Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah | |
---|---|
Lokasi | |
Pandan Indah Jalan Pandan Ilmu,, 55100, Ampang, Selangor ![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Autoriti pendidikan | Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat |
Sesi | Pagi dan Petang |
Nombor sekolah | 03-42956866 |
Kod sekolah | BEA4616 |
Pengetua | Noralina Binti Ishak |
Tenaga pengajar | 125 |
Jumlah penuntut | 1900 |
Slogan |
|
Lagu | Tersergam megah SMK Pandan Indah, Warganya berusaha mencapai cita-cita, Bersatu hati mencipta jaya, Kamilah warga yang berjasa, Bersopan-santun berdisiplin berilmu, Mulia peribadi saling menghormati, Berbekal azam doa ibu bapa, Jayalah SMK Pandan Indah, Kreatif berinisiatif, Kritis dan berinovatif, Usaha berterusan lahir insan cemerlang, Jayalah SMK Pandan Indah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Mohamad Bin Osman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Juhaidah Binti Mohd Mokhtar |
Penolong Kanan Kokurikulum | Rozila binti Muhammad |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Salina Binti Ismail |
Faks | 03-42957566 |
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah mula dibina pada bulan Jun 1993 untuk mengatasi masalah kekurangan sekolah menengah di sekitar Ampang. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Disember 1994 di bawah kepimpinan Encik Zulkifli bin Ismail (1 hb Disember 1994 – Oktober 1995).
Pada peringkat awal, hanya terdapat lapan orang tenaga pengajar iaitu En. Zulkifli Ismail, En. Dial Jit Singh, En. Low Swee Ping, En. Halidon Samsuri, Puan Lee Yoke Lim, Pn.Kamaliah Ismail, Pn.Shoba Kumari dan Pn. Belinda Taj Indar. Bilangan pelajar cuma 83 orang yang menempati 3 kelas sahaja.
Pengetua yang kedua pula iaitu En. Abdul Karim b. Mohamad (1 Hb.Disember 1995-1996) mengetuai 28 orang guru, dengan jumlah pelajar 700 orang mencakupi 14 buah kelas iaitu 3 buah kelas peralihan dan 11 buah kelas tingkatan satu.
Pengetua yang ketiga pula iaitu Pn. Hajah Zakiah bt. Mat Lassim memulakan tugas pada bulan Februari 1997 sehingga 2009. Di bawah kepimpinan wanita gigih ini, pelbagai fasiliti disediakan untuk meningkatkan prasarana sekolah demi keselesaan murid dan guru seperti pembinaan surau (RM250 ribu), bilik darjah dan sekolah menjadi penanda aras pengurusan mata pelajaran teknologi maklumat peringkat kebangsaan dan pembukaan kelas Aliran Bahasa Arab. Hampir 12 tahun Pn. Zakiah menjadi pengetua di sekolah ini.
Pengetua yang keempat pula iaitu Pn. Ainah @ Bariyah bt. Baharom memulakan tugas sebagai pengetua pada 16 hb Mac 2009 – 12 hb Februari 2012 di sekolah ini. Antara prasarana yang dibangunkan ialah enam bengkel Kemahiran Hidup, makmal STIC, Bilik SPBT yang lebih selesa, bilik Peralatan Upacara, Galeri Sejarah, dan Koperasi Sekolah. Beliau amat menitikberatkan keceriaan sekolah seperti menurap tapak perhimpunan, menanam rumput di padang semula dan tempat parkir berbumbung untuk pentadbir dan guru. Konsep ‘Menghargai Masa’ dan Kempen 4S iaitu Senyum, Sapa, Salam dan Sayang amat dititikberatkan untuk semua warga sekolah.
Pengetua yang kelima iaitu Pn. Hajah Kholimaton bt. Romli mencipta sejarah dan legasi kecemerlangan sekolah bermula pada bulan Mei 2012 di bawah kepimpinan beliau apabila sekolah diumumkan sebagai penerima Baiah tahun 2013 daripada pihak KPM. Mantan Pengetua di SMK. USJ 23 ini membawa kecemerlangan dan transformasi dalam bidang akademik, HEM, Kokurikulum, sahsiah guru dan murid. Antara kejayaan beliau adalah dengan menaik taraf makmal ICT, Bilik Mesyuarat Perdana Indah, Dewan Mustika Indah, Laman Maya Indah, Laman Lestari Indah, Dewan Terbuka Astaka Indah, bilik guru dan keceriaan sekolah sebagai kesinambungan idea pengetua-pengetua sebelumnya. Beliau diraikan dalam majlis persaraan yang gilang- gemilang oleh warga SMK.Pandan Indah pada tanggal 30 hb April 2015 dengan tema majlis ‘Selaut Budi Segunung Bakti’
Pengetua yang keenam iaitu Pn. Hajah Che Salmah Bt. Samsudin pada bulan Jun 2015 dengan membawa pelbagai wawasan, misi dan visi untuk merealisasikan akademik terbilang, sahsiah terpuji, legasi kejayaan. Beliau telah berjaya mengubah persekitaran SMK Pandan Indah menjadi antara sekolah yang terbaik di zon Ampang dan daerah Hulu Langat. Pada 11 Julai 2018, Puan Hajah Che Salmah telah bersara wajib dan berjaya meninggalkan legasi merintis jalan memacu kecemerlangan SMK Pandan Indah dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
Pengetua ketujuh iaitu Tuan Haji Rizal bin Uzir telah menjawat jawatan pengetua di SMK Pandan Indah pada 16 Julai 2018. Ketika melangkah kaki di sini, Tuan Haji Rizal bin Uzir telah bertekad untuk menjadikan SMK Pandan Indah sebagai sebuah sekolah yang disenangi oleh murid, guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Oleh itu, perasaan cinta dan sayangkan sekolah mesti dibentuk dalam naluri setiap murid, guru dan ibu bapa. Justeru diperkenalkan hashtag #indahdihati, #indahcapaian, #indahpodium dan #indahsahsiah. Beliau menitikberatkan keceriaan sekolah demi membuahkan rasa senang murid, ibu bapa dan guru-guru sebagai pemangkin ke sekolah.
Pengetua kelapan iaitu Puan Noralina binti Ishak telah memulakan tugas di SMK Pandan Indah sebagai seorang pengetua pada 20 hb Mac 2023. Seiring dengan status sekolah sebagai sekolah TS25 Kohort ke-7, Puan Noralina berazam untuk menjadikan SMK Pandan Indah sebagai sekolah berkualiti serta kemenjadian murid berkualiti pada tahun 2025. Puan Noralina menggunakan slogan #indahBANGKIT, ‘Bangkit Berjaya’ dan ‘YAKIN BOLEH’ bagi menaikkan semangat murid-murid dan guru-guru ke arah kecemerlangan pendidikan di SMK Pandan Indah.
Pencapaian
- Johan Kejohanan Bola Sepak MSSD Hulu Langat (Zon Ampang) U-18 (2012,2013,2014)
- Johan Kejohanan Bola Sepak MSSD Hulu Langat U-18 (2012,2013,2014)
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah
- Jalan Pandan Ilmu,
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 342956866
- Fax = 342957566