Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Puteri | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6094143032 |
Kod sekolah | CEA8028 |
Faks | 6094143031 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Puteri atau nama ringkasnya SMK Sungai Puteri, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 6, Jalan Sabak.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Puteri memiliki 225 orang pelajar lelaki dan 205 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 430 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Telah dibina secara rasmi pada hujung tahun 2002. Mempunyai 4 tingkat keseluruhan yang merangkumi kelas asas dan pendidikan khas. Kelas Aliran Sains pertama telah ditubuhkan pada Januari 2004 iaitu 4 Arif dan Aliran Sastera yang sama tahun diwujudkan. Selain itu,ianya mempunyai satu blok khusus untuk pembelajaran sains, biologi, fizik, dan kimia.
Pada 2002, pihak sekolah hanya menerima kemasukkan pelajar dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 2 sahaja sehingga pada awal 2003, kemasukan pelajar baru untuk Tingkatan 4 telah dibuka dan bermula pada tahun itu bilangan pelajar telah meningkat dari setahun sehingga ke hari ini.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Pada tahun 2005, beberapa orang pelajar telah mewakili sekolah ke pertandingan bola tampar peringkat daerah Rompin dan telah mendapat tempat ke 2 keseluruhan dalam acara tersebut.
-Seorang pelajar lelaki pada 2010 mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan bola sepak Pahang.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Puteri
- Km 6, Jalan Sabak
- 26800, Kuala Rompin
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6094143032
- Fax = 6094143031