Terdapat 12 pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang diadakan pada 9 Mei 2018 lalu. Tambahan pula, PRK berkenaan mestilah dilaksanakan atas alasan-alasan munasabah iaitu kematian penyandang, perletakkan jawatan dan perintah mahkamah. Seterusnya Senarai pilihan raya kecil selepas Pilihan raya umum Malaysia ke-15.
Parti Bertanding
Parti Yang Menang
Tahun | Kawasan | Parti |
---|---|---|
2018 | DUN Sungai Kandis | PH-PKR |
DUN Seri Setia | PH-PKR | |
DUN Balakong | PH-DAP | |
Parlimen Port Dickson | PH-PKR | |
2019 | Parlimen Cameron Highlands | BN |
DUN Semenyih | BN-UMNO | |
DUN Rantau | BN-UMNO | |
Parlimen Sandakan | PH-DAP | |
Parlimen Tanjung Piai | BN-MCA | |
2020 | Parlimen Kimanis | BN-UMNO |
DUN Chini | BN-UMNO | |
DUN Slim | BN-UMNO |
Bilangan Undi Berdasarkan Parti
Pakatan Harapan dan sekutu (Parti Warisan Sabah)
Berikut merupakan senarai undian yang diperolehi oleh Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya dari Parti Warisan Sabah.
Tahun | Kawasan | Parti | Undian |
---|---|---|---|
2018 | DUN Sungai Kandis | PH-PKR | 15,427 |
DUN Seri Setia | PH-PKR | 13,725 | |
DUN Balakong | PH-DAP | 22,508 | |
Parlimen Port Dickson | PH-PKR | 31,016 | |
2019 | Parlimen Cameron Highlands | PH-DAP | 8,800 |
DUN Semenyih | PH-Bersatu | 17,866 | |
DUN Rantau | PH-PKR | 5,887 | |
Parlimen Sandakan | PH-DAP | 16,012 | |
Parlimen Tanjung Piai | PH-Bersatu | 10,380 | |
2020 | Parlimen Kimanis | WARISAN | 10,677 |
DUN Chini | Tidak bertanding | ||
DUN Slim | BEBAS (PEJUANG) | 2,115 |
Barisan Nasional dan Parti Islam Se-Malaysia
Gabungan Muafakat Nasional merupakan gabungan yang tidak rasmi. Namun, BN dan PAS saling bertoleransi sesama sendiri dalam pembahagian kerusi semasa pilihan raya kecil berlaku.
Tahun | Kawasan | Parti | Undian |
---|---|---|---|
2018 | DUN Sungai Kandis | BN-UMNO | 9,585 |
DUN Seri Setia | PAS | 9,698 | |
DUN Balakong | BN-MCA | 3,975 | |
Parlimen Port Dickson | PAS | 7,456 | |
2019 | Parlimen Cameron Highlands | BN | 12,038 |
DUN Semenyih | BN-UMNO | 19,780 | |
DUN Rantau | BN-UMNO | 10,397 | |
Parlimen Sandakan | Tidak bertanding | ||
Parlimen Tanjung Piai | BN-MCA | 25,486 | |
2020 | Parlimen Kimanis | BN-UMNO | 12,706 |
DUN Chini | BN-UMNO | 13,872 | |
DUN Slim | BN-UMNO | 13,060 |
Lain-Lain Parti
Tahun | Kawasan | Parti | Undian |
---|---|---|---|
2018 | DUN Sungai Kandis | Tiada yang bertanding | |
DUN Seri Setia | Tiada yang bertanding | ||
DUN Balakong | Tiada yang bertanding | ||
Parlimen Port Dickson | Tiada yang bertanding | ||
2019 | Parlimen Cameron Highlands | Tiada yang bertanding | |
DUN Semenyih | PSM | 847 | |
DUN Rantau | Tiada yang bertanding | ||
Parlimen Sandakan | PBS | 4,491 | |
Parlimen Tanjung Piai | Gerakan | 1,707 | |
BERJASA | 850 | ||
2020 | Parlimen Kimanis | Tiada yang bertanding | |
DUN Chini | Tiada yang bertanding |
Bebas
Tahun | Kawasan | Bilangan | Undian |
---|---|---|---|
2018 | DUN Sungai Kandis | 1 orang | 97 |
DUN Seri Setia | Tiada yang bertanding | ||
DUN Balakong | Tiada yang bertanding | ||
Parlimen Port Dickson | 5 orang | 5,017 | |
2019 | Parlimen Cameron Highlands | 2 orang | 590 |
DUN Semenyih | 1 orang | 725 | |
DUN Rantau | 2 orang | 162 | |
Parlimen Sandakan | 3 orang | 1,092 | |
Parlimen Tanjung Piai | 2 orang | 412 | |
2020 | Parlimen Kimanis | Tiada yang bertanding | |
DUN Chini | 2 orang | 1,359 | |
DUN Slim | 1 orang | 276 |
Peratus Mengundi
Jumlah pengundi ialah 310,941.
