Sekolah Menengah Kebangsaan Padawan | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah Aliran Perdana |
Moto | Berdisiplin, Berusaha, Berdikari |
Nombor sekolah | 6082370302 |
Kod sekolah | YEA1306 |
Pengetua | Encik Irie Anak Ambau |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Jomet Anak Jukey |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Irwandy Anak Japit |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Raphael Anak Andrew Lissem |
Sekolah Menengah Kebangsaan Padawan atau nama ringkasnya SMK Padawan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di KM 14, Jalan Padawan.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Padawan memiliki 524 pelajar lelaki dan 551 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1075 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009
Sejarah
Perancangan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Padawan bermula pada pertengahan tahun 1983, dalam satu perjumpaan di antara pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Bahagian dan USKUP Agung Kuching, mengenai pinjaman tapak SRB St. Michael, Tiang Bukap sebagai tapak sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Padawan. Perbincangan tersebut berhasil dan Sekolah Menengah Kebangsaan Padawan menerima kumpulan pelajar yang pertama pada 4hb Januari 1984.
Sekolah Menengah Kebangsaan Padawan mula beroperasi dengan hanya 8 orang guru, 9 orang kakitangan sokongan dan 179 orang pelajar. Kemudahan fizikal hanya terdiri daripada satu blok pejabat, satu blok kelas yang mengandungi 5 buah bilik darjah, dua buah asrama lelaki dan dua buah asrama perempuan. Pada tahun 1985, satu blok baru telah dibina secara gotong-royong untuk menampung lima buah kelas Tingkatan 1. Pertambahan bilangan pelajar menyebabkan dua buah asrama lagi dibina iaitu sebuah untuk pelajar lelaki dan sebuah lagi untuk pelajar perempuan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Padawan memulakan sistem persekolahan dua sesi pada tahun 1986. Namun begitu, bangunan yang sedia ada tidak mampu menampung pelajar yang kian bertambah. Dengan itu, pada tahun 1986, satu tapak baru (tapak sekarang) telah diratakan untuk pembinaan bangunan baru. Pembinaan bangunan bermula pada tahun 1987 tetapi pada akhir 1988 pembinaannya tergendala disebabkan kontraktor berkenaan menghadapi masalah. Pembinaan itu disambung semula pada tahun 1989 tetapi kontraktor yang kedua juga gagal menyiapkannya. Sekolah hanya disiapkan pada tahun 1992 oleh kontraktor yang ketiga dan mulai digunakan pada Mei 1992.
Moto, Visi dan Misi
Moto sekolah: Berdisplin, Berusaha dan Berdikar
Visi sekolah: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi sekolah: Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Lagu Sekolah
Majulah Padawanku
Terdengar suara memanggil kami
Datanglah ke SMK Padawan
Di sini tempat marilah berkumpul
Janglah ketinggalan
Nyaringnya suara guru mengajar
Pembentuk pemimpin masa depan
Untuk menyahut seruan negara
Ke arah pembangunan
Berdisiplin, berusaha supaya berdikari
Itulah cogan kata kami
Marilah laksanakan
Sebagai murid yang mencintai ilmu
Padawan oh... SMK Padawan
Sanggup berkorban supaya berjaya
Majulah Padawanku
Kemudahan
Akademik dan pentadbiran
Perpustakaan Sekolah (PSS) menyediakan pelbagai bahan bacaan dan alat-alat bantu mengajar.
Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan akademik dan pentadbiran lain seperti:
- Makmal sains
- Bengkel RBT
- Dewan Gemilang
- Bilik media
- Bilik guru
- Pejabat pentadbiran
Penginapan pelajar dan staf
- Asrama Pelajar Lelaki
- Asrama Pelajar Perempuan
- Surau
- Flat Kediaman
Sukan dan rekreasi
Pelajar-pelajar di SMK Padawan semestinya terlibat dengan pelbagai aktiviti kokurikulum.
Antara kemudahan yang terdapat di SMK Padawan ialah seperti:
- Padang
- Gelanggang bola tampar
- Gelanggang sepak takraw
- Taman Mini
Pencapaian
Akademik
Pada tahun 2020, dua pelajar SMK Padawan mendapat keputusan straight As dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun yang sama juga, terdapat seramai 153 calon yang menduduki peperiksaan itu. [1]
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Padawan
- KM 14, Jalan Padawan
- 93250, Kuching
- Sarawak, Malaysia
- No. Telefon: +6082370302
- Alamat Emel: yea1306@moe.edu.my / smkpadawanyea14306@gmail.com
Pautan luar
- smkpadawanyea1306.wixsite.com/yea1306