Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang (Inggeris) Ampang Road Boys' School (Jawi)سکوله سري امڤڠ | |
---|---|
Alamat | |
Jalan Ampang Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis | Sekolah Menengah Lelaki (Bukan Berasrama Penuh) |
Moto | Together We Excel (Bersama Kita Maju) |
Ditubuhkan | 1 Januari 1963 |
Pengasas | Kerajaan Malaysia |
Daerah sekolah | Kuala Lumpur |
Pengetua | Mustafa Kamal Bin Musa |
Gred | Tingkatan 1 - Tingkatan 5 |
Jumlah penuntut | 528 (pelajar), 56 (guru) |
Kelas | Aspire, Reliable, Bright, Smart |
Bahasa pengantar | Bahasa Melayu |
Rumah-rumah | Bendahara (Merah), Laksamana (Biru), Syahbandar (Kuning), Temenggung (Hijau). |
Warna | Oren, Merah, Hitam, Putih. |
Buku tahunan | Perintis |
Afiliasi | Kementerian Pendidikan Malaysia |
Laman sesawang | http://seriampang.weebly.com |
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang (SMKSA) atau SMK Seri Ampang ialah sebuah sekolah lelaki yang terletak di Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang memiliki 528 pelajar lelaki dan mempunyai seramai 56 orang guru.2018
Sejarah
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963. Sekolah ini dikenali sebagai Shaw Road Afternoon Secondary School. Pada awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Lelaki Jalan Shaw dengan satu sesi sahaja iaitu sesi petang. Setahun kemudian, sekolah ini berpindah ke Batu 3, Jalan Ampang. Setelah berpindah, sekolah ini diberi nama Ampang Road Boys School. Nama sekolah ini kemudian ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang dan kekal sehingga kini. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan utama iaitu Atma, Budiman, Cahaya dan Dasila. Pejabat pentadbiran sekolah terletak di blok Atma. Sekolah ini mempunyai sebuah dewan tertutup yang dikenali sebagai Dewan Seri Atma berhampiran blok Atma dan dewan terbuka di blok Dasila. Sekolah ini dulunya merupakan sekolah kategori Bandar Gred A yang mempunyai 3 aliran iaitu Perdana (Tingkatan Peralihan – Tingkatan 5), Program Pendidikan Khas Integrasi dan Pra Universiti Tingkatan 6. Namun mulai 2017, hanya 2 aliran wujud kerana semua guru Pra Universiti Tingkatan 6 dipindahkan ke Victoria Institution dan murid-muridnya pula ke SMK Tinggi Setapak.
Senarai Pengetua
Tahun Berkhidmat | Nama |
---|---|
1964 - 1967 | En. Yong Khee Meng |
1968- 1969 | En. Bernard Fernandez |
1970 - 1971 | En. Seow Bin Hak |
1972 | En. Abdullah Bakri |
1972 - 1973 | En. Harun Bin Abdul Hali |
1973 - 1974 | En. K.N Mehrotra |
1974 - 1977 | En. Mustafa Mahmud |
1978 - 1979 | Tuan Syed Jaafar |
1979 - 1982 | Tuan Hj. Maulan |
1982 - 1984 | En. Eddy Chung |
1985 - 1988 | Tuan Haji Ismail Bin Mohd |
1988 - 1992 | Tuan Hj. Kusno |
1992 - 1996 | Tuan Hj. Hussin |
1996 - 2001 | Pn. Sharifah Madinah |
2001 - 2003 | Pn. Hajah Jauharah inti Haji Tak |
2003 - 2007 | Pn. Kamariah@Che Seah Binti Che Abd. Rahman |
2007 - 2008 | En. Rosley Bin Hitam |
2008 - 2011 | Pn. Naemah Bt. Hasan Nordin |
2011 | Pn. Mystrical Rose Fernandez |
2011 - 2016 | YBHG. Datin Hjh. Nor Azizah Binti Sulaiman |
2017-2018 (awal Januari) | Tn. Mohd Ramli Bin Shalan |
2018 - 2020 | En. Zamzuri Bin Abdullah |
2020 - April 2021 | En. Abdul Halim Bin Musa |
Mei 2021 - 6 Januari 2023 | En. Mustafa Kamal Bin Musa |
