Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Ini merupakan senarai episod siri animasi Ejen Ali.
Ringkasan episod
Musim | Episod | Tayangan asal | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tayangan pertama | Tayangan terakhir | Rangkaian | ||||
1 | 13 | 6 Mac 2015 | 1 April 2016 | TV3 Disney Channel Asia Disney+ Hotstar | ||
2 | 13 | 22 September 2017 | 30 Mac 2018 | |||
3 | 13 | 25 Jun 2022 | 28 Januari 2023 |
Senarai episod
Musim 1 (2016-2017)
Episod | Tajuk | Tarikh siaran pertama | ||
---|---|---|---|---|
TV3 | Disney Channel Asia | |||
1 | "MISI: I.R.I.S." | 8 April 2016 | 15 Disember 2017 | |
Ali merupakan seorang pelajar sekolah berumur 12 tahun yang bergelut di sekolah dan juga menjadi mangsa buli. Kehidupannya berubah apabila dia secara tidak sengaja menggunakan teknologi yang dicuri oleh dua penjahat. | ||||
2 | "MISI: ALPHA" | 15 April 2016 | 22 Disember 2017 | |
Apabila Dr. Tong tiba-tiba membuat pengumuman untuk meletakkan jawatannya, M.A.T.A. mengesyaki ada sesuatu yang berlaku kepadanya dan Ali dihantar ke misi pertamanya iaitu menggunakan I.R.I.S.. | ||||
3 | "MISI: SERI" | 15 April 2016 | 29 Disember 2017 | |
Semasa cuba menghentikan Komeng dan orang-orangnya daripada mencuri dron, Ali bertemu dengan seorang pengacau bertopeng yang membantu dia mengalahkan mereka. Tetapi keadaan berubah setelah Ali mendapat tahu identiti pengacau bertopeng itu! | ||||
4 | "MISI: COMOT" | 22 Julai 2016 | 5 Januari 2018 | |
Setelah menyelamatkan seekor kucing sesat dari dilanggar oleh sebuah kereta, Ali tersalah anggap kucing itu sebagai kucing lamanya, Labu. Oleh itu, dia berhasrat untuk membelanya sendiri. Namun, Ali tidak mengetahui yang kucing itu mempunyai motif yang tersembunyi iaitu mencuri I.R.I.S.. | ||||
5 | "MISI: BLUEPRINT" | 29 Julai 2016 | 12 Januari 2018 | |
Selepas Dos dan Trez berjaya mencuri dua keping pendrive yang mengandungi blueprint I.R.I.S., ejen-ejen M.A.T.A. ditugaskan dalam misi seterusnya untuk mendapatkannya semula sebelum dinyahsulit oleh penjahat itu. | ||||
6 | "MISI: BANGKIT" | 5 Ogos 2016 | 19 Januari 2018 | |
Selepas Dr. Tong dan Dr. Mala menjadi mangsa dalam kejahatan Dr. Aaron, Ali, Bakar, Alicia dan Comot perlu melindungi Dr. Ghazali dari si penjahat itu sebelum terlambat! | ||||
7 | "MISI: PROTOKOL GEGAS" | 28 Oktober 2016 | 2 Februari 2018 | |
Sewaktu misi mula bermasalah, Alicia menyatakan bahawa kalau bukan kerana I.R.I.S. yang sedang dipakai oleh Ali, tentu dia akan menggunakan "Protokol Gegas". Setelah gangguan kuasa berlaku di Cyberaya, ejen-ejen M.A.T.A. telah dihantar untuk menyiasat masalah tersebut. Semasa misi itu, Ali terkejut selepas mengetahui tujuan sebenar "Protokol Gegas" daripada Bakar. | ||||
8 | "MISI: PRESTASI" | 4 November 2016 | 2 Februari 2018 | |
Setelah kejadian yang tidak diingini dalam misi sebelumnya, General Rama berbincang dengan ejen-ejen M.A.T.A. serta diri Ali sendiri mengenai prestasinya. Dia juga perlu membuat keputusan sama ada Ali masih boleh meneruskan misi atau dihapuskan. | ||||
9 | "MISI: POTENSI" | 11 November 2016 | 9 Februari 2018 | |
Rizwan menawarkan dirinya untuk menjadi mentor kepada Ali, jadi dia perlu melatih Ali untuk menjadi ejen yang lebih bagus, walaupun dia berasa ragu terhadap Ali. | ||||
