Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: tatabahasa, ton. (Jun 2024) |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sura | |
---|---|
Alamat | |
SMK Sura Kampung, Sura Tengah Malaysia Kg. Sura Tengah, Dungun,, 23000, Dungun, Terengganu Darul Iman Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | SEMESRA |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Semesra Sehasrat Sepakat Sukses |
Autoriti pendidikan | dungun |
Nombor sekolah | 6098484798 |
Kod sekolah | TEA1034[1] |
Pengetua | Mustafa Bin Chik |
Kelas | 22 |
Bahasa | bahasa melayu |
Faks | 6098484798 |
Laman sesawang | http://smksuradungun.blogspot.com/p/tentang-kami.html |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sura, atau dikenali sebagai SEMESRA, ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sura, Dungun, Terengganu di persisiran pantai Laut China Selatan, nama sekolah ini diambil sempena Kampung Sura yang berada berdekatan dengannya.
sejarah
Sekolah ini mula dibangunkan pada tahun 1993 di kawasan seluas 7.2 hektar dan memulakan operasi pada 16 Jun 1995. Pada masa itu, Encik Mat Zali Bin Ismail dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk menguruskan pentadbiran sekolah pada peringkat awal.
Pada 1 Julai 1995, sekolah ini mula menerima 325 pelajar dari tingkatan 1, 2, dan 4 serta 13 orang guru yang sebelumnya ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah. Pada awal pembukaan, terdapat 7 kelas yang dibahagikan kepada tiga kelas untuk Tingkatan Satu, tiga untuk Tingkatan Dua, dan satu untuk Tingkatan Empat, dengan 14 orang guru serta seorang Pembantu Tadbir.
Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sura memiliki 350 pelajar lelaki dan 290 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 640 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.
pengetua
Bil | Nama | Waktu Berkhidmat | Nota |
---|---|---|---|
1 | Encik Mat Zali Bin Ismail | 1 Julai 1995 - 9 Disember 1995 | Tidak mempunyai pengetua rasmi; mengurus sekolah sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum |
2 | Tuan Haji Abdullah Bin Ali | 10 Disember 1995 - 1 Mac 1996 | Pengetua dengan waktu berkhidmat terpendek, bertukar ke SMK Sultan Omar |
3 | Encik Abdul Malik Bin Musadali | 1 April 1996 - 31 Disember 1999 | Bertukar ke SMK Pulau Serai |
4 | Encik Zakariah Bin Ali | 1 Januari 2000 - 31 Januari 2001 | Bertukar ke SMK Ketengah Jaya |
5 | Puan Hajah Midah Bt. Mamat | 1 Disember 2000 - 2009 | Pengetua dengan waktu berkhidmat terlama |
6 | Puan Hajjah Salmah Binti Mohd Tahar | 2009 - 2012 | |
7 | Puan Hajjah Raziah Binti Ismail | 2012 - 2014 | |
8 | Haji Mohd Sidek Bin Embong | 2014 - 2016 | |
9 | Che Rashid Bin Sulong | 2016 - 2019 | |
10 | Encik Husin Bin Muhammad Nor | 2022 - 2024 | ditukarkan secara mengejut pada tahun 2024 |
11 | Mustapha Bin Chik | 2024 - Kini | pengetua yang memperkenalkan peraturan baju 'tuck-in' |
pencapaian
Pada 2019, Siti Nurliana dan Wan Najmiatul, masing-masing berusia 15 tahun, menjuarai Pertandingan Memasak Chef Remaja Sekolah-Sekolah Menengah anjuran MAGGI® di Ipoh.
Pada 2023, Kharunnirah Binti Khairuddin dianugerahkan sebagai 'FINCO ASPIRE OUTSTANDING STUDENT OF THE YEAR' peringkat kebangsaan.
kes jenayah
pada 4 September 2024 ,seorang guru lelaki yang mengajar subjek pjpk dibawa ke mahkamah atas 4 pertuduhan melakukan Anang seksual dengan seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun 9 bulan
kes kematian
Pada 3 Disember 2015, juruteknik komputer sekolah ini, Muhammad Hafız Che Kamarudin, 31 tahun, ditemui meninggal dunia secara mengejut di ruang tamu kuarters guru selepas dua hari menghilangkan diri.
pada 14 Jun 2024, penolong kanan pentadbiran sekolah menengah kebangsaan sura, cikgu hasnorlinda, telah disahkan meninggal dunia
Rujukan
- Rencana yang memerlukan perapian dari Jun 2024
- Semua laman yang memerlukan perapian
- Rencana yang memerlukan perapian dengan sebab dari Jun 2024
- Laman Wikipedia yang memerlukan perapian dari Jun 2024
- Rencana yang memerlukan rujukan tambahan dari Jun 2024
- Sekolah menengah kebangsaan di Terengganu
- Sekolah menengah di Terengganu