Selebriti Internet (juga dikenali dalam kamus melayu piawai sebagai Pempengaruh) ialah sejenis selebriti yang telah memperoleh kemasyhuran melalui Internet. Peningkatan penggunaan media sosial telah membantu seseorang bagi meningkatkan jangkauan mereka ke khalayak global. Selebriti internet mungkin direkrut oleh pelaburan untuk pemasaran pemengaruh untuk mengiklankan produk kepada peminat dan pengikut mereka di platform mereka. Pempengaruh sering berfungsi sebagai guru gaya hidup yang mempromosikan gaya hidup atau sikap tertentu. Dalam peranan ini, mereka mungkin menjadi pemulai tren atau pengganda penting untuk tren-tren genre yang ada termasuk diantaranya fesyen, kecantikan, teknologi, permainan video, politik, dan hiburan.[1]
Awal Mula Kemunculan Istilah
Pada tahun 1991, Internet dan World Wide Web yang telah dikembangkan sebelumnya pada dasawarsa ke 80an menjadi lebih tersedia secara meluas. Hal ini membawa kepada kemunculan banyak laman-laman web baharu untuk kepentingan bersama. Forum di Internet membenarkan pengguna untuk mendapatkan nasihat dan bantuan daripada individu yang berpengalaman dalam bidang mereka bahkan secara percuma. Meningkatkan ketersediaan maklumat di luar media cetak biasa seperti koran dan laman web korporati seperti jaringan-jaringan ARPANET.[2] Platform media sosial kemudian muncul daripada perkembangan ini. Memmberikan pengguna keupayaan baharu untuk membuat profil dan terhubungan secara web dengan orang lain. SixDegrees.com yang pertama kali mengasaskan ide awal media sosial pada tahun 1997.[3] Selain itu, tapak web yang menyokong blog juga muncul pada masa yang sama. Membolehkan pengguna-penguna menerbitkan artikel dan cerita mereka dalam bentuk panjang.[2] Sejak saat itu, forum-forum, media sosial dan blog perlahan-lahan pelubah menjadi komponen penting dalam komunikasi, interaksi sosial, perniagaan dan kewartawanan. Pelbagai platform media sosial yang popular termasuk diantaranya Facebook, Instagram, YouTube, Reddit, Twitch, Snapchat , TikTok, Twitter, Discord, Viber, WeChat dan WhatsApp.[4]
Asal-usul pengaruh dalam internet boleh dikesankan kembali dari awal mula kemunculan blog dan platform digital besar pada awal 2000-an. Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa Instagram, aplikasi dengan lebih daripada satu bilien pengguna, mempunyai majoriti demografi dalam pengaruh. [5] Individu ini kadangkala dirujuk sebagai "Instagrammer" atau "Instafamous." Aspek penting dalam mempengaruhi khalayak ramai terletak dari pergaulan mereka dengan penaja-penaja tempatan. Debut Vamp pada tahun 2015, sebuah syarikat yang menghubungkan pempengaruh dengan tajaan, mengubah kegiatan pempengaruhan.[6] [7]
Terdapat banyak perdebatan tentang apakah pempengaruh yang menjadi terkenal di media sosial (contoh: Norman Kamaru) boleh dianggap sebagai selebriti. Kerana cara mereka mendapat kemasyhuran tentu kurang tradisional (tular secara spontan). Melody Noury [8] menangani perbezaan dalam dua jenis rencana tulisannya "Kuasa Pengaruh Selebriti Tradisional vs Pengaruh dari Pempengaruh Media Sosial".[9] Nouri menegaskan bahawa platform media sosial mempunyai kesan negatif yang lebih besar kepada khalayak muda yang mudah dipengaruhi berbanding dengan media-media tradisional seperti majalah, papan iklan, iklan dan tabloid yang menampilkan selebriti. Dalam talian, dianggap lebih mudah untuk memanipulasi imej diri dan gaya hidup sedemikian rupa, sampai-sampai penengok pun hampir mengiyakan semua dari apa yang nampak di layar telefon bimbit.
