Sembilan Busur ialah nama yang digunakan di zaman Mesir Purba yang merujuk kepada musuh-musuh negeri Mesir. Kaum-kaum yang ada dalam gelaran ini berubah ansur dan tiada sebarang senarai yang mengatakan siapa sahaja Sembilan Busur ini.[1] Apabila Sembilan Busur digambarkan sebagai manusia, mereka biasanya berpakaian lain dari satu sama lain kerana mereka mewakili musuh-musuh yang berbeza.
Firaun Djoser
Gambaran sembilan busur antara yang tertua ada digambarkan pada patung Firaun Djoser yang duduk–di mana kakinya terletak di atas sebahagian sembilan busur, yang mewakili jiran Nubia mereka di selatan.[2] Burung Rekhyt (rapang) biasanya terkait dengan ikonografi tersebut, dengan ungkapan: "segala orang beri sanjung".
Makam Tutankhamun
Firaun Tutankhamun mempunyai lukisan Sembilan Busur dengan gambaran kesembilan-sembilan musuh asing. Makam baginda ditutup dengan tali berpintal, dan tali tersebut diperkukuhkan dengan lak tanah liat. Lak itu ada gambar Anubis, dalam bentuk jakal, di atas senarai Sembilan musuh yang panjang mengufuk.
-
Patung Sfinks Gangsa Thutmose III bertiarap di atas Sembilan Busur; tiang Djed Kekuasaan ada di sisi ketapak
-
Ketapak patung Nectanebo II.
Ntr-Nfr-(Firaun-Indah), dan "Segala orang beri sanjung". -
Serpihan tapak basalt patung diraja. Kaki permaisuri di atas 9 busur di hadapan haikal mihrab. Lambang Hotep di sisi hadapan. Pasu Hes dengan pasu dan pelita bermuncung. Zaman Penghujung. Dari Mesir. The Petrie Museum of Egyptian Archaeology, London
Rujukan
- ^ Wilson, K. A. (2005) h. 61
- ^ Mu-chou Poo. (2012) Enemies of Civilization: Attitudes toward Foreigners in Ancient Mesopotamia, Egypt, and China. SUNY Press. ISBN 9780791483701. h. 43.
Bibliografi
- Kevin A. Wilson (2005). The Campaign of Pharaoh Shoshenq I Into Palestine. Mohr Siebeck.