Amy Mastura merupakan penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang kerjayanya telah melangkaui dua dekad. Berikut ialah senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh beliau.
Anugerah Industri Muzik (AIM) merupakan acara tahunan yang sama dengan Anugerah Grammy yang mengiktiraf artis Malaysia.[1][2] Oleh kerana penyertaan beliau pada tahun 1994 menerusi album studio eponim pertamaya, beliau telah memenangi 1 anugerah dan menerima enam pencalonan.[3]
Acara tahunan yang telah dilancarkan pada tahun 1987 yang dikenali sebagai Anugerah Pelakon / Penyanyi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan majlis anugerah yang mengiktiraf artis paling popular pada tahun.[4] Anugerah ini ialah satu majlis tahunan yang dianjurkan oleh salah sebuah akhbar Malaysia, Berita Harian dengan keputusan yang berasaskan kepada undi yang dibuat oleh pembaca. Bagi anugerah ini, Amy telah memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular pada 1994 dan Pelakon Filem Wanita Popular pada 1998 dan 1999.[5]
Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan acara tahunan yang mengiktiraf komposisi muzik lagu yang berdasarkan kerjasama tiga pihak - penulis lirik, penggubah lagu dan penyanyi. Program mingguannya akan mengumpulkan perseorangan dan lagu-lagu pencalonan daripada pelbagai artis yang mana mereka akan bersaing sehingga lagu-lagu mereka akan dimasukkan sebagai finalis sebelum akhirnya dicalonkan untuk dinilai oleh juri profesional. Dari tahun 1986 sehingga 1991, peserta akhir untuk pusingan akhir dipilih berdasarkan pemenang bulanan, dan dari 1992 hingga 2008, lagu-lagu telah dipisahkan kepada tiga kategori utama - Balada, Irama Malaysia dan Lagu Etnik Kreatif dan juga Pop Rock.[6] Walau bagaimanapun, dari 2009 dan seterusnya, semua kategori telah dirombak dan 12 peserta akhir telah bersaing antara satu sama lain tanpa batasan kategori.[6][7]
"Langkah Di Hatimu" • "Lagu Happy" • "Bahasa Langit"
Lagu-lagu lain
"Harapan Semalam" bersama Azmeer • "The Best Part" bersama Tommy Page • "Akar" • "Strive For The Best" bersama Ziana Zain • "Cinta Kita" • "Kelip Kelip" • "Tiada Ragu" bersama Aqasha • "Andai" & "Keabadian Cinta (Versi duet)"bersama Anuar Zain • "Sesedang" • "Eyok Eyok" bersama Daniel Lee & Sasi The Don • "Tapi Itu Dulu" • "Jom Menari Lerr"
Lagu-lagu perayaan
"Bersama Di Hari Raya" • "Setahun Sekali" • "Warna Warni Aidilfitri" bersama Shima, Hattan, Erra Fazira, Nash & Ameng