Parti | Jumlah Undi | Peratus |
---|---|---|
Pakatan Harapan | 154,413 | 49.66 |
Barisan Nasional | 120,899 | 38.88 |
Parti Islam Se-Malaysia | 17,154 | 5.52 |
Parti Bersatu Sabah | 4,491 | 1.44 |
Parti Gerakan Rakyat Malaysia | 1,707 | 0.55 |
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia | 850 | 0.27 |
Parti Sosialis Malaysia | 847 | 0.27 |
Bebas | 10,580 | 3.40 |
Pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis 2018
Pilihan raya kecil (PRK) ADUN Sungai Kandis di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang pertama selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (PRU-14). Pada mulanya, PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Mat Suhaimi Shafiei , 50 tahun (PKR) yang meninggal dunia akibat barah limfoma pada 2 Julai 2018 lalu. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari penamaan calon diadakan pada 21 Julai 2018 manakala hari mengundi juga diadakan pada 4 Ogos 2018. Pada malam keputusan, calon PH, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berjaya mengekalkan kemenangan PKR dengan memperolehi majoriti 5,842 undi.
Berikut merupakan keputusan rasmi:
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
PH-PKR | Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni | 15,427 | Menang |
BN-UMNO | Dato Lokman Noor Adam | 9,585 | Kalah |
Bebas | K.Murthy PJK | 97 | Hilang Deposit |
Pilihan raya kecil DUN Balakong 2018
Pilihan raya kecil ADUN Balakong di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang kedua selepas PRU-14 lalu. PRK ini diadakan berikutan penyandangnya yang juga ADUN bagi kawasan itu, Eddie Ng Tien Chee, 40 tahun (DAP) yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Grand Saga, Cheras, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2018 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 18 Ogos manakala, hari mengundi awal pada 4 September dan kemudiannya, hari pengundian pada 8 September 2018. Pada malam keputusan, calon PH, Wong Siew Ki berjaya mengekalkan kemenangan DAP dengan memperolehi majoriti sebanyak 18,533 undi.
Berikut merupakan keputusan rasmi:[1]
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
PH-DAP | Wong Siew Ki | 22,508 | Menang |
BN-MCA | Tan Chee Teong | 3,975 | Kalah |
Pilihan raya kecil DUN Seri Setia 2018
Pilihan raya kecil ADUN Seri Setia di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang ketiga selepas PRU-14 lalu. PRK ini diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga ADUN bagi kawasan itu, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, 56 tahun (PKR) yang meninggal dunia akibat kanser usus tahap 4 pada 2 Ogos 2018 lalu. Menurut SPR, sama seperti PRK ADUN Balakong, hari penamaan calon diadakan pada 18 Ogos manakala hari mengundi awal pada 4 September dan kemudiannya, hari pengundian pada 8 September 2018. Pada malam keputusan, calon PH, Halimey Abu Bakar berjaya mengekalkan kemenangan PKR dengan memperolehi majoriti sebanyak 4,027 undi.
Berikut merupakan keputusan rasmi:
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
PH-PKR | Halimey Abu Bakar | 13,725 | Menang |
PAS | Dr Halimah Ali | 9,698 | Kalah |
Pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson 2018
Pilihan raya kecil Port Dickson 2018 di Negeri Sembilan merupakan pilihan raya kecil yang keempat selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan penyandangnya Laksamana Muda Dato’ Danyal Balagopal Abdullah (B) (PKR) telah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Ahli Parlimen Port Dickson pada 12 September 2018 lalu. Pada 24 September 2018, BN telah memboikot PRK ini dengan tidak meletakkan calonnya kerana keputusan PKR mengosongkan kerusi Parlimen sebagai cara tidak demokratik. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 29 September manakala hari pengundian awal pada 9 Oktober dan hari mengundi pada 13 Oktober 2018. Pada malam keputusan, Dato Seri Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi parlimen itu dengan memperoleh majoriti sebanyak 23,560 undi.
