Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | SMKS PEMBINA GENERASI BERSAHSIAH |
Autoriti pendidikan | Kuala Kangsar |
Nombor sekolah | 6057731121 |
Kod sekolah | AEA4141 |
Pengetua | Tn Hj Salim bin Muhamud |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Tn Hj Malek Faisal bin Ngah Zakaria |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn Hjh Rosni bt Wok |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn Adnin bin Md Hariri |
Faks | 6057731120 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong atau nama ringkasnya SMK Sayong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Parit - Sayong.
Pada 2025, Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong memiliki 209 pelajar lelaki dan 190 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 399 orang. Jumlah guru adalah 42 orang termasuk pengurusan dan pentadbir serta 8 orang Anggota Kumpulan Pelaksana.
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong atau sebelum 3 Mei 1983 dipangggil dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sayong telah siap dibina pada penghujung tahun 1973. Sebelum adanya sekolah ini, sebahagian besar pelajar-pelajar terpaksa menyeberang ke Kuala Kangsar sekiranya mereka ingin meneruskan persekolahan. Pelajar–pelajar ini datangnya dari beberapa buah kampung yang berdekatan.
Mengikut pendapat beberapa orang terkenal di kawasan ini seperti Tuan Haji Yeop Hamzah bin Pandak Awam (Ketua Kampung Sayong Tengah, 1969-1974) dan Encik Zainuddin bin Andika (Ketua Kampung Sayong Hulu, 1974 - 1978) bahawa pada mulanya penduduk-penduduk di kawasan Sayong telah memohon sebuah jambatan. Menyedari tentang kesulitan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar serta orang kampung, akhirnya sebuah sekolah menengah telah dibina. Dengan jasa baik YB Tan Sri Ghazali Jawi yang pada ketika itu adalah ahli Parlimen bagi kawasan Kuala Kangsar yang juga Menteri Pertanian Malaysia, Kerajaan Pusat pun meluluskan peruntukan bagi mendirikan sebuah sekolah menengah.
Pengetua yang pertama bagi sekolah ini ialah Encik Ishak bin Mohd Ali. Sebenarnya pelajar-pelajar sulung sekolah ini hanya dapat belajar di sini pada 16 Julai 1976. Sebelum ini mereka terpaksa menumpang di SMK Jalan Kenas yang sekarang dikenali sebagai SMK Bukit Merchu. Hal ini berlaku disebabkan tidak cukup kelengkapan sekolah seperti perabot serta alatan lain. Generasi pertama yang belajar di sekolah ini ialah pelajar-pelajar tingkatan 1, iaitu seramai 116 orang dengan tenaga pengajar seramai 6 orang. Memandangkan bilangan pelajar yang semakin bertambah serta desakan ibu bapa dan masyarakat sekitar akhirnya pada tahun 1983, sebuah bangunan kilat yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah telah pun didirikan. Pada tahun 1975 hingga tahun 1982 pelajar-pelajarnya meliputi pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja. Hanya pada tahun 1983 barulah diwujudkan kelas tingkatan 4 dan diikuti kelas tingkatan 5. Kemudian pada tahun 1990 sebuah lagi bangunan yang mengandungi 2 bilik darjah dan sebuah surau telah didirikan bagi menampung kekurangan yang ada.
Pada tahun 1999, sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan baharu bagi menempatkan pelajar-pelajar. Pada penghujung tahun 2000, sekolah ini mendapat bangunan untuk dijadikan makmal komputer dan 2 buah bangunan 2 tingkat. Sekolah ini telah banyak berjasa kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini. Walaupun rata-rata pelajar-pelajar di sini datangnya dari keluarga yang berpendapatan rendah, namun ia langsung tidak menjadi batu penghalang kepada mereka untuk mengecap kejayaan yang gilang-gemilang. Dengan jumlah pelajar yang semakin bertambah, juga kelengkapan fizikal yang semakin baik, Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong terus bergerak seiring dengan kemajuan pesat negara.
Senarai Pengetua
1.Pn Hjh Paridah binti Hashim (sehingga 2019)
2.Tn Hj Kamarudin bin Hashim (2021-2022)
3.En Abdul Rahim bin Marbawi (2023)
4.Tn Hj Salim bin Muhamud (2023 sehingga kini)
Lagu Sekolah
BERSATU KITA BERSATU
TEGUHKAN CITA-CITA JAYA
BERILMU SULUHAN HIDUP
ITULAH COGAN SMS
MAJULAH TERUS MAJULAH
KE ARAH UNTUK KEJAYAAN
TINGGIKAN USAHA BERSAMA
NAIKKAN MARUAH BANGSA
SMS TAPAK KAMI BERJUANG
MEMBINA SEMANGAT WAJA
ITULAH TEKAD AMALAN MULIA
MENCAPAI HASRAT NEGARA
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong
- Jalan Parit - Sayong
- 33040, Kuala Kangsar
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6057731121
- Fax = 6057731120