Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan سكوله منڠه كبڠسأن تڠكو امڤوان اينتن (SMKTAI/IPHS) | |
---|---|
Alamat | |
Jalan Sekayu, 21700 Kuala Berang, Malaysia Kuala Berang, Terengganu Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | Intan Premier High School |
Nama-nama lama | Tengku Ampuan Intan School Tengku Ampuan Intan Secondary School Sekolah Menengah Kuala Berang |
Jenis | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Usaha Tangga Jaya |
Ditubuhkan | 1950 |
Daerah sekolah | Hulu Terengganu |
Pengetua | Che Wan Ahmad Che Wan Sulong |
Penolong Kanan Pentadbiran | Bakhtiar Jusoh |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Che Rahimah bt Che Muhamed |
Penolong Kanan Kokurikulum | tbd |
Ketua Pengawas | Amir Sabrin bin Ibrahim |
Gred | • Tingkatan 1–5 • Berkeperluan khas |
Jumlah penuntut | 610+ |
Bahasa pengantar | • Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris |
Bilik kelas | Ibnu Sina, Ibnu Tufail, Ibnu Yunus, Ibnu Khaldun, Ibnu Rushd, Ibnu Battuta |
Rumah-rumah | Berani, Kental, Mantap, Hebat |
Lagu | Lagu Sekolah "Intan Mulia" |
Buku tahunan | Intan |
Alumni | Alumni SMTAI & SMKTAI |
Telefon | +6096811231 |
Faks | +6096811709 |
Laman sesawang | SMK Tengku Ampuan Intan |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan atau nama ringkasnya SMK Tengku Ampuan Intan (juga disingkatkan sebagai SMKTAI/IPHS), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (Asrama Harian) Premier yang terletak di Jalan Sekayu, Kuala Berang, Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan memiliki 285 orang pelajar lelaki dan 455 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 740 orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.2009
Lencana sekolah
Gergaji – Asas Kepada Teknologi
Obor – Penyuluh Kehidupan
Perisai – Ketahanan dan Keselamatan
Roda – Teknologi
Rantaian Gelang – Kepentingan Kokurikulum
Merah – Keberanian dan Dinamik
Kuning – Kedaulatan Raja dan Martabat Bangsa
Putih – Kesucian dan Kemurnian
Biru – Perpaduan dan Keharmonian
Sejarah
Sekolah ini dibuka pada tahun 1955 sebagai Sekolah Rendah Inggeris, dan diberi nama Tengku Ampuan Intan School (TAIS), mengambil sempena nama gelaran Tengku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Setia Raja, yang dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949, setelah berkahwin dengan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Sultan Terengganu) pada tahun 1944. Pada tahun 1961, TAIS dijadikan Sekolah Menengah Inggeris terulung di daerah ini. Kemudian pada tahun 1964, sebuah sekolah menengah kebangsaan didirikan bersebelahan TAIS. Untuk beberapa tahun, kedua-dua sekolah menengah ini bersaing antara satu sama lain dengan dua orang Guru Besar/Pengetua yang berlainan.
Pada tahun 1971, kedua-dua sekolah menengah ini digabungkan di bawah seorang pengetua, tetapi masih mempunyai dua aliran (Melayu dan Inggeris) dan dinamakan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan (SMTAI). Pada tahun 1980, Sekolah Menengah Aliran Inggeris telah ditukar kepada aliran Melayu sepenuhnya dan keadaan ini kekal hingga sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan (SMKTAI) pada tahun 1997. Sekolah menengah ini pada mulanya menampung pelajar-pelajar dari 30 buah sekolah ‘feeder’ (Feeder School) dari semua mukim di daerah Hulu Terengganu.
Bagaimanapun setelah Sekolah Menengah Kebangsaan Landas dibuka pada tahun 1971, Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil dan Sekolah Menengah Kebangsaan Matang pada tahun 1984 dan SMK Menerong pada tahun 1993, mengurangkan lagi sekolah-sekolah ‘feeder’ ini kepada 12 buah sekolah sahaja. Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Sekolah Kebangsaan Telaga, Sekolah Kebangsaan Pauh, Sekolah Kebangsaan Lerek, Sekolah Kebangsaan Dura, Sekolah Kebangsaan Pasir Nering, Sekolah Kebangsaan Dusun, Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh, Sekolah Kebangsaan Kemat, Sekolah Kebangsaan Padang Setar dan Sekolah Kebangsaan Langgar. Apabila Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang dibuka pada tahun 2002 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor dibuka pada tahun 2004 jumlah ‘Feeder School’ semakin berkurangan. Pada tahun 2005, hanya pelajar yang mendapat 5A dan 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari seluruh daerah Hulu Terengganu akan ditempatkan di SMKTAI. Pada tahun 2006 apabila Sekolah Menengah Kebangsaan Tersat dibuka, sekolah ini mula menjalani satu sesi persekolahan sahaja.
