| Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Laut | |
|---|---|
| Lokasi | |
Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Nombor sekolah | 6097196217 |
| Kod sekolah | DEA6359[1] |
| Faks | 6097196217 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Laut (SMeKaL) atau nama ringkasnya SMK Kampong Laut, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampong Laut, Palekbang.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Laut memiliki 720 pelajar lelaki dan 675 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1395 orang. Ia mempunyai seramai 110 orang guru.2009
Sejarah
Terletak dalam mukim Kampong Laut, daerah Sungai Pinang, jajahan Tumpat, negeri Kelantan.[2]
Boleh dihubungi melalui jalan raya (dari Kota Bharu dan Tumpat) dan motobot (dari Kota Bharu melalui Sungai Kelantan) & jalan keretapi (Singgah di Wakaf Bharu)[2]
Jarak 12 km ke Kota Bharu dan 8 km ke PPD Tumpat.
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kampong Laut. Pada tahun 1966 sekolah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Laut (SMeKal)[2]
Jumlah pelajar SMeKal kini seramai 1066 (2025) dan bilangan guru seramai 106 orang.[2]
Bilangan kelas sebanyak 49 kelas semuanya.
Tingkatan 6 (Aliran kemanusiaan) bermula pada tahun 2002 dengan kemasukan pelajar tingkatan 6 rendah. Peperiksaan pertama pada tahun 2003.[2]
Visi dan Misi
Visi : Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Misi : Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Laut
- Kampong Laut, Palekbang
- 16040, Tumpat
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 6097196217
- Fax = 6097196217