9 Jan 2023 -Ogos 2023 | Hj. Rushdi Bin Mohamed |

Sukan dan Unit Beruniform
Rumah Sukan
- Bendahara - Merah
- Laksamana - Biru
- Syahbandar - Kuning
- Temenggung - Hijau
Unit Beruniform
- Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
- Kadet Polis
- Kadet Remaja Sekolah
- Pengakap
- Silat Gayung Fatani
- Taekwando
- Wushu
- Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA)
Sukan
- Bola Sepak
- Bola Keranjang
- Bola Tampar
- Sepak Takraw
- Futsal
- Badminton
- Ping Pong
- Olahraga
- Catur
Pencapaian
Tahun | Jenis Sukan | Pencapaian | Peringkat |
---|---|---|---|
1975 | Bola Sepak - 15 Tahun | JUARA | MSS Selangor |
1978 | Sepak Takraw - 13 Tahun | JUARA | MSS Selangor |
1980 | Sepak Takraw - 15 Tahun | JUARA | MSS Kuala Lumpur |
1988 | Catur Perseorangan | JOHAN | Terbuka Selangor Pewter |
1990 | SIlat Gayung Fatani | 3 EMAS | MSS Kuala Lumpur |
1990 | Sepak Takraw - 18 Tahun | JUARA | MSS Kuala Lumpur |
1991 | Bola Sepak - 18 Tahun | JUARA | MSS Kuala Lumpur |
1991 | Sepak Takraw - 15 Tahun | JOHAN | MSS Kuala Lumpur |
1992 | Sepak Takraw - 18 Tahun | JUARA | MSS Kuala Lumpur |
1993 | Sepak Takraw - 15 Tahun | JUARA | MSS Kuala Lumpur |
1993 | Sepak Takraw - 18 Tahun | JUARA | MSS Kuala Lumpur |
1993 | SIlat Gayung Fatani | JUARA | MSS Kuala Lumpur |
1993 | Ping - Pong (Perseorangan) | JOHAN | MSS Kuala Lumpur |
1993 | Ping - Pong (Perseorangan Bukan Cina) | JOHAN | MSS Kuala Lumpur |
1994 | Olahraga-Lompat Jauh 16 Tahun | EMAS | MSS Kuala Lumpur |
1994 | SIlat Gayung Fatani | JOHAN | MSS Kuala Lumpur |
1994 | SIlat Gayung Fatani | JOHAN | Piala A.Rahman |
1994 | SIlat Gayung Fatani | JOHAN | Pertandingan Silat Olahraga UIA |
1994 | Sepak Takraw - 18 Tahun | JOHAN | MSS Kuala Lumpur |
1995 | SIlat Gayung Fatani | JOHAN | MSS Kuala Lumpur |
1996 | SIlat Gayung Fatani | JOHAN | Pertandingan Silat Olahraga |
1996 | Olahraga-100M 16 Tahun | EMAS | MSS Kuala Lumpur |
1997 | SIlat Gayung Fatani | JUARA | MSS Kuala Lumpur |
1997 | Olahraga-100M 16 Tahun | EMAS | MSS Kuala Lumpur |
1997 | Olahraga-Lompat Jauh 16 Tahun | EMAS | MSS Kuala Lumpur |
1999 | |||
2000 | |||
2003 | |||
2005 | |||
2006 | |||
2007 | |||
2008 | |||
2009 | |||
2010 | Bola Keranjang - 18 Tahun | PERAK | MSS Kuala Lumpur |
2011 | Olahraga-1500M 15 Tahun | EMAS | MSS Kuala Lumpur |
2012 | Bola Sepak - 15 Tahun | PERAK | MSS Kuala Lumpur |
2013 | Futsal - 19 Tahun (Tingkatan 6) | KETIGA | MSS Kuala Lumpur |
Pasukan nasyid SMK Seri Amapng mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nasyid PPDA peringkat negeri wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2011.Pasukan SMK Seri Ampang juga muncul "Naib Juara" Bawah Kejohanan MSSWP Peringkat Zon Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 2012.
Selain itu, Pasukan Dikir Barat yang lebih dikenali dengan nama Pewaris Seni pernah muncul juara di peringkat zon keramat selama 7 tahun berturut-turut. Tukang Karut Dikir Barat Pewaris Seni iaitu Mohd Syazwan Suhaimi yang juga pelajar di Seri Ampang juga pernah mendapat Anugerah Tukang Karut Terbaik.
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang
- Jalan Damai Off, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
- Telefon = 03-21487065
- Faks = 03-21432239