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan,
- Jalan Sekayu, Kuala Berang,
- Terengganu Darul Iman, Malaysia
- Telefon = 6096811231
- Faks = 6096811709
Senarai Pengetua
TAIS
1955-1957 : En. Talha Abdul Rahman
1959-1959 : En. Abdul Manaf Said
1959-1960 : YAM Tengku Abdul Rahman
SM INGGERIS
1961-1962 : En. Hashim Jasa
1962-1964 : En. Sidek Embong
1964-1965 : En. Eng Weng Chin
1966-1966 : En. Guru Nathan
1967-1968 : En. Soh Kim Yew
1968-1970 : En. Mohan Singh
SM KEBANGSAAN KUALA BERANG
1964-1967 : En. Mat Don Hassan
1968-1969 : En. Mohd Mokhtar Zakaria
1969-1970 : En. Hashim Embong
SMTAI/SMKTAI
1971-1979 : En. Hashim Embong
1980-1983 : En. Ibrahim Mamat
1984-1986 : En. Mohamad Abdullah
1986-1987 : YM Raja Alias Salim
1988-1996 : Hj. Wan Mansor Ibrahim
1996-1998 : Hj. Daud Jusoh
1998-2000 : Hj. Karim @Kassim Hassan
2001-2003 : Hj. Mohd. Nor Othman
2003-2004 : Hj. Zahari Bin Nik
2005- 2010 : Pn. Hjh Zainab Bt Abd Rahman AMN,PJK
2010 – 2011 : Pn. Meriam
2012 – 2015 : Pn. Maziah
2015-2017 : Pn Hajah Kamariah bt Mamat
2018-2020 : Tn Haji Shariff bin Abd Latiff
2020-2021 : Tn Haji Sohaimi bin Zakaria
2022- Kini : Tn Che Wan Ahmad bin Che Wan Sulong
Visi dan Misi
Visi : Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan Menjadi Sekolah Kelas Pertama Menjelang 2015.
Misi : Melahirkan Generasi Bestari Berminda Kelas Pertama Melalui Kecemerlangan Akademik, Kehebatan Kokurikulum Dan Ketinggian Nilai Kerohanian, Sahsiah Serta Kepimpinan.
Matlamat Sekolah
Merealisasikan aspirasi nasional dengan menyediakan generasi minda kelas pertama dengan:
- Menghasilkan pelajar yang berjiwa patriotik dan mempunyai jati diri yang kental
- Melahirkan pelajar yang mempunyai ciri kepimpinan, berdaya saing, bermoral, berilmu, sihat mental dan fizikal, mempunyai ketahanan dan berketrampilan sebagai modal insan
- Mencapai prestasi dan kualiti tinggi dalam akademik, kokurikulum dan budaya sekolah
- Mencapai standard yang ditentukan diperingkat kebangsaan dari segi kemudahan fizikal, kepakaran teknologi maklumat, sumber tenaga serta peluang belajar tanpa keciciran
- Guru disegani kerana mencapai tahap profesionalisme yang berkualiti
- Melonjakkan kecemerlangan sekolah sebagai Kluster Sekolah Premier.
Piagam Pelanggan
KAMI WARGA SMK TENGKU AMPUAN INTAN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK
- Menyediakan perkhidmatan pentadbiran yang bermaklumat dan cekap
- Menyediakan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan sukatan kementerian pelajaran malaysia dari tingkatan 1 hingga 6
- Perkhidmatan penyayang dan mesra untuk kesejahteraan pelajar
- Memberi peluang kepada setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum
- Memastikan ruang kelengkapan dan peralatan mencukupi dan selamat untuk digunakan
Pengertian SMK TAI
S – Semangat
M -Mulia
K – Komited
T -Tekun
G – Gemilang
A – Adab
M – Maruah
P – Prihatin
U – Usaha
A – Azam
N – Nawaitu
I – Iltizam
N – Norma
T – Taqwa
A – Amanah
N – Nurani
Rujukan
https://smkintan.weebly.com/about.html