Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Pekan Labu Besar, 09010, Kulim,, Kedah Darul Aman![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu Berdisiplin Berbakti |
Nombor sekolah | 6044031693 |
Kod sekolah | KEA5067 |
Pengetua | Tuan Amirulddin bin Abdul Hamid |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Hajjah Rosmalelawirawati bt Saman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Hassan bin Ahmad |
Penolong Kanan Kokurikulum | Che Sakinah bt Mat Isa |
Faks | 6044031693 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar atau nama ringkasnya SMK Labu Besar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pekan Labu Besar.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar memiliki 606 pelajar lelaki dan 595 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1201 orang.Sekolah ini mempunyai seramai 76 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar (SMKLB) terletak kira-kira 27 kilometer dari Bandar Kulim. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1975. Pada peringkat awal penubuhannya, pelajar-pelajar SMKLB telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Malau dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Pelam, Malau mulai 1 Januari 1975 sehingga 31 Mei 1976.
Bangunan SMKLB telah didirikan di sebuah kawasan seluas 6.07 hektar (15 ekar) di kawasan ladang Bukit Sidim, Labu Besar. Pada 1 Jun 1976, SMKLB dengan rasminya beroperasi dan telah memulakan sesi persekolahannya pertama dengan jumlah pelajar seramai 437 orang. SMKLB turut betuah kerana diberikan kemudahan asrama harian. Asrama harian SMKLB mulai mengambil pelajar pertamanya pada 1 Mei 1991 dengan kapasiti 110 orang pelajar.
Mulai 1 Mac 1993, sekolah ini telah dinaiktaraf dari sekolah gred B ke sekolah gred A dan beroperasi melalui 34 buah kelas yang terdiri dari tingkatan peralihan hingga tingkatan 5. Mulai 1998 pula, kelas aliran sains dibuka untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dengan jumlah pelajar seramai 20 orang. Pada awal april 2002, sekolah ini sekali lagi melakar sejarah apabila diberi kepercayaan mewujudkan kelas tingkatan 6 aliran sastera dan seramai 28 oarang pelajar mendaftar diri pada tahun tersebut.
Apabila terbinanya sebuah blok bangunan tiga tingkat yang baru pada tahun 2003, perubahan kepada sistem persekolahan turut berlaku. Blok yang mengandungi 12 buah bilik kelas, sebuah bilik guru dan sebuah dewan terbuka telah membolehkan sistem persekolahan satu sesi dilaksanakan mulai tahun tersebut.
SMKLB telah menubuhkan kelas Pendidikan Khas mulai 1 Januari 2008 dengan jumlah murid kelas pendidikan khas adalah seramai 16 orang, seorang guru penyelaras, 3 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid (PPM). Murid khas sekolah ini datang dari sekitar kawasan Sedim, Kulim.
Senarai Nama Pengetua
- En. Mohd Yusuff bin Mohd Isa 1.1.1975 - 31.12.1979
- En. Abdul Hamid bin Haji Muhamad 1.1.1980 - 15.10,1986
- En. Ramli bin Ariffin 16.10.1986 - 31.3.1988
- En. Abdul Wahab bin Noor 1.4.1988 - 31.1.1995
- Pn. Zalilah bt Zakaria 1.2.1995 - 31.1.1997
- Tn. Haji Nordin Kayat 1.2.1997- 30.6.2000
- En. Jamaluddin bin Idris 1.7.2000 - 15.9.2003.
- En. Ramlee bin Mohamed Shariff 16.9.2003 - 31.10.2004
- Tn. Haji Abdullah bin Yaacob 1.11.2004 - 30.4.2006
- .Tn. Haji Mohd Khirrudin bin Ideris 1.5.2006 - 28.2.2007.
- .Pn. Zaleha L. Hamid 1.3.2007 -26.9.2009
- Pn. Rosnah Ismail 27.9.2009 - 13.12.2012
- Tn.Haji Rusdin bin Hussin. 14.12.2012 - 2.10.2016
- .Tn. Haji Mas'od bin Haji Jailani 3.10.2016 - sekarang.
Pencapaian.
- Kurikulum.......
2.Kokurukulum...
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar
- Pekan Labu Besar
- 09010, Kulim
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6044031693
- Fax = 6044031693