Mechamato ialah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. [1][2] Musim pertama disiarkan dari 4 April 2013 hingga 26 Jun 2013 dan musim kedua disiarkan dari 15 Oktober 2014 hingga 15 Disember 2014. Pada 31 Oktober 2014, diumumkan bahawa empat musim baharu dijangka ditayangkan pada masa hadapan. [3] Musim ketiga dijadualkan tayangan perdana pada 25 Ogos 2015 hingga 26 Oktober 2015.[4]
Gambaran Keseluruhan Siri
Siri | Episod | Tayangan asal | |||
---|---|---|---|---|---|
Tayangan pertama | Tayangan terakhir | ||||
1 | 13 | 22 Disember 2013 | 23 Mac 2014 | ||
2 | 13 | 22 November 2014 | 30 Mac 2015 | ||
3 | 13 | 2 Disember 2015 | 26 Februari 2016 | ||
4 | 13 | 22 November 2016 | 23 Februari 2017 | ||
5 | 13 | 22 Disember 2017 | 6 Mac 2018 |
Senarai episod
Musim 1 (2013-2014)
No. overall | No. dalam musim | Title | Directed by | Written by | Original release date | |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 1 | "Kemunculan Koncho-Koncho" | Hafiz Ashraf Saipul Islam & Dzubir Mohammed Zakaria | Nizam Razak | 22 Disember 2013 | |
Amato terserempak dengan sekumpulan robot jahat bergelar Koncho-Koncho yang telah menyebabkan kesesakan teruk di pusat bandar. | ||||||
2 | 2 | "Di Bawah Paras Beku" | Dzubir Mohammed Zakaria & Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Anas Abdul Aziz | 29 Disember 2013 | |
Dalam perjalanan menuju ke pantai, Amato dan Pian menyedari bahawa seluruh bandaraya telah dibekukan oleh robot jahat bernama Sejuku. | ||||||
3 | 3 | "Sistem Pertahanan Rubika" | Dzubir Mohammed Zakaria, Hafiz Ashraf Saipul Islam & Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Nizam Razak & Anas Abdul Aziz | 5 Januari 2014 | |
MechaBot yang mengalami kerosakan dibawa ke Penjara Angkasa oleh Amato untuk dibaiki, tetapi dihalang oleh sistem keselamatan kapal tersebut. | ||||||
4 | 4 | "Cabaran Labirin Amazeey" | Dzubir Mohammed Zakaria & Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Anas Abdul Aziz | 12 Januari 2014 | |
Cikgu Jamie telah diculik, dan hanya Amato dan rakan-rakan sahaja yang boleh menyelamatkan beliau dari pagar sesat ciptaan robot jahat Amazeey. | ||||||
5 | 5 | "Jangan Cari Pasal Dengan Janitoor!" | Hafiz Ashraf Saipul Islam, Dzubir Mohammed Zakaria & Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Nizam Razak | 19 Januari 2014 | |
Amato menerima panggilan kecemasan daripada Pian, yang sedang dihendap di dalam rumahnya sendiri oleh sebuah robot jahat. | ||||||
6 | 6 | "Ninja Media Sosial" | Dzubir Mohammed Zakaria | Nizam Razak | 26 Januari 2014 | |
Video-video orang awam dalam situasi yang memalukan telah tersebar di media sosial dan Amato perlu mencari siapakah dalang di sebalik penyebaran itu. | ||||||
7 | 7 | "Pencuri Seni Lukis" | Dzubir Mohammed Zakaria & Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Nizam Razak | 2 Februari 2014 | |
Amato perlu menyiasat kehilangan beberapa lukisan, tetapi keadaan menjadi genting apabila robot jahat yang terlibat mula menculik kanak-kanak sebagai tebusan. | ||||||
8 | 8 | "Karaoke Sumbang" | Dzubir Mohammed Zakaria, Hafiz Ashraf Saipul Islam & Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Nizam Razak | 9 Februari 2014 | |
