Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail | |
---|---|
Lokasi | |
Kota Tinggi, Johor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah sukan, sekolah kerajaan |
Moto | Usaha, Cemerlang & Tekun |
Nombor sekolah | +6078223027 |
Pengetua | En Asmad B Ahmad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En Kamalulail B Suleiman |
Penolong Kanan Sukan | Tn Hj Fahmi b. Hj Ahmad |
Faks | +6078223028 |
Laman sesawang | Web Rasmi |
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) merupakan sekolah sukan yang terletak di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Sejarah
Idea penubuhan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ini juga adalah hasil dari sesi lawatan Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ke Sekolah Sukan Ecole de Mortagne, Kanada yang mula beroperasi pada tahun 1985. Sesi lawatan ‘benchmarking’ itu juga diteruskan ke Sekolah Sukan Ragunan, Jakarta, Indonesia mula beroperasi pada tahun 1996. Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep dan pelaksanaan sebuah sekolah sukan acuan Malaysia dan mendapat idea sebagai langkah berwawasan jauh bagi membangunkan pelajar yang berpotensi menjadi atlet negara. Sekolah Sukan Malaysia Bandar Penawar telah siap dibina pada bulan Disember 1997 dan telah memulakan operasinya pada 18 Januari 1998. Bilangan kakitangan pada ketika itu hanya 20 orang guru dan jurulatih serta 4 orang kakitangan sokongan. Pada tahun 1998, seramai 143 orang atlet pelajar telah mendaftar. Bilangan pelajar bertambah dari tahun ke tahun. Kapasiti maksimum pelajar yang mampu ditampung oleh SSBP adalah 600 orang. Jenis sukan yang mula diperkenalkan di sini adalah adalah hoki, sepak takraw, gimnastik, gimrama, renang, terjun, bola sepak dan bowling. Pada 16 April 2011, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah berkenan merasmikan sekolah ini dan menjenamakan semula sekolah ini dengan nama Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail. Sehingga kini terdapat 16 jenis sukan yang ditawarkan di sekolah ini.
Visi dan Misi
Visi
Pendidikan Berkualiti Insan terdidik Negara sejahtera
Misi : Melestarikan sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Warga SSTMI komited:
- Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dalam bidang sukan dan akademik yang berkesan
- Melahirkan atlet bertaraf dunia melalui pemilihan yang berkualiti dan bersistematik
- Melahirkan atlet cemerlang akademik melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersistematik
- Melahirkan atlet yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, bersemangat jati diri dan patriotisme yang mantap dan jitu melalui pembangunan modal insan yang berkesan
- Membentuk atlet yang berketrampilan melalui program kokurikulum yang berkesan
- Menjadikan SSTMI sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan sukan yang berdaya saing bertaraf dunia melalui perkongsian bersama Institut Sukan Negara dan Institusi Pengajian Tinggi
- Memastikan pelanggan dan stakeholder menerima layanan yang mesra dan saksama melalui pengurusan yang cekap
Mandat
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan Islam ialah satu usaha untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan dan kesejahteraan di akhirat.
Falsafah Pendidikan Sains Negara
Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.
Kelab Sukan
- Akuatik
- Bola Jaring
- Bola Sepak
- Bola Tampar
- Gimnastik
- Hoki P
- Hoki L
- Lawan Pedang
- Lumba Basikal
- Lawn Bowl
- Olahraga
- Sepak Takraw
- Ragbi
- Tenpin Boling
- Judo
Lihat Juga
Rujukan
Pautan Luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.