![]() | Penyumbang utama di rencana ini nampaknya mempunyai hubungan rapat dengan subjek. (September 2017) |
![]() | Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: terlalu banyak gambar yang tidak berkenaan. (September 2017) |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Usaha Jaya |
Nombor sekolah | 6062659675 |
Kod sekolah | MEA1078[1] |
Pengetua | Tn. Hj. Azhari bt. Jaafar (Pegetua sekarang) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Abdul Karim bin Shaari |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Hajah Siti Saidah binti Sarwadi |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Norhayati binti Abdul Samad |
Faks | 6062658937 |
Laman sesawang | http://smksrmelaka.blogspot.my/ |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai atau nama ringkasnya SMK Sungai Rambai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Parit Putat.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai memiliki 492 orang pelajar lelaki dan 476 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 968 orang. Ia mempunyai seramai 71 orang guru.2009
Dalam tahun 2017, SMK Sungai Rambai mempunyai seramai 36 guru lelaki dan 42 orang guru perempuan serta 5 orang staf sokongan lelaki dan 9 orang staf sokongan perempuan.2017
Kini setakat bulan Julai 2017, SMK Sungai Rambai mempunyai seramai 312 murid lelaki dan 339 murid perempuan dengan jumlah murid seramai 726 orang. Terdapat 6 buah kelas tingkatan 1, 2 dan 3 serta 6 kelas menengah atas mengikut aliran Sains, Perakaunan dan Ekonomi. Terdapat aliran vokasional ditawarkan juga iaitu Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) dalam bidang Tanaman Makanan dan Pembinaan Domestik. Selain itu, terdapat juga kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran).
Sejarah
Latar belakang
Pada zaman penjajahan British, penduduk desa boleh dikatakan ketinggalan dalam serba-serbinya kalau dibandingkan dengan penduduk yang tinggal di bandar. Keadaan ini telah mula berubah setelah negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejak itu, kerajaan Malaysia telah berusaha memajukan masyarakat luar bandar dalam segala bidang terutamanya pelajaran dan pertanian.
Menjelang tahun 1960-an, sekolah-sekolah menengah telah banyak didirikan terutamanya di kawasan luar bandar. Hingga tahun 1973, di kawasan Merlimau sahaja sebanyak tiga buah sekolah menengah telah didirikan terutamanya di kawasan luar bandar.
Pembukaan SMK Sungai Rambai
Pemimpin-pemimpin politik masyarakat di Sungai Rambai memahami hasrat dan harapan penduduk di kawasan ini. Mereka terus berusaha mendesak dan memohon agar kerajaan (Kementerian Pendidikan) mendirikan sebuah sekolah menengah di kawasan mereka untuk memberi peluang dan kemudahan kepada penduduk-penduduk di sekitar Sungai Rambai.

Kementerian Pendidikan akhirnya telah mengarahkan pembinaan sebuah sekolah menengah. Menjelang tahun 1980, sebuah sekolah menengah baru mengandungi dua blok, sepuluh bilik darjah, sebuah kantin, sebuah bengkel seni perusahaan, tiga buah makmal sains, sebuah pejabat dan sebuah bilik perpustakaan serta sebuah bilik guru telah siap dibina. Pada 1 Januari 1981, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya dan dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai.
Pentadbiran Awal SMK Sungai Rambai
Pada peringkat awalnya (sebelum SMKSR dibuka secara rasmi), Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum (En.Namasivayan) telah ditugaskan oleh Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) menguruskan penerimaan perabot dan segala alatan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Tugas En. Namasivayan berterusan sehinggalah pelantikan En.Muid Bin Lasim (Guru Besar SK Sebatu) sebagai Penolong Kanan bagi menjalankan tugas Pengetua sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai mulai 1 Disember 1980.
Sejak tarikh tersebut hingga 31 Disember 1980, En.Muid bertanggungjawab menerima segala perabot dan alatan serta menyiapkan urusan pentadbiran sekolah baru yang bakal dibuka pada awal tahun nanti. Pada 15 Disember 1980, En. Seman Bin Deros, Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Sri Mahkota, Umbai telah diarahkan bertukar dan menjalankan tugas Pengetua Sekolah Menengah Sungai Rambai mulai 1 Januari 1981.
Pada 2 Januari 1981, seramai 186 orang murid di sekitar Sungai Rambai telah mula belajar dan seramai 12 orang guru telah mula mengajar dan bertugas di sekolah ini. Pada waktu itu, SMKSR tiada mempunyai seorang pekerja pun termasuk jaga. Jaga yang bertugas menjaga keselamatan sekolah ini ialah jaga daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Merlimau.
