Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah pendidikan khas, Sekolah kerajaan |
Moto | Berdisiplin, Berusaha, Berjaya |
Nombor sekolah | 05-2910310 |
Kod sekolah | ABA2044 |
Pengetua | Puan Rafidah Binti Abdul Aziz |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Shamsulbahri Bin Ghazali |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Mohd Zaki Bin Jamil |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Zaifol Yusli Bin Bakar |
Faks | 05-2910311 |
Laman sesawang | https://www.facebook.com/skpkipoh/ |
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh atau nama ringkasnya SK Pendidikan Khas Ipoh, merupakan sebuah Sekolah pendidikan khas yang terletak di Jalan Kuala Kangsar, Anjung Tawas.
Pada 2021, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Ipoh memiliki 39 pelajar lelaki dan 22 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 61 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2021
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh adalah sebuah sekolah Pendidikan Khas pertama yang mempunyai bangunan sendiri di Negeri Perak dan merupakan antara sekolah Pendidikan Khas yang terawal ditubuhkan di Malaysia
Pada awal penubuhannya, sekolah ini dibuka sebagai Kelas Pendidikan Khas Cacat Pendengaran bermula pada 1 Januari 1963 dan menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Jalan Pasir Putih, Ipoh.
Pada waktu itu, kelas ini menempatkan 2 orang guru dan 12 orang murid sahaja. Manakala, pengurusan kelas ini adalah di bawah pentadbiran Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Jalan Pasir Putih,Ipoh. Pada tahun 1982, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Jalan Pasir Putih telah ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram.
Pada 1 Mei 1988, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Ipoh telah dibuka oleh Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaubagaimanapun, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Ipoh masih menumpang di blok bangunan lama Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram sehingga siap pembinaan bangunan sekolah yang baharu.
Pada 1 Januari 1999, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Ipoh telah berpindah dari bangunan lama Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram ke lokasi baru di Jalan Kuala Kangsar, Anjung Tawas, Ipoh. Tenaga Pengajar pada ketika itu adalah seramai 17 orang guru dan 20 orang murid. Sekolah ini telah dilengkapi dengan 7 blok bangunan secara keseluruhannya iaitu satu blok pentadbiran, satu blok sokongan, satu blok akademik, 2 blok asrama lelaki dan asrama perempuan, dewan makan, garaj dan padang sekolah.
Pada 12 Jun 2001, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh telah dirasmikan oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah dan beroperasi sehingga kini.
Antara guru besar yang pernah mentadbir sekolah ini adalah Puan Fatimah Zaharah, Tuan Haji Nurul Bashah, Tuan Haji Yahya, Encik Hanapiah Hambali, Encik Salim Napiah, Encik Abdul Rahman Mohd Said, Puan Noorlida Abdul Majid, Encik Norhisham Abdul Sukor dan Puan Rafidah Abdul Aziz sehingga kini.
Adalah diharapkan SKPK Ipoh akan menjadi sebuah institusi pendidikan yang unggul serta melahirkan murid khas yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan menjadi kebanggaan seluruhnya.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh
- Jalan Kuala Kangsar, Anjung Tawas
- 31200, Chemor
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon : +605-2910310
- Fax : +605-2910311