Berikut merupakan keputusan rasmi:
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
PH-PKR | Datuk Seri Anwar Ibrahim | 31,016 | Menang |
PAS | Lt. Kol. (B) Nazari Mokhtar | 7,456 | Kalah |
Bebas | Tan Sri Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad | 4,230 | Hilang Deposit |
Bebas | Stevie Chan Keng Leong | 337 | Hilang Deposit |
Bebas | Lau Seck Yan | 214 | Hilang Deposit |
Bebas | Kan Chee Yuen | 154 | Hilang Deposit |
Bebas | Mohd Saiful Bukhari Azlan | 82 | Hilang Deposit |
Pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands 2019
Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands di negeri Pahang merupakan pilihan raya kecil yang kelima selepas PRU ke-14. PRK ini diadakan berikutan pada 1 Disember 2018, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang diadakan pada PRU-14 lalu adalah terbatal. Mahkamah mendapati Sivarraajh (BN) bersalah menyuap antara RM30 dan RM1,000 kepada pengundi masyarakat Orang Asli sebelum pilihan raya itu ditubuhkan di luar keraguan munasabah dalam petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon PH-DAP, M. Manogaran. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 26 Januari 2019 manakala mengundi awal pada 22 Januari dan kemudian, hari pengundian pada 26 Januari 2019. Pada malam keputusan PRK ini, calon BN, Ramli Mohd Noor berjaya mempertahankan kerusi parlimen itu dengan memperolehi majoriti besar sebanyak 3,238 undi dan mencipta sejarah sebagai calon tunggal Orang Asli ke Parlimen.
Berikut merupakan keputusan rasmi:
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan | Majoriti |
---|---|---|---|---|
Barisan Nasional | Ramli Mohd Nor | 12,038 | Menang | 3,238 |
PH-DAP | Manogaran Marimuthu | 8,800 | Kalah | |
Bebas | Haji Salehuddin Haji Abdul Talib | 314 | Hilang Deposit | |
Bebas | Wong Seng Yee | 276 | Hilang Deposit |
Pilihan raya kecil DUN Semenyih 2019
Pilihan Raya Kecil Semenyih di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang keenam selepas PRU ke-14. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57 tahun (BERSATU) akibat serangan jantung pada 11 Januari 2019 lalu. Menurut SPR, penamaan calon diadakan pada 16 Februari manakala pengundian awal pada 26 Februari dan kemudian, hari mengundi pada 2 Mac 2019. Pada malam keputusan, calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi memenangi kerusi ADUN dengan memperoleh sebanyak 1,914 undi dan berjaya merampas kerusi bagi kawasan ADUN daripada Pakatan Harapan (PH) buat kali pertama sejak PRU-14 pada 9 Mei 2018 lalu.
Berikut merupakan keputusan rasmi:[2]
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
BN-UMNO | Zakaria Hanafi | 19,780 | Menang |
PH-PPBM | Muhammad Aiman Zainali | 17,866 | Kalah |
PSM | Nik Aziz Afiq Abdul | 847 | Hilang Deposit |
Bebas | Kuan Chee Heng | 725 | Hilang Deposit |
Pilihan raya kecil DUN Rantau 2019
Pilihan Raya Kecil Rantau di Negeri Sembilan merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. PRK ini diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad Hasan pada PRU-14 lalu tidak sah dan terbatal. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 30 Mac manakala hari pengundian awal pada 9 April dan kemudian, hari mengundi pada 13 April 2019. Pada malam keputsan, calon Barisan Nasional (BN), Dato Seri Mohamad Hasan sekali lagi memenangi dan mengekalkan kerusi ADUN itu dengan memperolehi majoriti sebanyak 4,510 undi.
Berikut merupakan keputusan rasmi[3]
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
BN-UMNO | Mohamad Haji Hasan | 10,397 | Menang |
PH-PKR | Dr Streram Sinnasamy | 5,887 | Kalah |
Bebas | Malar Rajaram | 83 | Hilang Deposit |
Bebas | Mohd Nor Yassin | 79 | Hilang Deposit |
Pilihan raya kecil Parlimen Sandakan 2019
Pilihan Raya Kecil Sandakan di negeri Sabah merupakan pilihan raya kecil yang kelapan selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong, 65 tahun (DAP) yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kota Kinabalu, Sabah pada 28 Mac 2019 lalu. Pada 23 April 2019, BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bagi kawasan Parlimen Sandakan kerana BN masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana PRK di Sabah selepas mereka kehilangan negeri berkenaan dalam PRU-14 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 27 April manakala hari mengundi awal pada 7 Mei dan kemudian, hari pengundian pada 11 Mei 2019.Pada malam keputusan, calon DAP, Vivian Wong Shir Yee berjaya mempertahankan kerusi parlimen itu yang disandang oleh bapanya dan memperolehi majoriti besar sebanyak 11,521 undi.