Bunyi-bunyi bising di waktu malam mengganggu sesi ulanhgkaji Amato. Dia perlu mencari si pembuat bising tersebut untuk menyelamatkan markah peperiksaannya. | ||||||
9 | 9 | "Teknologi Retro" | Dzubir Mohammed Zakaria & Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Anas Abdul Aziz | 18 Februari 2014 | |
Tanpa sengaja, Amato dan MechaBot terhumban ke dalam dunia permainan video retro, dan satu-satunya cara untuk keluar adalah dengan memenangi pertandingan tersebut. | ||||||
10 | 10 | "Api Jadi Lawan" | Raja Nukman Raja Mohd Noordin & Dzubir Mohammed Zakaria | Nizam Razak | 24 Februari 2014 | |
Amato dan rakan-rakan berusaha membantu memadamkan sebuah kebakaran, tetapi mula mengesyaki ada dalang di sebalik kejadian tersebut. | ||||||
11 | 11 | "Jaguh Segala Jaguh" | Raja Nukman Raja Mohd Noordin & Dzubir Mohammed Zakaria | Khairil Azwa & Nizam Razak | 1 Mac 2014 | |
Hari Sukan sedang berlangsung, dan Amato berhasrat untuk menjadi johan. Tetapi kedatangan sebuah robot jahat bakal memadamkan segala-galanya. | ||||||
12 | 12 | "Dunia Blok" | Dzubir Mohammed Zakaria & Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Khairil Azwa & Anas Abdul Aziz | 8 Mac 2014 | |
Semasa berkhemah di dalam hutan, Amato dan rakan-rakan terjumpa dengan sebuah rumah agam yang diperbuat daripada blok-blok permainan. | ||||||
13 | 13 | "Legenda Sumorai" | Dzubir Mohammed Zakaria & Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Raja Faisal Raja Ihsanmuddin & Anas Abdul Aziz | 15 Mac 2014 | |
Amato dan rakan-rakan sedang menyiasat tentang kemusnahan yang dilakukan oleh sebuah robot jahat yang berbahaya. Tanpa disedari, ia adalah angkara robot legenda, Sumorai. |
Musim 2 (2014-2015)
No. overall | No. dalam musim | Title | Directed by | Written by | Original release date | |
---|---|---|---|---|---|---|
14 | 1 | "Asam Garam Kecam" | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Raja Faisal Raja Ihsanmuddin | 22 November 2014 | |
Robot chef Garamsey bertindak menculik Deep kerana memberi ulasan buruk tentang masakannya. Amato perlu menyelamatkan Deep sebelum dia menjadi hidangan yang seterusnya. | ||||||
15 | 2 | "Misteri Penunggu Sekolah" | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Raja Faisal Raja Ihsanmuddin | 29 November 2014 | |
Amato dan rakan-rakan tinggal lewat di sekolah untuk menyiapkan sebuah projek, apabila mereka perasan ada kelibat yang sedang memerhati. | ||||||
16 | 3 | "Rehabilitasi Robot" | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Syahmi Hafizuddin Anas Abdul Aziz | 6 Disember 2014 | |
Amato dan Pian cuba memberi kaunseling kepada robot-robot jahat, namun satu kejadian yang tak diduga terjadi hingga menyebabkan robot jahat Scarescrew berjaya melepaskan diri. | ||||||
17 | 4 | "Rampasan Takhta Blok" | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Khairil Azwa Anas Abdul Aziz | 12 Disember 2014 | |
Apabila Mechanizer milik Amato diambil alih oleh King Boxell, Amato dan rakan-rakan perlu memasuki Dunia Mechanizer untuk menghentikan niat King Boxell itu. | ||||||
18 | 5 | "Perangkap Arked" | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Syahmi Hafizuddin Raja Faisal Raja Ihsanuddin | 19 Disember 2014 | |
Amato dan rakan-rakan singgah di sebuah arked permainan yang baru saja dibuka, tetapi tanpa pengetahuan mereka ia merupakan perangkap sebuah robot jahat bergelar Arcada. | ||||||
