aku Datang! | Bernard Chauly | RM 3,580,000 | 2012 | |
97 | Anak Perjanjian Syaitan 2 | Ahmad Idham | RM 3,500,000 | 2024 | |
Bisik Pada Langit | Kabir Bhatia | 2017 | |||
Adik Manja | Othman Hafsham | 1980 | |||
98 | Santau | Azhari Zain | RM 3,480,000 | 2009 | |
99 | Alamak... Toyol! | Ismail Bob Hashim | RM 3,470,000 | 2011 | |
Otai | Abdul Razak Mohaideen | 2007 | |||
100 | Hantu Gangster | Namewee | RM 3,450,000 | 2012 |
Garis masa kutipan filem tertinggi sepanjang zaman
Sekurang-kurangnya sepuluh filem telah memegang rekod 'filem dengan kutipan tertinggi' sejak filem Adik Manja menduduki tempat teratas pada tahun 1980. Filem Adik Manja memegang rekod filem dengan kutipan tertinggi yang paling lama iaitu selama 14 tahun, dan diikuti oleh filem Sembilu II dan Lagi-Lagi Senario, dimana kedua-dua filem tersebut adalah filem kedua dan ketiga yang memegang rekod dengan kutipan tertinggi iaitu selama 6 tahun (selepas Adik Manja). Kini, rekod ini dipegang oleh filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, arahan Syamsul Yusof, iaitu sebanyak RM 97 juta.
Tahun | Filem | Tetapan rekod kasar (RM) |
---|---|---|
1980 | Adik Manja | RM 3,500,000 |
1994 | Sembilu | RM 4,390,000 |
1995 | Sembilu II | RM 6,100,000 |
2001 | Lagi-Lagi Senario | RM 6,330,000 |
2007 | Jangan Pandang Belakang | RM 7,400,000 |
2010 | Ngangkung | RM 8,150,000 |
2011 | KL Gangster | RM 11,740,000 |
2014 | The Journey | RM 17,280,000 |
2015 | Polis EVO | RM 17,470,000 |
2017 | Abang Long Fadil 2 | RM 18,140,000 |
2018 | Munafik 2 | RM 48,000,000 |
2022 | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | RM 97,000,000 |
Kutipan filem tertinggi mengikut tahun
Berikut merupakan kutipan filem tertinggi mengikut tahun.
Tahun | Tajuk | Syarikat Penerbitan | Kutipan (RM) | Fakta |
---|---|---|---|---|
1980 | Adik Manja | Merdeka Film Productions | RM 3,500,000 | Filem pertama dengan kutipan tertinggi dan bertahan selama hampir 15 tahun |
1981 | Bukit Kepong | Jins Shamsuddin Productions | RM 1,700,000 | |
1991 | Bayangan Maut | Skop Productions | RM 1,100,000 | |
1992 | XX Ray | Nizarman (M) Sdn. Bhd. | RM 1,200,000 | |
1993 | Pemburu Bayang | Skop Productions | RM 1,800,000 | |
Perempuan, Isteri & .....? | Berjaya Film Production | |||
1994 | Sembilu | Skop Productions | RM 4,390,000 | |
1995 | Sembilu II | RM 6,100,000 | Filem pertama mendapat kutipan lebih RM5 juta | |
1996 | Maria Mariana | Skop Productions & Grand Brilliance | RM 4,720,000 | |
1997 | Puteri Impian | Grand Brilliance | RM 2,220,000 | |
1998 | Maria Mariana 2 | Skop Productions & Grand Brilliance | RM 3,200,000 | |
1999 | Senario The Movie | Grand Brilliance & Paradigm Film | RM 4,580,000 | |
2000 | Senario Lagi | RM 4,580,000 | ||
2001 | Lagi-Lagi Senario | RM 6,330,000 | ||
2002 | Anak Mami The Movie | Grand Brilliance | RM 2,980,000 | |
2003 | Cinta Kolestrol | Metrowealth Pictures | RM 3,300,000 | |
2004 | Hingga Hujung Nyawa | RM 4,000,000 | ||
2005 | Gangster | Tayangan Unggul | RM 2,880,000 | |
2006 | Cicak-Man | KRU Studios | RM 6,070,000 | |
2007 | Jangan Pandang Belakang | Metrowealth Pictures | RM 7,400,000 | |
2008 | Duyung | KRU Studios, Grand Brilliance & Lineclear Motion | RM 4,670,000 | |
2009 | Geng: Pengembaraan Bermula | Les' Copacue Productions | RM 6,200,000 | Filem animasi 3D Malaysia pertama berada dalam senarai filem kutipan tetinggi |
2010 | Ngangkung | Metrowealth Pictures | RM 8,180,000 | |
