Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Enggor, 33600, Kuala Kangsar,, Perak Darul Ridzwan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Simpang Beluru, Sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu Berakhlak Berwawasan(Sciens per sapientiam) |
Nombor sekolah | 6057731131 |
Kod sekolah | AEA4086[1] |
Faks | 6057731132 |
Laman sesawang | https://smksimpangbeluru.edu.my/ |
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru atau nama ringkasnya SMK Simpang Beluru, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak Enggor , Kuala Kangsar
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru mula beroperasi pada 1 Jun 1996. En. Mior Othman bin Mior Mat Ramle, menjadi ‘care taker’ dan Guru Kanan Pentadbiran pertama bersama staf permulaan, seorang pembantu tadbir dan dua orang Pembantu Am Rendah. Pada 16 Oktober, 1996 En. Adnan bin Rejab mula bertugas sebagai Guru Kanan Hal Ehwal Murid. Ketika itu, bangunan sekolah telah siap dibina, namun masih di peringkat permulaan. Kerja-kerja penyelenggaraan terakhir masih dijalankan ketika itu. Pada peringkat awal Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru mempunyai tiga blok bangunan tiga tingkat dan satu blok bangunan empat tingkat dengan 24 buah bilik darjah. Pada 6 Januari 1997, seramai 138 pelajar mula diterima belajar dan mereka memasuki kelas peralihan, tingkatan satu dan dua, dengan tenaga pengajar seramai 20 orang dan diketuai oleh En. Mior Othman bin Mior Mat Ramle.
Blok A (empat tingkat) mempunyai Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Seni, Makmal Kimia, Fizik dan Biologi dan 6 buah kelas. Blok B (tiga tingkat) disediakan 10 buah kelas, Bilik Kesihatan, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat Guru dan Bilik Pengawas. Blok C (tiga tingkat) pula terdapat Bilik Kokurikulum, Bilik Geografi, Bilik Sejarah, Koperasi, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Gerakan, Pejabat Pentadbiran, Bilik Amalfi Solat dan Pusat Sumber Sekolah.
Blok D (tiga tingkat) terdapat Bengkel Teknologi Kejuruteraan, Bilik Lukisan Kejuruteraan (pads peringkat awal), Stor Sukan, Bilik Ekonomi Rumah Tangga, Bilik Komputer, 8 buah kelas. Pada mass itu terdapat satu lagi blok iaitu Blok Bengkel Pertanian. Bagaimanapun kemasukan pertama pelajar ke sekolah ini bermula pads 3 Januari 1997 dengan jumlah pelajar seramai 323 orang (Tingkatan 2-103 orang, Tingkatan 1- 193 orang dan Kelas Peralihan-27 orang). Kelas yang dibuka pads tahun tersebut ialah Kelas Peralihan, lima buah kelas Tingkatan Satu (1 A1, 1 A2, 1 A3, 1 131, 1 B2) dan empat buah kelas Tingkatan Dua (2 A1, 2 A2, 2 A3, dan 2 B1).
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru yang pertama ialah Pn. Hajah Noor Aini Bt. A. Bakar yang mula bertugas pads 16 Mei 1997. Sehingga Disember 1997, tenaga akademik sekolah adalah seramai 22 orang (10 orang guru DG 3 dan 12 orang guru DG 6). Kakitangan sokongan pula ialah seramai 12 orang. Pertambahan jumlah pelajar yang semakin meningkat memerlukan pertambahan bilik darjah. Justeru itu, permohonan pertambahan bangunan barn telah dibuat. Pada tahun 2003, SMK Simpang Beluru mendapat pertambahan satu blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah (Blok E). Dasar 60:40 pemberatan subjek Sains dan Matematik yang diperkenalkan menghasilkan penawaran subjek aliran Sains Tulen kepada pars pelajar. Dua buah kelas aliran Sains Tulin telah dibuka. Sebelum itu pihak sekolah juga telah menerima kemasukan pelajar kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA).
Bertolak daripada pertambahan jumlah pelajar dari semasa ke semasa, bilik-bilik khas mats pelajaran yang diwujudkan pads peringkat awalnya seperti Bilik Geografi, Bilik Sejarah, Bilik Matematik terpaksa dijadikan bilik darjah kekal. Di samping itu, dengan ledakan IT dan TMK (Teknologi Maklumat Komputer) pihak sekolah tidak ketinggalan memperoleh sebuah Makmal Komputer yang tersergam di atas bukit berhadapan Blok E.