Maklumat Pengetua Terdahulu
Bil. | Nama | Tarikh berkhidmat |
---|---|---|
1 | Tn. Hj. Seman Bin Deros | Januari 1981 hingga Disember 1988 |
2 | Pn. Hjh. Norbi Binti Husin | Disember 1988 hingga Januari 1989 |
3 | Cik Nazahah Binti Mohamad | Januari 1989 hingga Disember 1995 |
4 | En. Gan It Gon | Januari 1996 hingga Disember 1996 |
5 | En. Yong Yee Soon | Januari 1997 hingga Jun 1997 |
6 | Cik Nazahah Binti Mohamad | Januari 1998 hingga Februari 2002 |
7 | Tn. Hj. Rahman Bin Abdul Majid | Mac 2003 hingga September 2006 |
8 | Pn.Hjh Zariyah Binti Daud | September 2006 hingga Julai 2008 |
9 | En. Abu Bakar Bin Alim | Ogos 2008 hingga Jun 2011 |
10 | En. Mat Nor Bin Md.Dan | Ogos 2011 hingga Januari 2014 |
11 | Tn. Hj.Abu Bakar Bin Ahmad | Februari 2014 hingga September 2014 |
12 | En. Mazelan Bin Azam | September 2014 hingga Februari 2017 |
13 | Tn. Hj. Abdul Karim Bin Mohd. Yazam | 1 Mac 2017 hingga kini |
Gambar Pengetua
Pengetua terdahulu


Pengetua Terkini (Tahun 2018)

Moto
Usaha Jaya
Rukun
B : Bertanggungjawab
A : Amanah
K : Kejujuran
T : Takwa
I : Ikhlas
Slogan
"SMKSR Hebat''
Lagu sekolah
Marilah kita bersama
Menuju ke puncak jaya
Usaha jaya cogan katanya
Jadi amalan semua
Seia sekata padu tenaga
Mencapai usaha mulia
Sekolah Menengah Sungai Rambai
Engkaulah yang berjasa
Jasamu guru
Kami Ingati
Untuk Sepanjang Masa
Putera Puterimu Megah
Namamu kian gagah
Hidup bermakna
Bakti dicurah
Untuk Negara kita
Panorama sekolah
Pemandangan Sekolah Dahulu
Sebahagian gambar yang diambil daripada arkib album sekolah:
-
Tahun 90-an: Pemandangan sekitar blok Pendidikan Khas hari ini yang asalnya merupakan kuarters guru dua pintu.
-
Tahun 1994: Keadaan pintu utama sekolah. Gambar diambil sempena Larian Hari Japerun DUN Sungai Rambai.
-
Tahun 90-an: Keadaan jalan masuk ke dalam kawasan sekolah yang mempunyai pokok ru di kiri dan kanan jalan.
-
Tahun 90-an: Tn. Hj. Rahman bin Abdul Majid, bekas Pengetua SMKSR yang bersongkok hitam. Pada masa tersebut beliau merupakan GPK HEM. Di sebelah kanan beliau ialah En. Mazelan bin Azam, juga bekas Pengetua SMKSR yang pada masa tersebut merupakan GKMP.
-
Tahun 1995: YB Datuk Abd. Azis bin Abd. Ghani (ADUN Sg. Rambai) yang berbaju Melayu hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG. Di sebelah kanan beliau ialah Tn. Hj. Seman bin Deros yang telah bertugas di PPD Jasin pada masa tersebut.
-
Tahun 80-an: Nombor dua dari kiri merupakan Pengetua SMKSR pertama, Tn. Hj. Seman. Di sebelah kanan beliau ialah En. Jeon bin Husin iaitu GPK 1. Hujung sebelah kanan ialah En. Ahmad bin Selamat yang merupakan bekas guru SMKSR yang telah bertugas di PPD Jasin.
-
Tahun 90-an: Pasukan silat sekolah membuat persembahan semasa acara sekolah.
-
Tahun 90-an: Bacaan ikrar semasa Kejohanan Sukan Tahunan Peringkat Sekolah.
-
Tahun 90-an: Kawasan gelanggang bola tampar, tenis dan sepak takraw yang pada hari ini merupakan Dewan Iltizam yang mula dibina pada Mei 2011.
Pemandangan Sekolah Sekarang
Berikut antara gambar panorama yang terkini di SMK Sungai Rambai.
-
Gambar terkini pintu masuk utama ke SMK Sungai Rambai
-
Bangunan dewan sekolah yang dibina pada tahun 2011 dengan nama diberi Dewan Iltizam
-
Dataran perhimpunan sekolah setiap pagi dikenali dengan nama Dataran Insaniah
-
Ruang makan kantin sekolah yang ceria dan selesa
-
Pondok wakaf yang dibina untuk murid berehat dan mengulang kaji pelajaran
-
Salah satu mural di Dataran Insanah yang memberi info keselamatan jalan raya
Galeri Warisan Sejarah
Taman Sejarah
Taman Sejarah yang telah dibina ialah hasil usaha projek 3K yang telah diadakan khas untuk setiap panitia. Oleh itu, Panitia Sejarah SMK Sungai Rambai telah mengambil peluang untuk menceriakan taman mini ini dengan identiti sejarah yang sesuai.