Pempengaruh dan rangkaian pemasaran
Awal abad baharu, pemilik pelaburan korporat mulai menatap internet sebagai wadah untuk meluaskab pengaruh mereka. Beberapa syarikat pun mengambil bahagian dalam forum untuk menggalakkan promosyen atau menyediakan blogger dengan produk-produk percuma untuk mendapat ulasan positif di internet dan meluaskan rangkaian pemasaran. Beberapa daripada tindakan pelaburan ini dilihat sebagai tindakan tak pelke-tata susilaan kerana mengambil kesempatan daripada tenaga kerja individu muda tanpa memberikan yuran atas hasil kerja keras mereka (saat itu belum ada akta secara khusus bagi pempengaruh).[2] [10] The Blogstar Network ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Ted Murphy dari MindComet. Blogger-blogger lalu digalakkan bagi menyertai senarai e-mel-e-mel mereka dan menerima tawaran daripada pelaburan sebagai pertukaran untuk membuat siaran-siaran tertentu. Dengan bait lain secara rasmi mereka mendapatkan yuran. Sebagai contoh, penulis blog diberi pampasan bagi menulis ulasan tentang makanan suatu kedai di blog mereka. Blogstar diakui sebagai bentuk pertama dari pekerjaan pempengaruh terutama di bidang rangkaian pemasaran.[2] Murphy menggantikan Blogstar dengan PayPerPost, yang diperkenalkan pada tahun 2006. Platform ini memberi pampasan kepada poster penting di forum terkemuka dan platform media sosial untuk setiap siaran yang dibuat tentang produk korporat. Kadar pembayaran ditentukan oleh pencapaian pempengaruh itu sendiri.[2] PayPerPost sendiri menerima sangat banyak kritikan kerana pempengaruh ini tidak perlu mendedahkan penglibatan mereka dengan PayPerPost seperti yang dilakukan oleh kewartawanan tradisional, [11] dan menyedarkan orang ramai bahawa terdapat dorongan oleh kepentingan pelaburan dan korporat untuk mempengaruhi apa yang sesetengah orang telah tulis untuk pelbagai laman web.[2] Platform ini juga memberi insentif kepada firma lain untuk mewujudkan program yang setanding. Walaupun terdapat kebimbangan, rangkaian pemasaran dengan pempengaruh terus berkembang sepanjang tahun 2000-an menuju ke dasawarsa 2010-an. Pasar pemasaran pemasaran dijangka memiliki nilai sehingga $15 bilien menjelang tahun 2022. Meningkat daripada sebanyak $8 bilien pada 2019. Menurut anggaran dari Business Insider Intelligence, yang mendapatkan data dari Mediakix. [12] Evan Asano, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas agensi Mediakix, sebelum ini bercakap dengan Business Insider dan berkata dia percaya pemasaran pempengaruh di Instagram akan terus berkembang walaupun disembunyikan paksa. [13]
Sejak dasawrsa baharu, istilah "pempengaruh" telah berkembang dari yang awal dirujuki orang-orang sebagai penulis atau blogger lama web, berubah menjadi tiada beza dengan pelakon di wayang yang tayang di televisyen. Pempengaruh digambarkan pencetak kandungan untuk media sosial digital dengan pengikut yang ramai, persona jenama tersendiri menyerupai selebriti dan hubungan bercorak dengan penaja-penaja komersial. [14] Pengguna melihat bahawa selebriti sebagai boleh dipercayai, yang membawa kepada kepercayaan dan keyakinan terhadap produk yang dipromosyenkan.[15] Kajian tahun 2001 dari Universiti Rutgers mendapati bahawa individu menggunakan "forum internet sebagai sumber maklumat pengguna yang berpengaruh." Kajian itu mencadangkan pengguna memilih forum internet dan media sosial apabila membuat keputusan pembelian berbanding sumber pengiklanan dan cetakan konvensional. Keperibadian seorang pemberi pengaruh sangat mempengaruhi keputusan pembelian khalayak mereka, dengan mereka yang terlibat dengan khalayak mereka menjadi lebih persuasif dalam menggalakkan pembelian produk. Pelabur hari ini sangat mementingkan maklumat balas dan komen yang diterima melalui platform media sosial kerana pengguna mempercayai pengguna lain. Ulasan selalunya bergantung kepada untuk memujuk pengguna membuat pembelian, menyerlahkan kesan semakan negatif terhadap hasil perniagaan. [16] Kaedah biasa pemasaran