Berikut merupakan keputusan rasmi:
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
PH-DAP | Vivian Wong Shir Yee | 16,012 | Menang |
PBS | Linda Tsen Thau Lin | 4,491 | Kalah |
Bebas | Haji Hamzah Haji Abdullah | 788 | Hilang Deposit |
Bebas | Chia Siew Yung | 178 | Hilang Deposit |
Bebas | Sulaiman bin Abdul Samat | 126 | Hilang Deposit |
Pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai 2019
Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai di negeri Johor merupakan pilihan raya kecil yang kesembilan selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik, 42 tahun (BERSATU) yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 21 September 2019 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 2 November manakala hari mengundi awal pada 12 November dan kemudian, hari pengundian pada 16 November 2019. Pada malam keputusan, calon Barisan Nasional (BN), Dato Wee Jeck Seng berjaya memenangi kerusi parlimen itu sebanyak 15,086 undi dan merampas balik kerusi bagi kawasan Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) buat kali pertama sejak PRU-14 pada 9 Mei 2018 lalu.
Berikut merupakan keputusan rasmi:
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
BN-MCA | Dato' Wee Jeck Seng | 25,486 | Menang |
PH-PPBM | Hj Karmaine Sardini | 10,380 | Kalah |
Gerakan | Wendy Subramaniam | 1,707 | Hilang Deposit |
BERJASA | Prof Dato Ir Hj Badrulamin | 850 | Hilang Deposit |
Bebas | Ang Chuan Lock | 380 | Hilang Deposit |
Bebas | Farah Aryani | 32 | Hilang Deposit |
Pilihan raya kecil Parlimen Kimanis 2020
Pilihan Raya Kecil Kimanis di negeri Sabah merupakan pilihan raya kecil yang kesepuluh selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan pada 2 Disember 2019, Makhamah Persekutuan membuat keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang memutuskan kemenangan Dato Seri Anifah Aman (UMNO) adalah tidak sah dan terbatal selepas petisyen yang difailkan oleh calon lawan WARISAN yang mendakwa ada kertas undi tambahan pada kotak undi sewaktu PRU-14 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 4 Januari manakala hari pengundian awal pada 14 Januari dan kemudian, hari pengundian pada 18 Januari 2020. Pada malam keputusan, calon BN, Datuk Mohamad Alamin berjaya memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti sebanyak 2,029 undi.
Berikut merupakan keputusan rasmi:
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
BN-UMNO | Datuk Mohamad Alamin | 12,706 | Menang |
WARISAN | Datuk Karim Bujang | 10,677 | Kalah |
Pilihan raya kecil DUN Chini 2020
Pilihan Raya Kecil Chini di negeri Pahang merupakan pilihan raya kecil yang kesebelas selepas PRU-14. Tambahan pula, PRK ADUN Chini ini juga adalah pilihan raya kecil pertama sejak pertukaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) daripada Pakatan Harapan (PH) pada 1 Mac lalu selepas Krisis Politik Malaysia yang berlaku pada akhir Februari 2020 lalu. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60 tahun, (UMNO), akibat serangan jantung pada 6 Mei 2020 lalu. Pada 6 Jun 2020, Pakatan Harapan (PH) memutuskan bahawa PKR tidak meletakkan calon bagi kawasan DUN Chini kerana kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengundi berikutan penularan wabak COVID-19. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 20 Jun manakala hari pengundian awal pada 30 Jun dan kemudian, hari pengundian pada 4 Julai 2020. Pada malam keputusan, calon BN, Mohd Sharim Mohd Zain berjaya mencapai kemenangan beliau di kawasan DUN Chini dengan majoriti sebanyak 12,650.
Berikut merupakan keputusan rasmi:
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
BN-UMNO | Mohd Sharim Mohd Zain | 13,872 | Menang |
BEBAS | Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin | 1,222 | Kalah |
BEBAS | Mohd Shukri Mohd Ramli | 137 | Kalah |
Pilihan raya kecil DUN Slim 2020
Pilihan Raya Kecil Slim di negeri Perak merupakan pilihan raya kecil yang kedua belas selepas PRU-14. Tambahan pula, PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59 tahun, (UMNO), yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai 2020 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 15 Ogos manakala hari mengundi awal pada 25 Ogos dan hari pengundian pada 29 Ogos 2020.
Berikut merupakan keputusan rasmi:
Tahun | Kawasan | Parti | Calon | Undi | Peratusan Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|
2020 | DUN Slim, Perak | UMNO | Mohd Zaidi Aziz | 13,060 | 68.4% | 10,945 |
Bebas | Amir Khusyairi Mohd Tanusi | 2,115 | ||||
Bebas | Santhara Sekaran Subramaniam | 276 |
Rujukan
- ^ http://www.spr.gov.my/sites/default/files/Keputusan%20Akhir%20PRK%20N.27%20Balakong_0.pdf
- ^ Syed Umar Ariff (March 2, 2019). "Semenyih by-election: PH needs to get out of comfort zone". New Straits Times.
- ^ http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1716176