Sekolah Menengah Kebangsaan Putra | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Padang Katong, 01000, Kangar,, Perlis Indera Kayangan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Sederap Putra Ke Mercu |
Nombor sekolah | 6049761150 |
Kod sekolah | REB0057 |
Pengerusi PIBG | EN WAN ZAMARIZAL BIN ZAINON |
Pengetua | EN AZZUADI BIN JUSOH |
GPK Pentadbiran dan Akademik | EN ZULKHIBRI BIN HUSSEIN |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | EN BADRUL HISHAM BIN SALLEH |
Penolong Kanan Kokurikulum | PN SAKINAH BINTI HASHIM |
Faks | 6049763246 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Putra atau nama ringkasnya SMK Putra, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Padang Katong.
Pada 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Putra memiliki 378 pelajar lelaki dan 438 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 816 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2020
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Putra dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Putra. Sekolah ini diasaskan pada tahun 1965 dan telah dirasmikan pada tahun 1969 oleh D.Y.M.M. Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail iaitu Tuanku Raja Perlis pada ketika itu. Pada awal penubuhannya, bilangan murid yang mendaftar pada ketika itu ialah seramai 234 orang bagi murid Tingkatan 1, manakala tenaga pengajar hanya seramai 16 orang. Kini, Sekolah Menengah Kebangsaan Putra mempunyai murid seramai 853 orang dan berdaftar bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas. Bilangan staf akademik adalah seramai 93 orang (2 guru POOL) dan 12 anggota kumpulan pelaksana.
Pengetua pertama yang menerajui pentadbiran Sekolah Menengah Putra ini ialah Encik Teoh Chooi Hoor yang juga merupakan Guru Besar bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Putra. Pada tahun 1967, kumpulan murid pertama telah menduduki peperiksaan LCE. Sekolah ini bermula dengan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Putra. Mulai 16 November, Encik Medzirimi bin Mat, mantan Penolong Kanan SMK Perlis telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Putra yang baharu menggantikan Encik Nardin bin Bakar yang ditukarkan sebagai Pengetua SMK Beseri, Perlis.
Sekarang ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Putra sudah memiliki kawasan dan beberapa bangunan sendiri yang lengkap dengan kelas-kelas pembelajaran, makmal Sains, Bilik Muzik dan Tayangan, Pusat Sumber Sekolah, Bengkel Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA), Sains Rumah Tangga, Bilik Seni Visual, Grafik Berkomputer, Makmal Komputer serta pelbagai prasarana lain. Sekolah Menengah Kebangsaan Putra berkeluasan 12.11 hektar. Sekolah ini turut mempunyai Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi kategori Bermasalah Penglihatan dan Bermasalah Pendengaran
Sekolah Menengah Kebangsaan Putra merupakan sekolah yang berpotensi cemerlang pada masa hadapan. Oleh itu, iltizam daripada semua pihak amat penting dalam menunaikan tangggungjawab bagi merealisasikan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.hai saya ipin demi along
{{|date=November 2020}}
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Putra
- Jalan Padang Katong
- 01000, Kangar
- Perlis, Malaysia
- Telefon = 6049761150
- Fax = 6049763246
Rujukan