antara pempengaruh dan penonton ialah " pemasaran B2C ". Pemasaran B2C, yang bermaksud pemasaran Perniagaan kepada Pengguna, melibatkan strategi yang akan dilakukan oleh perniagaan untuk mempromosikan diri mereka dan perkhidmatan mereka terus kepada khalayak sasaran mereka. Ini biasanya melalui pengiklanan dan mencipta kandungan melalui pempengaruh itu sendiri. Tujuannya ialah pengikut mereka yang mengaitkan atau memandang tinggi kepada seorang pempengaruh tertentu akan lebih cenderung untuk membeli sesuatu kerana "selebriti dari Internet" kegemaran mereka mengesyorkannya. [17] Selebriti-selebriti Internet ini biasanya mempromosyenkan gaya hidup kecantikan dan fesyen mewah serta memupuk hubungan jenama pengguna, sambil menjual barisan barangan mereka sendiri. [18]
"Penjenamaan Digital: Panduan Langkah demi Langkah Komprehensif untuk Strategi, Taktik, Alat dan Metrik" oleh David Rowles menerangkan kaedah yang digunakan oleh pempengaruh dalam dunia di talian untuk meningkatkan khalayak dan keterlihatan jenama, meningkatkan pengikut di instagram misalkan. Penjenamaan digital merangkumi semua pengalaman dalam talian dan memerlukan peruntukan nilai." [19] Adalah dicadangkan bahawa pengguna sudah biasa dengan kehidupan pempengaruh mereka sebagai pengikut setia. Ini sangat memudahkan pempengaruh bagi mempromosyenkan pelaburan kerana pengikut mereka akan mengikuti apa yang dikatakan sang idola walau kenyataannya sungguh berbeza.
Menjenamakan diri sendiri
Menjenamakan diri sendiri, juga dikenali sebagai penjenamaan peribadi, menerangkan pembangunan imej awam untuk keuntungan komersial atau modal sosial atau budaya. [20] Kebangkitan media sosial telah dieksploitasi oleh individu yang mencari kemasyhuran peribadi dan penjualan produk. Platform seperti Instagram, Twitch, Snapchat, VSCO dan TikTok, ialah saluran media sosial yang paling biasa di mana pempengaruh yang baru mencuba membina peruntungannya hendak mendapat pengikut. Kepopuleran boleh dicapai melalui pelbagai cara dan bentuk media, termasuk seni, jenaka, pemodelan dan podcast . Ahli pemasaran telah membuat kesimpulan bahawa sesiapa sahaja boleh membina tapak web dengan mudah tanpa sebarang pengetahuan teknikal atau bahasa pengekodan yang kompleks. Mereka boleh memuat naik teks, gambar dan video serta-merta daripada komputer peribadi atau telefon. Dengan halangan teknologi yang semakin berkurang, talian web telah menjadi platform yang ideal untuk memartabatkan penjenamaan bagi tiap-tiap individu.[21]
Rujukan
- ^ Schouten, Alexander P.; Janssen, Loes; Verspaget, Maegan (2020). "Celebrity vs. Influencer endorsements in advertising: the role of identification, credibility, and Product-Endorser fit". International Journal of Advertising. 0 (2): 258–281. doi:10.1080/02650487.2019.1634898. ISSN 0265-0487.
- ^ a b c d e f Martinue, Paris (December 6, 2019). "The WIRED Guide to Influencers". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada September 6, 2022. Dicapai pada December 6, 2019.
- ^ "Then and now: a history of social networking sites". CBS News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-23. Dicapai pada 2019-04-09.
- ^ "Most popular social networks worldwide as of April 2019, ranked by number of active users (in millions)". The Verge. 2018-06-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-17. Dicapai pada 2019-04-09.
- ^ "A Comprehensive Guide to Instagram Influencer Marketing | Social Media Marketing". Content Marketing Consulting and Social Media Strategy (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-08. Dicapai pada 2020-11-09.
- ^ Chen, Li; Yan, Yajie; Smith, Andrew N. (2022-07-02). "What drives digital engagement with sponsored videos? An investigation of video influencers' authenticity management strategies". Journal of the Academy of Marketing Science (dalam bahasa Inggeris). 51: 198–221. doi:10.1007/s11747-022-00887-2. ISSN 1552-7824. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-01-22. Dicapai pada 2022-08-26.