SMK Simpang Beluru juga mempunyai dua bangunan blok asrama putera dan asrama puteri. Kuaters guru juga dibina oleh Kementerian Pelajaran yang mengandungi satu Blok empat tingkat namun kini kuaters guru tersebut sudah dijadikan pejabat PKG. Selaras dengan perkembangan semasa walaupun pads mass itu pengetuanya masih pengetua yang sama, guru-guru dan staf sering bertukar ganti. Ramai daripada tenaga penggerak peringkat awal, telah bertukar sama ada dinaikkan pangkat ataupun kembali ke tempat asal. Jumlah pelajar pads satu mass pernah mencecah hampir seribu orang. Bilangan gurunya hampir mencapai 80 orang. Kini SMK Simpang Beluru telah ditingkatkan ke gred A, bilangan kelas keseluruhannya sebanyak 36 buah termasuk Kelas Pendidikan Khas yang baharu sahaja bermula pada tahun 2017. Jumlah pelajar terkini ialah lebih kurang 700 orang murid dan bilangan guru pula ialah seramai 78 orang.
Pengetua yang kedua bertugas di SMK Simpang Beluru ialah Pn. Hjh. Siti Zabidah Bt. Setia menggantikan Pn. Hjh. Noraini Bt. A. Bakar yang telah bertukar ke SMK Bukit Merchu. Pn. Hjh. Siti Zabidah Bt. Setia memulakan tugas di sekolah ini pada 2 Februari 2007. Beliau dengan bantuan warga sekolah telah membawa beberapa kecemerlangan kepada sekolah ini. Kini beliau telah bertukar ke SMK Rapat Setia, 1poh. Pengetua seterusnya yang sentiasa meneruskan agenda visi dan misi sekolah ialah Dr. Ahmad Jaafar Hj. Musa berkelulusan Ph.D bidang ‘Gifted & Talented Education’. Beliau mula melapor diri bertugas di sekolah ini pads 13 Julai 2009. Kemudiannya, SMK Simpang Beluru diterajui oleh Tn. Hj. Syed Mahizan Bin Syed Hashim sebagai pengetua yang ke-4, bermula hujung tahun 2009 sehingga hujung tahun 2012. Seterusnya, SMK Simpang Beluru ditadbir oleh Pn. Zalihah Binti Mat Harun @ Ahmad bermula tahun 2013 sehinggalah beliau bersara di penghujung tahun 2015. Kemudiannya, SMK Simpang Beluru diterajui oleh En. Abdullah Bin Majin bermula awal tahun 2016 sebagai pengetua ke-6 sehingga September 2021. Seterusnya, SMK Simpang Beluru diterajui di bawah kepimpinan pengetua yang ke-7 iaitu Pn. Norizah Binti Mohamed Ramli bermula September 2021 hingga penghujung Januari 2023. Kini, SMK Simpang Beluru atau lebih dikenali sebagai SimBel terus berada di bawah kepimpinan terbaharu bersama-sama pengetua yang ke-8 iaitu En. Rosle Bin Abdul Wahab bermula pada 1 Februari 2023 sehingga kini.
Lokasi sekolah SMK Simpang Beluru terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Kedudukannya di atas bukit menyebabkan pemandangan di sekelilingnya dapat dilihat dengan jelas. Pekan kecil yang berhampiran ialah Karai iaitu jaraknya kira-kira 3 kilometer. Jambatan Victoria (Victoria Bridge) untuk laluan jambatan kereta api dan Jambatan Iskandar (Iskandar Bridge) untuk laluan darat yang merentas Sungai Perak yang dibina sewaktu pendudukan Inggeris masih lagi kukuh dan digunakan sehingga hari ini. Jarak jambatan tersebut dengan sekolah adalah lebih kurang 2 kilometer saja. Jarak antara sekolah dengan Pejabat Pelajaran Daerah ialah lebih kurang 12 kilometer. Dengan memiliki keluasan 12 ekar (4.86 Hektar) SMK Simpang Beluru terletak dalam Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kawasan PKGnya ialah PKG Kati sementara Kawasan Parlimen sekolah ini terletak dalam kawasan Padang Rengas, DUN Kawasan Chenderoh
Pengetua
- PN HJH NORAINI BT A.BAKAR (16 MEI 1997-2007
- PN HJH SITI ZABIDAH BT SETIA (2007-2009)
- DR AHMAD JAAFAR HJ MUSA (2009)
- TN HJ SYED MAHIZAN BIN SYED HASYHIM (2009-2012)
- PN ZALIHAH BINTI MAT HARUM (2013-2015)
- EN ABDULLAH BIN MAJIN (2016-2021)
- PN NORIZAH BINTI MOHAMMED RAMLI(2021-2023)
- EN ROSLEE ABDUL WAHAB (2023-2024)
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru
- Enggor
- 33600, Kuala Kangsar
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6057731131
- Fax = 6057731132
Rujukan
- ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (10 Jun 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". Diarkibkan daripada yang asal (XLSX) pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 10 Februari 2021 – melalui moe.gov.my.