2011 | KL Gangster | Skop Productions | RM 11,740,000 | Filem pertama Malaysia mendapat kutipan lebih RM10 juta |
2012 | Ah Beng The Movie: Three Wishes | Film Engine | RM 7,550,000 | |
2013 | Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit | Tayangan Unggul | RM 5,890,000 | |
2014 | The Journey | Astro Shaw | RM 17,280,000 | Filem pertama mendapat kutipan lebih RM15 juta serta filem cina dengan kutipan tertinggi |
2015 | Polis EVO | Astro Shaw & Tayangan Unggul | RM 17,470,000 | |
2016 | Munafik | Skop Productions | RM 19,040,000 | |
2017 | Abang Long Fadil 2 | Skop Productions & Astro Shaw | RM 18,150,000 | |
2018 | Munafik 2 | Skop Productions & President Productions | RM 48,000,000 | Filem pertama mendapat kutipan lebih daripada RM40 juta serta filem terpantas mendapat kutipan tertinggi selepas 4 hari |
2019 | Ejen Ali: The Movie | WAU Animation | RM 30,050,000 | |
2020 | Bulan dan Pria Terhebat | Nizra Entertaiment, Astro Shaw & Skop Productions | RM 3,000,000 | |
2022 | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Studio Kembara | RM 97,000,000 | Filem pertama mendapat kutipan lebih RM50 juta, RM60 juta, RM70 juta, RM80 juta, RM90 juta dan menghampiri RM100 juta |
2023 | Polis EVO 3 | Astro Shaw, Skop Productions, Blackflag & TGV Cinemas | RM 54,000,000 | Filem terpantas mendapat kutipan tertinggi selepas 1 minggu |
2024 | Sheriff: Narko Intergriti | Astro Shaw, Skop Productions | RM 64,000,000 |
Kutipan filem tertinggi berdasarkan siri filem
Berikut merupakan kutipan filem berdasarkan siri filem. Siri filem bermaksud koleksi filem yang berkaitan antara satu sama lain (sama ada sekuel, prekuel atau spin-off).
Rujukan
- ^ Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan:
- Salma Syahbuddin (12 September 2022). "Filem Epik Mat Kilau Hampiri RM100 Juta". Xtra.
Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof meluahkan rasa gembiranya apabila filem tersebut berjaya mencatat kutipan box office iaitu sebanyak RM97 juta sejak tayangannya pada 23 Jun lalu.
- Salma Syahbuddin (12 September 2022). "Filem Epik Mat Kilau Hampiri RM100 Juta". Xtra.
- ^ Sheriff: Narko Integriti:
- Gempak (11 Mei 2024). "Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri!". Astro Awani. Dicapai pada 17 Mei 2024.
FILEM aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof, Sheriff kini sudah meraih kutipan RM55 juta!.
- Gempak (11 Mei 2024). "Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri!". Astro Awani. Dicapai pada 17 Mei 2024.
- ^ Polis Evo 3:
- Afiezy Azaman (18 Jun 2023). "Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta!". Astro Awani. Dicapai pada 12 Julai 2023.
Filem Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM50 juta dikutip setelah lebih tiga minggu ditayangkan.
- Afiezy Azaman (18 Jun 2023). "Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta!". Astro Awani. Dicapai pada 12 Julai 2023.
- ^ Munafik 2:
- Kamelia Othman (16 September 2018). "'Munafik 2' atasi 'HKL', pecah rekod RM40 juta". mStar News. Dicapai pada 29 Jun 2022.
- Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (10 November 2018). "'Jangan risau, bonus Munafik 2 setimpal'". Berita Harian. Dicapai pada 29 Jun 2022.
Sebelum ini, Munafik 2 dilaporkan mengutip lebih RM48 juta apabila ditayangkan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.
- ^ Hantu Kak Limah:
- "'Filem Hantu Kak Limah untung RM36 juta, wayang win masjid miskin' - Gara-gara tweet ini, PU Amin dikecam netizen". The Reporter. Dicapai pada 29 Jun 2022.
