Seks dan undang-undang |
---|
Isu Sosial |
Hak · Etika |
Pornografi · Penapisan |
Misegenasi (hubungan antara kaum) |
Perkahwinan sama jantina · Homofobia |
Daerah lampu merah |
Cukup umur · Esensialisme |
Objektifikasi · Antiseksualisme |
Keganasan · Pengabdian |
Kemoralan awam · Norma |
Kesalahan tertentu |
Mungkin berbeza antara bidang kuasa |
Zina · Inses |
Seksting · Godaan nafsu |
Persetubuhan melencong |
Sodomi · Liwat |
Keseksualan haiwan |
Berkhatan · Pemotongan genital perempuan |
Ancaman seks · Kelucahan awam |
Pornografi melampau · Pornografi kanak-kanak |
Serangan seks · Rogol · Rogol statutori |
Penganiayaan seks (Kanak-kanak) |
Pelatihan kanak-kanak · Pelacuran kanak-kanak |
Pelacuran dan Pengalkuan |
Portal: Keseksualan · Undang-undang · Keadilan jenayah |
Rencana ini melihat bagaimana keseksualan dan kegiatan seks manusia berinteraksi dengan, dan dikawal oleh, undang-undang manusia.
Secara umum, undang-undang mengharamkan perlakuan-perlakuan yang dianggap penganiyaan seksual, atau perlakuan yang kerajaan sesebuah negara menganggap tidak sesuai atau bertentangan dengan norma masyarakat. Selain itu, kategori aktiviti tertentu mungkin dianggap jenayah sekalipun ia dilakukan atas persetujuan bersama. Kerana itu seks dan undang-undang berbeza dari satu tempat ke tempat lain.
Perlakuan seks yang dilarang oleh undang-undang juga dipanggil jenayah seks.
Cukup umur
Walaupun frasa cukup umur (umur yang dibenarkan) biasanya tidak ada di dalam statut, apabila digunakan berkaitan dengan kegiatan seks, cukup umur merujuk kepada umur minimum seseorang dianggap mampu membuat keputusan untuk bersetuju melakukan seks mengikut undang-undang. Ini tidak harus disamakan dengan umur dewasa, umur sudah bertanggungjawab terhadap jenayah, atau umur boleh kahwin.
Cukup umur berbeza daripada satu jurisdiksi kepada jurisdiksi lain. Kebiasaannya umur ini di antara 16 hingga 18 tahun, tetapi terdapat juga umur di antara 9 hingga 21 tahun. Sesetengah jurisdiksi mengharamkan perbuatan seks sebelum perkahwinan.
Dakwaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang ini termasuk rogol statutori (yang sama dengan rogol dari segi kekerasan dan hukuman).
Jenis jenayah seks
- Rogol
- Penderaan seksual kanak-kanak
- Rogol statutori
- Suami yang merogol isteri secara paksa
- Pemerdagangan manusia
- Sumbang mahram
- Bestialiti
- Hubungan sulit (lihat juga zina)
- Homoseksualiti
- Pelacuran