19 | 6 | "Pertembungan Kitar Semula" | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Nizam Razak | 26 Disember 2014 | |
Semasa mencari botol-botol plastik untuk projek kelas mereka, Amato dan rakan-rakan terserempak dengan sebuah robot kitar semula yang diperbuat dari plastik terbuang. | ||||||
20 | 7 | "Perlumbaan Destar Prix" | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Syahmi Hafizuddin Raja Faisal Raja Ihsanmuddin | 1 Februari 2015 | |
Amato menceritakan semula bagaimana robot kembar CarBro dan JetSis cuba mensabotaj perlumbaan go-kart Destar Prix pada tahun sebelumnya. | ||||||
21 | 8 | "Kon-nichi-wa!" | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Khairil Azwa Anas Abdul Aziz | 4 Februari 2015 | |
Amato menerima khabar tentang robot-robot Konchozoku, sekumpulan robot jahat yang amat ditakuti oleh geng Kon Koncho, yang sedang membuat onar di kawasan bandar. | ||||||
22 | 9 | "Diva Di Awan" | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin | Khairil Azwa Anas Abdul Aziz | 7 Februari 2015 | |
Robot jahat Cloudiva telah menyebabkan kejadian-kejadian cuaca pelik di sekitar bandar. Amato perlu menghentikannya sebelum keadaan dan cuaca menjadi semakin buruk. | ||||||
23 | 10 | "Empayar Papan Permainan" | Dzubir Mohammed Zakaria | Khairil Azwa | 26 Februari 2015 | |
Amato dan rakan-rakan terjumpa sebuah papan permainan yang menyedut mereka masuk ke dalam dunianya, dan satu-satunya jalan keluar adalah dengan memenangi permainan tersebut. | ||||||
24 | 11 | "Rancangan Tumpang Toopee" | Dzubir Mohammed Zakaria | Syahmi Hafizuddin | 14 Mac 2015 | |
Amato dan MechaBot dijemput ke rancangan kanak-kanak yang dihoskan oleh maskot tupai Toopee, tetapi keadaan menjadi pelik dengan pantas. | ||||||
25 | 12 | "Masalah Kecil": Bahagian 1" | Dzubir Mohammed Zakaria | Raja Faisal Raja Ihsanmuddin | 15 Mac 2015 | |
Usaha Amato untuk menangkap robot jahat Shleep digagalkan oleh makhluk asing bergelar Chachix. | ||||||
26 | 13 | "Masalah Kecil': Bahagian 2" | Dzubir Mohammed Zakaria | Nizam Razak Anas Abdul Aziz | 30 Mac 2015 | |
Sekumpulan robot-robot jahat telah berjaya melepaskan diri, dan Chachix berniat untuk menangkap dan mengawal mereka semua. Amato perlu menghentikan Chachix serta-merta. |
Musim 3 (2015-2016)
No. overall | No. dalam musim | Title | Directed by | Written by | Original release date | |
---|---|---|---|---|---|---|
27 | 1 | "Serangan Si Itik" | Dzubir Mohammed Zakaria | Raja Faisal Raja Ihsanmuddin | 2 Disember 2015 | |
Amato dan MechaBot mengelilingi bandar untuk menyatukan semula seekor anak itik pelik yang sesat dengan adik beradiknya yang lain, namun semuanya tidak seperti yang dijangka. | ||||||
28 | 2 | "Dengar Cakap Mami" | Dzubir Mohammed Zakaria | Raja Faisal Raja Ihsanmuddin | 5 Disember 2015 | |
Rombongan perkhemahan kelas Amato dilanda masalah apabila rakan sekelasnya diculik oleh robot jahat yang mengubah mereka menjadi mumia. | ||||||
29 | 3 | "Demam Media Sosial" | Dzubir Mohammed Zakaria | Khairil Azwa Anas Abdul Aziz | 21 Disember 2015 | |
Apabila robot jahat bernama Influenzo mengawal minda orang ramai di Kota Hilir, Amato dan rakan-rakan perlu mencari jalan untuk menyelamatkan mereka sebelum keadaan menjadi lebih teruk. | ||||||