-
Landskap Taman Sejarah di SMK Sungai Rambai -Memaparkan Tempayan merujuk kepada sejenis bekas yang diperbuat daripada tembikar. Bekas ini bermulut luas dan terdapat dalam pelbagai saiz, dengan pelbagai ukiran tetapi biasanya tanpa ukiran. Selain itu, terdapat juga tempayan yang mempunyai ukiran timbul pada bahagian sisinya. Tempayan ini berasal dari negeri China, dan digunakan bagi menyimpan barangan, makanan, air dan sebagainya.
-
Mesin Getah Keping: Setelah getah keping itu dilicinkan dan dinipiskan kepada saiz yang sesuai, barulah getah keping itu dimasukkan ke dalam mesin gelek ini untuk memberikan bunga yang berjalur, membolehkan getah keping itu dimampatkan dan dikeluarkan airnya dengan lebih banyak lagi. Setelah siap proses ini, getah itu akan dikeringkan.
Galeri Sejarah Sungai Rambai
Galeri ini dibuat sebagai rujukan kepada warga komuniti Sungai Rambai khususnya. Ia menjadi papan info sejarah, info umum dan lokasi yang menarik yang berada di kawasan DUN Sungai Rambai.
Sudut Galeri Warisan
Sudut galeri warisan yang telah dikemaskinikan ini terletak di Pusat Sumber Sekolah SMK Sungai Rambai.Pihak PSS bersama Panatia Sejarah telah bekerjasama untuk menyusun atur ruang di PSS SMK Sungai Rambai untuk sudut sejarah ini dipersembahkan buat pelawat. Beberapa artifak ini dikumpulkan hasil sumbangan guru dan warga sekolah yang menghargai nilai estetik seni yang boleh dilihat sebagai satu hasil tinggalan sejarah yang bermakna.
![]() |
![]() |
![]() |
---|---|---|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Program tahun 2017
Bulan Kebangsaan 2017
Hari Graduasi Kali ke-2 Tahun 2017 Pelajar SPM 2017
Pada hari Jumaat, 27 Oktober 201Dewan Iltizam, SMKSR - Majlis Graduasi Kali Ke 2 telah diadakan pada hari ini untuk untuk calon SPM 2017. Tuan Haji Azmi bin Yusuf memulakan majlis dengan bacaan doa. Seterusnya, ucapan aluan daripada Tuan Pengetua, Tuan Hj. Abdul Karim bin Mohd Yazam. Ucapan perasmian Majlis Graduasi pula disampaikan oleh YDP PIBG SMKSR, Tuan Hj. Hussin bin Mohamad.
Pencapaian
Anugerah Peringkat Negeri
- Tahun 1999 - Anugerah Kecemerlangan Sekolah Lima Bintang bagi Kebersihan dan Keceriaan Sekolah Negeri Melaka
- Tahun 1999 - Anugerah Penghijauan Sekolah Peringkat Negeri Melaka Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia
- Tahun 2000 - Naib Johan Pertandingan Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan ‘3K’ Alam Persekitaran Sekolah Peringkat Negeri Melaka
- Tahun 2000 - Johan Pertandingan Sekolah Patriotik Kategori Sekolah Menengah Negeri Melaka
- Tahun 2001 - Anugerah Pengurusan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang Kategori Pusat Pengumpulan Buku SPBT Daerah Jasin.
- Tahun 2001 - Tempat Pertama Pertandingan Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan ‘3K’ Alam Persekitaran Sekolah Daerah Jasin
- Tahun 2001 - Penghargaan Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar (3K) Peringkat Kebangsaan
- Tahun 2001 - Johan Pertandingan Landskap Negeri Melaka Kategori Sekolah Menengah Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan.
- Tahun 2002 - Naib Johan Pertandingan Landskap Negeri Melaka Kategori Sekolah Menengah Daerah Jasin.
- Tahun 2007 - Naib Johan Pertandingan Bilik Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah Negeri Melaka.
Anugerah Peringkat Kebangsaan
- Tahun 2005 - Naib Johan Keceriaan dan Kesihatan Program 3K Peringkat Kebangsaan
- Tahun 2006 - Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar
- Tahun 2006 - Naib Johan Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Peringkat Negeri Melaka Kategori Antara Sekolah Menengah Peringkat Negeri.
- Tahun 2010 - Pensijilan Peringkat Kebangsaan Kategori Perak Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai
- Jalan Parit Putat
- 77400, Sungai Rambai
- Melaka, Malaysia
- No. Telefon = 6062659675
- No. Faks = 6062658937
Rujukan
Pautan luar
- Rencana Wikipedia dengan konflik kepentingan yang mungkin dari September 2017
- Rencana yang memerlukan perapian dari September 2017
- Semua laman yang memerlukan perapian
- Rencana yang memerlukan perapian dengan sebab dari September 2017
- Laman Wikipedia yang memerlukan perapian dari September 2017
- Sekolah menengah kebangsaan di Melaka
- Sekolah menengah di Melaka