Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Bawah, 34250, Tanjong Piandang,, Perak Darul Ridzwan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Tekun Usaha Jaya |
Ditubuhkan | 1977 |
Nombor sekolah | 6057256269 |
Kod sekolah | AEA3086 |
Pengetua | Tn. Hj. Zainol Bin Nopiah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Haniza Binti Salleh |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Rizal Sham Bin Arsat |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Azamkhairi Bin Ab Razak |
Faks | 6057250268 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid atau nama ringkasnya SMK Raja Lope Nor Rashid, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Sungai Labu Bawah.
Pada 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid memiliki 352 pelajar lelaki dan 392 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 744 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2023
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Kerian, Perak.
Sejarah
- 9 Mac 1969
Usul penubuhan dikemukakan kepada YB. En. Mohd. Khir Johari (Menteri Pelajaran) oleh En. Mohamad Hj. Kassim (Pengerusi PIBG S.K. Tanjong Piandang).
- 22 Mac 1975
Desakan ulangan dikemukakan kepada Tn. Syed Abu Barakbah (Pengarah Pelajaran Perak) ketika beliau merasmikan Sukan Tahunan di S.K. Tanjong Piandang. Satu memorandum juga dihantar kepada Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir (KPP).
- 26 Februari 1976
Bangunan sekolah mula dibina di kawasan seluas 10.47 ekar dan siap sepenuhnya setahun kemudian.
- 22 Februari 1977
En. Abd Jalil Mohd Yusof dilantik sebagai pengetua pertama. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Tanjong Piandang.
- 4 Mei 1977
Hari pertama penggal kedua sekolah dibuka dengan jumlah murid seramai 232 orang di Tingkatan 1 dan 90 orang di Kelas Peralihan serta 8 orang guru.
- 30 Mei 1977
Nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid sempena nama Yang Amat Mulia Raja Lope Nor Rashid (Orang Besar Jajahan Kerian).
- 1978
Dua kelas Tingkatan 4 dimulakan. Bilangan pelajar bertambah menjadi 1095 orang. Tenaga Pengajar termasuk staf sokongan seramai 36 orang.
- 1979
Menjadi sekolah menengah penuh yang mempunyai kelas dari tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5.
Latar belakang
Sejak mula dibuka pada tahun 1977, sekolah ini telah mengalami perubahan dan perkembangan yang pesat, baik dari segi bilangan pelajar, guru dan kaki tangan serta perkembangan fizikalnya. Dari masa ke semasa sekolah juga berjaya mencipta pencapaian yang membanggakan dalam bidang sahsiah, kurikulum serta kokurikulum. Segala perubahan dan pencapaian yang membanggakan ini adalah hasil dari gabungan mantap pelbagai pihak terutama antaranya pihak pengurusan dengan kakitangan akademik serta ibu bapa.
Visi dan misi
- Visi sekolah
Sebagai usaha untuk merealisasikan Perak Nombor Satu, pendidikan yang diamalkan di sekolah ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai unsur insan yang seimbang rohani dan jasmani serta mampu menggunakan ilmu untuk kesejahteraan hidup dengan menghayati nilai-nilai murni berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan seperti yang tertera dalam Falsafah Pendidikan Negara.
- Misi sekolah
- Merancang dan melaksanakan dengan mengikut prosedur yang dikehendaki
- Melaksanakan semua aktiviti yang dirancang secara muafakat dan sistematik
- Mengubahsuai perancangan mengikut keadaan semasa
- Menilai semua rancangan dan cara pelaksanaan berasaskan keberkesanan yang paling maksimum
- Cuba mengikut acuan sekolah berasaskan kemudahan yang ada di sekolah
- Menggunakan tenaga sekolah secara maksimum untuk memastikan keberkesanan rancangan yang ditetapkan
Cogan kata sekolah
TEKUN USAHA JAYA
Sesuatu yang yang disertai dengan ketekunan dan bersungguh-sungguh akan membuahkan kejayaan. Ini bersesuaian dengan organisasi sekolah untuk melahirkan insan yang berjaya dan cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani dan intelek.
Lencana sekolah
TEMA
Tekun Usaha Jaya
WARNA
- Hijau - Kesuburan Ilmu
- Hitam - Keperihatinan
- Merah - Kegigihan, Keazaman dan ketekunan
STRUKTUR KOMPOSISI
- Obor - Azam dan Iltizam
- Buku - Ilmu Pengetahuan
- Roda - Sains dan Teknologi
- Tangkai Padi - Kemakmuran
- Bulan Sabit - Agama Islam
Bendera sekolah
- Panjang : 250 sm
- Lebar : 90 sm
- Warna : Hijau - Kesuburan ilmu. Putih - Keikhlasan, Kesucian Hati
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid
- Jalan Bawah
- 34250, Tanjong Piandang
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6057256269
- Fax = 6057250268