- BERNAMA (24 Disember 2018). "Kejayaan Hantu Kak Limah faktor utama". Harian Metro. Dicapai pada 29 Jun 2022.
KEJAYAAN filem Hantu Kak Limah (HKL) meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36.2 juta menjadi faktor utama dalam mengangkat naskhah itu ke pentas teater muzikal.
- ^ Mechamato Movie:
- Shahrin Zulkifle (30 Disember 2022). "Tahniah Box Office! Mechamato Movie Pecah Rekod Mejadi Filem Animasi Tempatan No. 1". Gempak.
- Ikmal Aziz (5 Januari 2023). "Mechamato Movie Perlukan RM4 Juta Untuk Menjadi Filem Animasi Dengan Kutipan Tertinggi – Mengalahkan Frozen II". Aksiz.
Terbaru, filem ini telah mengutip RM34 juta selepas 28 hari ditayangkan dan semakin menghampiri untuk menjadi filem animasi dengan kutipan tertinggi di Malaysia. Pengumuman ini telah dilakukan oleh akaun Twitter rasmi Mechamato.
- ^ MALBATT:Misi Bakara:
- Fatin Farhana Ariffin (19 September 2023). "Malbatt: Misi Bakara kutip RM32.5 juta". Berita Harian. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
Filem penghargaan kepada perajurit negara, Malbatt: Misi Bakara berjaya meraih kutipan sebanyak RM32.5 juta selepas lima minggu tayangan sejak 24 Ogos lalu.
- Fatin Farhana Ariffin (19 September 2023). "Malbatt: Misi Bakara kutip RM32.5 juta". Berita Harian. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
- ^ Ejen Ali: The Movie:
- Del14 (11 Januari 2020). "Raih 30 Juta! Ejen Ali The Movie Bakal Ada Sekuel?". Xtra. Dicapai pada 29 Jun 2022.
Filem animasi, Ejen Ali The Movie (EATM) berjaya meraih kutipan sebanyak RM30 juta selepas lebih kurang 6 minggu sejak ditayangkan 28 November tahun lalu.
- Del14 (11 Januari 2020). "Raih 30 Juta! Ejen Ali The Movie Bakal Ada Sekuel?". Xtra. Dicapai pada 29 Jun 2022.
- ^ BoBoiBoy Movie 2:
- Izzat Aziz (18 Oktober 2019). "Selepas 10 Minggu Tayangan BoBoiBoy Movie 2 Mengutip RM30 Juta". Askiz. Dicapai pada 29 Jun 2022.
...Monsta mengumumkan yang filem tersebut telah berjaya mengutip sebanyak RM30 juta.
- Dennis Chua (4 September 2019). "#Showbiz: BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) is highest grossing animated film". NewStraitsTimes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Jun 2022.
...has successfully collected RM27.7 million at the local box office in just 26 days, making it the most successful local animated film.
- Izzat Aziz (18 Oktober 2019). "Selepas 10 Minggu Tayangan BoBoiBoy Movie 2 Mengutip RM30 Juta". Askiz. Dicapai pada 29 Jun 2022.
- ^ Air Force The Movie: Selagi Bernyawa:
- Ain Rabbiyatul (21 September 2022). "Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Raih Kutipan RM30 Juta Selepas 4 Minggu". ohbulan. Dicapai pada 2 Mac 2023.
...Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih kutipan sebanyak RM 30 juta setakat ini.
- Ain Rabbiyatul (21 September 2022). "Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Raih Kutipan RM30 Juta Selepas 4 Minggu". ohbulan. Dicapai pada 2 Mac 2023.
- ^ PASKAL:
- Gempak (10 November 2018). "Sudah raih RM30 juta, PASKAL The Movie masih ditayangkan di pawagam". Astro Awani. Dicapai pada 12 Julai 2023.
FILEM PASKAL The Movie mencatatkan sejarah tersendiri apabila meraih kutipan sebanyak RM30 juta.
- Gempak (10 November 2018). "Sudah raih RM30 juta, PASKAL The Movie masih ditayangkan di pawagam". Astro Awani. Dicapai pada 12 Julai 2023.
- ^ Riadz Radzi & Zaara Talita (11 Jun 2023). "3 pengarah termahal Malaysia". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2023.
- ^ "Mamat Khalid adalah 'P. Ramlee' di zaman kita: Tiara Jacquelina". Berita Harian. 24 Oktober 2021. Dicapai pada 27 Jun 2022.