10 | "MISI: SENSASI" | 30 Disember 2016 | 23 Februari 2018 | |
Selepas video yang menunjukkan Ali menyelamatkan nyawa Aunty Faye tular di Internet, Ali mula menjadi obses terhadap populariti lalu mencipta satu profil baru untuk dirinya sebagai ejen. Namun, dia tidak tahu yang perkara itu boleh membawa bahaya yang serius kepadanya. | ||||
11 | "MISI: BUKTI" | 6 Januari 2017 | 25 Mei 2018 | |
Sukar untuk mempercayai yang Bakar adalah pengkhianat dalam M.A.T.A., Ali bertekad untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah. | ||||
12 | "MISI: UNO" | 13 Januari 2017 | 1 Jun 2018 | |
Uno telah menggodam ke dalam M.A.T.A. dengan misi untuk menangkap Ali. | ||||
13 | "MISI: OVERRIDE" | 3 Mac 2017 | 8 Jun 2018 | |
Uno dan orang-orangnya berjaya menculik Ali dan cuba untuk memisahkan I.R.I.S. daripadanya. Ali telah bertekad untuk tidak membiarkannya jatuh ke tangan yang salah, manakala ejen M.A.T.A. yang lain cuba untuk melindungi Ali. |
Musim 2 (2017-2018)
Episod | Tajuk | Tarikh siaran pertama | ||
---|---|---|---|---|
TV3 | Disney Channel Asia | |||
14 | "MISI: AKADEMI" | 22 September 2017 | 15 April 2019 | |
Ali, Bakar, Comot dan Alicia dibawa ke Akademi M.A.T.A., tetapi dengan syarat Ali perlu bersedia untuk menjalani satu ujian bagi melayakkan kemasukannya. | ||||
15 | "MISI: ORIENTASI" | 29 September 2017 | 16 April 2019 | |
Selepas diterima masuk ke Akademi M.A.T.A., Ali disambut baik oleh semua orang termasuk ejen junior, kecuali seorang ejen. | ||||
16 | "MISI: MAIN" | 6 Oktober 2017 | 17 April 2019 | |
General Rama telah menghantar ejen-ejen dari Akademi M.A.T.A. untuk misi pertama mereka iaitu menghentikan penjahat yang telah menggodam stesen kereta api Cyberaya! | ||||
17 | "MISI: ANALOG" | 13 Oktober 2017 | 18 April 2019 | |
Seorang lelaki tua misteri yang membenci teknologi telah menimbulkan malapetaka merentasi Cyberaya. | ||||
18 | "MISI: CABAR" | 17 November 2017 | 19 April 2019 | |
Seorang ejen yang bekerja di bawah Uno telah menyusup ke dalam Akademi M.A.T.A.! | ||||
19 | "MISI: SUSU" | 24 November 2017 | 26 April 2019 | |
Ali telah digantung dari menjalankan misi buat sementara, dan pada masa yang sama dia tertinggal kunci rumahnya jadi Ali menumpang di rumah Aunty Faye dan bermain dengan cucunya yang bernama Danish. | ||||
20 | "MISI: KEMBALI" | 1 Disember 2017 | 3 Jun 2019 | |
Rizwan kembali ke dalam M.A.T.A. untuk membantu mentor-mentor di dalam misi seterusnya. | ||||
21 | "MISI: TUJUAN" | 8 Disember 2017 | 4 Jun 2019 | |
Rizwan menyertai pasukan Uno dengan niat untuk menghapuskan M.A.T.A. sementara Ali sangat meragui tentang dirinya sebagai ejen. | ||||
22 | "MISI: PERANAN" | 9 Februari 2018 | 5 Jun 2019 | |
Rizwan diarahkan oleh Jenny untuk mencari Cuatro jika tidak mahu apa-apa masalah berlaku kepada diri Rizwan sendiri. | ||||
23 | "MISI: ATLAS" | 16 Februari 2018 | 6 Jun 2019 | |
Analogman kembali membuat kekacauan di bandar Cyberaya dengan bantuan rakan-rakan barunya. Sementara itu Ali memperkenalkan ciptaan gajet barunya yang dipanggil I.R.I.S. Atlas. | ||||
24 | "MISI: HARAPAN" | 23 Februari 2018 | 7 Jun 2019 | |
Rizwan mampu menguasai ilmu penuh INVISO dan dia menggunakannya untuk memusnahkan markas Numeros. | ||||
