Kewujudakan sekolah menengah bawah La Salle Brothers bermula di Asia pada tahun 1852 apabila mereka mendirikan Institusi St Xavier di Pulau Pinang. Sejak itu, rangkaian sekolah rendah dan menengah La Salle telah dibangunkan di seluruh negara. Setelah tamatnya zaman penjajahan, La Salle Brothers terus menetap di Malaysia untuk menguruskan sekolah-sekolah mereka. Semasa pendudukan tentera Jepun di negara ini, hampir semua LA Salle Brothers yang berwarganegara asing telah dipenjarakan. Sekolah-sekolah Katolik terus berkembang walaupun apabila La Salle Brothers semakin berkurangan bilangannya. La Salle Brothers telah menjadi antara pengasas pendidikan moden di Malaysia dan pendidikan Lasallian terus menjadi sebahagian penting dalam sistem pendidikan tempatan sehingga masa kini. Terdapat lebih kurang 22 buah Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle di Malaysia.
Kedah
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Alor Setar
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. Patrick, Kulim
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. Theresa, Sungai Petani
Pulau Pinang
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. Xavier, George Town
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. George, Balik Pulau
Perak
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. George, Taiping
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Ipoh
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. Anthony, Teluk Intan
Selangor
Negeri Sembilan
Kuala Lumpur
- Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Brickfields (M)
- Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Sentul (M)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif (dahulunya SMK La Salle, Jalan Peel sehingga 1994)
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. John, Bukit Nenas
Melaka
Johor
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. Andrew, Muar
Sabah
- Sekolah Menengah St. Martin Tampasak, Tambunan
- Sekolah Menengah La Salle, Tanjung Aru, Kota Kinabalu
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary, Sandakan
Sarawak
Lihat juga
- Sekolah Kebangsaan Convent
- Sekolah Menengah Kebangsaan Convent
- Sekolah Kebangsaan La Salle
- Sekolah Kebangsaan Methodist
- Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist