Selamat Datang Ke Panggung Suara | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 22 Februari 2016[1] | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Rock | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Luncai Emas[2] | |||
Penerbit | Pitahati, Husyairi Hamzah | |||
Kronologi Pitahati | ||||
| ||||
Single daripada Selamat Datang Ke Panggung Suara | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Selamat Datang Ke Panggung Suara ialah album kedua oleh kumpulan rock Malaysia, Pitahati. Ia telah dikeluarkan pada 22 Februari 2016 menerusi Luncai Emas. Album ini merupakan album popular kumpulan ini, tercalon kategori Kulit Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21. Album ini juga diterbitkan dalam format piring hitam.[3]
Penerbitan
Menurut vokalis Pitahati, Ilham, album Selamat Datang Ke Panggung Suara dirakamkan secara langsung dan mengambil masa lebih kurang setahun untuk disiapkan. Album ini tidak dirakam di dalam studio sebaliknya di dalam sebuah bilik yang diubah suai untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Ia juga dirakam secara digital dan juga analog.[3] Selamat Datang Ke Panggung Suara dihasilkan selepas Pitahati diberi tanggungjawab untuk menghasilkan muzik tema untuk filem Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Mustapha.[3]
Sewaktu rakaman album ini dijalankan, Pitahati terpaksa berhenti membuat rakaman ketika waktu hujan kerana tidak mahu bunyi hujan itu turut terakam dan menyebabkan proses rakaman selesai selewat-lewatnya jam 5.00 pagi.[4][5]
Keluaran & Sambutan
Selamat Datang Ke Panggung Suara dikeluarkan pada 22 Februari 2016 dalam format piring hitam. Ia dijual dalam kuantiti terhad pada harga RM130 bagi setiap naskah. Cetakan piring hitam album Selamat Datang Ke Panggung Suara ialah sebanyak 500 unit.[6]
Senarai Lagu
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Buka Panggung" | 3:26 | |
2. | "Kronchong Muda Mudi" | 3:05 | |
3. | "Balada Aku Engkau" | 3:03 | |
4. | "Abang Funky" | 1:58 | |
5. | "Nak!" | 1:53 | |
6. | "Dari Minda Saorang Sutradara" | 4:54 | |
7. | "Kedai Kopi 50 An" | 6:09 | |
8. | "Kemudi" | 2:28 | |
9. | "Eternitas" | 2:27 | |
10. | "Neuronkhayal" | 3:10 | |
11. | "Nostalgia Psikotropika" | 4:21 | |
12. | "Nova" | 2:59 | |
13. | "Mandolin Ah Lek" | 1:31 | |
14. | "Koboi Rabak" | 2:15 | |
15. | "Seloka Pak Toyu" | 1:17 | |
16. | "Sahabat" | 2:33 | |
17. | "Hafiz Sufian" | 6:49 | |
18. | "Tutup Panggung" | 1:52 | |
Sejarah keluaran
Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 22 Februari 2016 | Muat turun digital[1] Penstriman digital[7] |
Luncai Emas |
Anugerah
Tahun | Kategori | Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Kulit Album Terbaik | Selamat Datang Ke Panggung Suara | Anugerah Industri Muzik | Tercalon |
Rujukan
- ^ a b "Selamat Datang Ke Panggung Suara". iTunes Store (MY). Apple. 22 Februari 2016. Dicapai pada 17 April 2018.
- ^ Selamat Datang Ke Panggung Suara (catatan media). Pitahati. Luncai Emas. 2016.CS1 maint: others (link)
- ^ a b c Irwan Muhammad Zain (24 Februari 2016). "Pitahati kembali ke piring hitam untuk album terbaharu". Astro Awani. Dicapai pada 17 April 2018.
- ^ Ahmad Shah (27 April 2016). "Selamat Datang Ke Pangung Suara, Karya Terbaru Pitahati". Astro Gempak. Dicapai pada 17 April 2018.
- ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (10 April 2016). "Dari hati Pitahati". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-02. Dicapai pada 17 April 2018.
- ^ "Pitahati Lancarkan Album "Selamat Datang Ke Panggung Suara"". My News Hub. 23 Februari 2016. Dicapai pada 17 April 2018.
- ^ "Selamat Datang Ke Panggung Suara". Spotify. 22 Februari 2016. Dicapai pada 17 April 2018.