Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan | |
---|---|
Lokasi | |
Peti Surat 60715, 91116, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | BERILMU PASTI BERJAYA |
Nombor sekolah | 089-868121 |
Kod sekolah | XEA3103 |
Pengetua | Abdul Wahit Bin Ali Asgar |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Roslan Bin Nayan |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Mogan A/L Iyannar |
Penolong Kanan Kokurikulum | Mohammad Fazil Bin Sunyi |
Faks | 089-868122 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan |
Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan atau nama ringkasnya SMK Silabukan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di dalam Kawasan Rancangan Silabukan Peringkat 2, beralamat di: Peti Surat 60715, 91116 Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan memiliki 299 pelajar lelaki dan 293 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 592 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan dinamakan semperna nama “Silabukan”, iaitu suatu kawasan perkampungan di mana ia terletak. Ia terletak di dalam kawasan Rancangan Silabukan Peringkat 2, lebihkurang 1 KM dari jalan utama Lahad Datu – Tungku dan lebihkurang 27 KM ke Pekan Lahad Datu. Sekolah ini ditubuhkan di atas tapak rezab Balai Polis Silabukan yang belum dibangunkan. Pada masa kini, bangunan sekolah baru telah dibina di atas tanah seluas 30 ekar dan terletak di Rancangan Silabukan Peringkat 2, iaitu 3 KM dari tapak lama(smk/sk Silabukan).
Pada sesi persekolahan yang pertama (1990-1991), jumlah pelajar hanyalah 184 orang. Ianya terdiri daripada 110 orang pelajar Tingkatan 1 dan 74 orang pelajar Tingkatan 2. Sebelum penubuhan SMK Silabukan, para pelajar ini menumpang di SMK Agaseh. Pada sesi kedua (1991-1992), bilangan pelajar telah meningkat kepada 340 orang. Pada Tahun 1992, buat pertama kalinya, seramai 90 orang pelajar telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
Pada awalnya, SMK Silabukan hanya mempunyai sebuah blok yang menempatkan 4 buah bilik darjah dan sebuah makmal. Makmal tersebut turut digunakan sebagai bilik darjah akibat pertambahan bilangan pelajar. Namun begitu, atas bantuan Jabatan Pendidikan, pelbagai prasarana baru telah dibina. Antaranya ialah kolah tadahan hujan berukuran 10’×12’×8’, garaj tempat meletak kereta, bilik tambahan untuk tujuan percetakan dan kelas tambahan serta bilik persalinan wanita. SMK Silabukan berpeluang memiliki kantin sendiri hanya pada bulan Julai 1991, iaitu atas sumbangan En Pandi Hj Ahmad.
Pencapaian
Semakin hari semakin baik Mencintai pengetua tersayang
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan
- Peti Surat 60715
- 91116, Lahad Datu
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 089-868121
- Fax = 089-868122