30 | 4 | "Piramid Fulus" | Dzubir Mohammed Zakaria | Khairil Azwa Anas Abdul Aziz | 28 Disember 2015 | |
Apabila Mara terperangkap di dalam permainan berpapan milik robot jahat Fulus the First, Amato dan rakan-rakan perlu memenangi permainan itu untuk membebaskan diri mereka. | ||||||
31 | 5 | "Wayang Bayang" | Dzubir Mohammed Zakaria | Khairil Azwa Anas Abdul Aziz | 29 Disember 2015 | |
Apabila robot bernama Tokang mempersembahkan seni wayang kulitnya di Warung Muhibah, ada sesuatu yang aneh tentang boneka-boneka yang digunakannya. | ||||||
32 | 6 | "Selamat Datang ke Robojaya" | Dzubir Mohammed Zakaria | Syahmi Hafizuddin Anas Abdul Aziz Raja Faisal Raja Ihsanmuddin | 5 Januari 2016 | |
Amato dan Pian melawat bandar baharu yang telah dibina oleh Koncho-Koncho dalam dunia Mechanizer, tetapi keadaan menjadi huru-hara apabila Bula dan Bili menyertai mereka tanpa sengaja. | ||||||
33 | 7 | "V untuk Vendator" | Dzubir Mohammed Zakaria | Syahmi Hafizuddin Anas Abdul Aziz | 6 Januari 2016 | |
Selepas dikecilkan oleh robot mesin mainan kapsul, Amato, MechaBot, dan Deep perlu mencari jalan untuk kembali kepada saiz mereka yang asal. | ||||||
34 | 8 | "Seteru Seni" | Dzubir Mohammed Zakaria | Syahmi Hafizuddin Anas Abdul Aziz | 12 Januari 2016 | |
Disebabkan perselisihan dengan abangnya Paintasso, robot jahat bernama Inkassa mula membuat onar di Kota Hilir dengan menyedut warna dari bandar itu. | ||||||
35 | 9 | "Kebangkitan Koncho Rangers" | Dzubir Mohammed Zakaria | Syahmi Hafizuddin Raja Faisal Raja Ihsanmuddin | 13 Januari 2016 | |
Sekumpulan Koncho baharu bernama Koncho Rangers tiba untuk mencari geng Kon Koncho tetapi telah berlaku salah faham yang mencetuskan pergaduhan dengan Amato dan kawan-kawan. | ||||||
36 | 10 | "Seni Roborigami" | Dzubir Mohammed Zakaria | Syahmi Hafizuddin | 19 Februari 2016 | |
Ketika mencari kertas ujiannya yang hilang di sekolah, Amato terjumpa robot jahat yang taksub dengan seni lipatan origami. | ||||||
37 | 11 | "Masalah Kusut" | Dzubir Mohammed Zakaria | Khairil Azwa Raja Faisal Raja Ihsanmuddin | 20 Februari 2016 | |
Seorang robot tukang gunting jahat bernama Barberosak mencetuskan huru-hara apabila dia menggunting rambut penduduk bandar termasuklah Amato dengan gaya-gaya rambut yang hodoh. | ||||||
38 | 12 | "Chachix Kembali" | TBA | TBA | 26 Februari 2016 | |
Apabila Chachix berjaya melarikan diri dari Makmal Destar dan berpakat dengan dua robot jahat yang kuat, Mechamato perlu bekerjasama dengan Maskmara untuk menghentikan mereka. | ||||||
39 | 13 | "Dendam MaskChachix" | TBA | TBA | 26 Februari 2016 | |
Chachix telah berjaya menggodam sut prototaip Maskmana untuk menjadi lebih kuat, dan memaksa Mechamato serta Maskmara untuk berlumba dengan masa bagi menghalang Chachix daripada menawan Kota Hilir. |
References
- ^ https://m.youtube.com/watch?feature=shared&v=gIvYqj4ve3M
- ^ https://m.youtube.com/watch?feature=shared&v=Dx8tk3qZFro
- ^ https://www.facebook.com/100044130159461/posts/pfbid02pxjJF7zph2sMHo2R5oWiDNsY8F9YXHmAYAnNDpACQ26DHBYYgNxj5ba8Z8AVxsjl/?app=fbl
- ^ Monsta (2024-07-31). OFFICIAL POSTER | Mechamato Musim 3. Dicapai pada 2024-08-01 – melalui YouTube.