- ^ "[Timeline] A Brief History of Influencers". Social Media Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-08-26. Dicapai pada 2022-08-26.
- ^ Nouri, Melody (2018-09-12). "The Power of Influence: Traditional Celebrity vs Social Media Influencer". Pop Culture Intersections. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-06. Dicapai pada 2020-08-23.
- ^ Nouri, Melody (12 September 2018). "The Power of Influence: Traditional Celebrity vs Social Media Influencer". Pop Culture Intersections. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2020. Dicapai pada 23 August 2020.
- ^ Duffy, B. E. (2017). (Not) Getting Paid to Do what You Love: Gender, Social Media, and Aspirational Work. Yale University Press
- ^ Fine, Jon (July 10, 2006). "Polluting The Blogosphere". Diarkibkan daripada yang asal pada August 6, 2006.
- ^ Schomer, Audrey. "Influencer Marketing: State of the social media influencer market in 2020". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-05. Dicapai pada 2020-03-13.
- ^ "Instagram is testing hiding 'likes' and some influencers are angry. Industry execs told us how the change will affect their business". Business Insider. Dicapai pada 2023-08-30.
- ^ Duffy, Brooke Erin (2020). "Social Media Influencers". The International Encyclopedia of Gender, Media, and Communication. m/s. 1–4. doi:10.1002/9781119429128.iegmc219. ISBN 9781119429104. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-02. Dicapai pada 2022-04-02.
- ^ Juntiwasarakij, Suwan (2018-09-01). "Framing emerging behaviors influenced by internet celebrity". Kasetsart Journal of Social Sciences (dalam bahasa Inggeris). 39 (3): 550–555. doi:10.1016/j.kjss.2018.06.014. ISSN 2452-3151. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-24. Dicapai pada 2020-11-20.
- ^ Bickart, Barbara; Schindler, Robert M. (2001). "Internet Forums As Influential Sources Of Consumer Information". Journal of Interactive Marketing. 15 (3): 31–40. doi:10.1002/dir.1014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-06. Dicapai pada 2019-12-06.
- ^ Lake, Laura (2020-12-26). "Understanding the Differences Between B2B and B2C Marketing". the balance small business. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-25. Dicapai pada 2021-04-01.
- ^ Britt, Rebecca K.; Hayes, Jameson L.; Britt, Brian C.; Park, Haseon (2020-05-03). "Too Big to Sell? A Computational Analysis of Network and Content Characteristics among Mega and Micro Beauty and Fashion Social Media Influencers". Journal of Interactive Advertising (dalam bahasa Inggeris). 20 (2): 111–118. doi:10.1080/15252019.2020.1763873. ISSN 1525-2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-19. Dicapai pada 2021-04-19.
- ^ Rowels, David (2014). Digital Branding: A Complete Step-by-Step Guide to Strategy, Tactics and Measurement. Kogan Page.
- ^ Khamis, Susie; Ang, Lawrence; Welling, Raymond (2017-04-03). "Self-branding, 'micro-celebrity' and the rise of Social Media Influencers". Celebrity Studies. 8 (2): 191–208. doi:10.1080/19392397.2016.1218292. ISSN 1939-2397.
- ^ Labrecque, Lauren I.; Markos, Ereni; Milne, George R. (February 2011). "Online Personal Branding: Processes, Challenges, and Implications". Journal of Interactive Marketing. 25 (1): 37–50. doi:10.1016/j.intmar.2010.09.002.
Bacaan lanjut
- Feuer, Alan; George, Jason (2005-02-26). "Internet Fame Is Cruel Mistress for a Dancer of the Numa Numa". The New York Times. Dicapai pada 2018-01-11.
- "The Dark Side of Web Fame". Newsweek. 2010-03-13. Dicapai pada 2018-01-11.
- "Rise of an Internet Star - Parlaying YouTube Fame Into Big Business" at ReadWriteWeb
- Tanz, Jason (2008-07-15). "Internet Famous: Julia Allison and the Secrets of Self-Promotion". WIRED. Dicapai pada 2018-01-11.
- Sorgatz, Rex (2008-06-17). "The Microfame Game". NYMag.com. Dicapai pada 2018-01-11.