25 | "MISI: DIEZ" | 23 Mac 2018 | 1 Januari 2020 | |
Semua ejen M.A.T.A. telah bersedia untuk melindungi M.A.T.A. pada ketika kumpulan Numeros sedang dalam perjalanan untuk memulakan sesuatu yang dahsyat di Akademi M.A.T.A.. | ||||
26 | "MISI: LEGASI" | 30 Mac 2018 | 1 Januari 2020 | |
Setiap ejen M.A.T.A. harus mencegah tindakan Uno dari mengakses mainframe M.A.T.A.. |
Musim 3 (2022-2023)
Episod | Tajuk | Tarikh siaran pertama | ||
---|---|---|---|---|
Disney+ Hotstar | TV3 | |||
27 | "MISI: ARENA" | 25 Jun 2022 | 25 Jun 2023 | |
Ali dan rakan-rakan dipanggil ke lokasi rahsia untuk bertanding dalam pertandingan berprestij. Rizwan dalam masalah dan bekerjasama dengan Dos. | ||||
28 | "MISI: BOLEH" | 2 Julai 2022 | 2 Julai 2023 | |
Ali nekad untuk menang, namun hilang keyakinan dalam pusingan pertama. Dato' Hisham mengambil alih Cyberaya dan menbimbangkan Ganz dan Dayang. | ||||
29 | "MISI: UPGRADE" | 9 Julai 2022 | 9 Julai 2023 | |
Prestasi Ali dalam pusingan pertama membalik selepas terima gajet baharu. Rizwan dan Dos bersemuka dengan Cinco dan dikejutkan dengan kekuatan baharu. | ||||
30 | "MISI: BALAS" | 16 Julai 2022 | 16 Julai 2023 | |
Di pusingan kedua, permusuhan antara ejen-ejen semakin sengit apabila Ali dapat tahu tentang komplot sabotaj yang dirancang oleh rakan sepasukannya. | ||||
31 | "MISI: BLACKOUT" | 23 Julai 2022 | 23 Julai 2023 | |
Hari latihan terganggu apabila bekalan tenaga terputus. Ali cuba menenangkan perselisihan faham antara ejen-ejen sementara Alicia memerhatikan Kim. | ||||
32 | "MISI: BURU" | 30 Julai 2022 | 30 Julai 2023 | |
Atas permintaan Dato' Hisham, semua ejen dipanggil ke Pusat Sains Cyberaya. Rizwan dan Dos mengekori Cinco untuk mencari punca Djin berpaling tadah. | ||||
33 | "MISI: JERAT" | 6 Ogos 2022 | 6 Ogos 2023 | |
Ali, Alicia dan Kim terserempak dengan Rizwan dan Dos. Numeros menyerang Pusat Sains Cyberaya dan para ejen berganding bahu menyelamatkan orang awam. | ||||
34 | "MISI: UBAH" | 24 Disember 2022 | 7 Januari 2024 | |
Satu kejutan menanti ejen dalam pertandingan MATA Arena. Mereka ditugaskan dengan teras baharu untuk menguji cara mereka menyesuaikan diri dengan kemahiran baharu. | ||||
35 | "MISI: HYBRID" | 31 Disember 2022 | 14 Januari 2024 | |
Ali merayu kepada pasukannya untuk tingkatkan latihan dan prestasi. Walaupun pusingan dijalankan secara berpasukan, namun hanya peserta individu dengan markah tertinggi akan layak ke pusingan akhir. | ||||
36 | "MISI: KHEMAH" | 7 Januari 2023 | 21 Januari 2024 | |
Semua Ejen Muda diberi satu hari cuti rehat dan mereka berkhemah sebelum pertandingan akhir. Ketika itulah ejen-ejen muda dapat berkongsi pengalaman. | ||||
37 | "MISI: GETIR" | 14 Januari 2023 | 28 Januari 2024 | |
Ali bersedia sebagai salah seorang daripada finalis 4 terbaik di cabaran akhir M.A.T.A Arena dan mereka dikejutkan dengan kehadiran Ketua Teras M.A.T.A.. | ||||
38 | "MISI: SENGAT" | 21 Januari 2023 | 4 Februari 2024 | |
Pencarian Ali dalam Cabaran Akhir Arena MATA tergendala apabila Cinco memecah masuk ke lokasi rahsia pertandingan dan mendedahkan rancangannya. | ||||
39 | "MISI: JAGUH" | 28 Januari 2023 | 11 Februari 2024 | |
Mentor dan Ketua Teras tewas selepas terkena serangan mesin canggih Cinco di Arena. |