Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat | |
---|---|
![]() | |
Location | |
Jalan 4/10 Seksyen 4 , , Selangor | |
Information | |
School type | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Motto | Berilmu, Beramal, Ikhlas, Berbakti |
Established | 3 Januari 2004 |
School number | 0389258028 |
School code | BEA4624[1] |
Pengerusi PIBG | Dato'Dr. Syed Kamarudin Haji Sadak |
Principal | Tuan Mohd Fareed Faheim bin Mohd Elyas Majeed |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Rosmawati binti Kamarudin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Nooraziah binti Hashim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Noraishah Intan binti Othman |
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat atau nama ringkasnya SMK Jalan Empat, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 4/10 Seksyen 4 Bandar Baru Bangi
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat memiliki 662 pelajar lelaki dan 803 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1465 orang. Kini (2020) mempunyai 1476 orang murid. Ia mempunyai seramai 97 orang guru.2009
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat (SMK Jalan Empat) ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi (SBT) kerana pihak sekolah akan mengambil masuk pelajar yang mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja. Sekolah ini dikenali ramai kerana kecemerlangan pelajar dalam akademik. Sekolah ini telah memenangi anugerah Sekolah Harapan.
Sejarah
Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 6 Januari 2003 dengan bilangan pelajar tingkatan 1 berjumlah 143 orang oleh pengetuanya, Datin Hajah Ramlah binti Abdul Rahman. Kini, pelajarnya menjangkaui 1000 orang. Datin Hajah Ramlah telah bersara pada bulan Jun 2007. Pn. Kamariah dari Sekolah Menengah Jalan 2 telah menggantikan tempatnya. Pada tahun 2008, sekolah ini telah memenangi anugerah Sekolah Cemerlang. Kemudian pada tahun 2009 Pn Kamariah telah dipindahkan ke Sekolah Dusun Nanding dan digantikan dengan Pn Hjh Norizan. Sekolah ini juga telah mendapat anugerah lompatan sarjana dan merupakan antara sekolah yang cemerlang SPM di Selangor. Pada tahun 2010, sekolah ini telah dinobatkan Sekolah Kebangsaan terbaik di seluruh Malaysia untuk PMR 2009. Detik ini ialah saat yang amat membanggakan.[2] Jumlah pelajar yang mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah juga memberangsangkan, iaitu dengan jumlah 108 orang pada tahun 2005, 128 pada tahun 2006, 176 pada tahun 2007, 201 pada tahun 2008, 168 pada tahun 2009 dan 203 pada tahun 2010. Pada tahun 2011 juga, SMK Jalan empat telah dikategorikan sebagai salah satu Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2 di Malaysia. Pada tahun 2007, seorang pelajar bernama Syafiq Ahmad telah bersekolah di SMK Jalan Empat dan beliau telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan catur, bola sepak, sofbol dan pelbagai lagi. Beliau kini seorang pembikin video dan berkarya untuk tontonan masyarakat dengan penubuhan TEAMBUATHAL.
Lagu sekolah
Di sini
Kita semua berjanji
Pada diri sendiri
Menggapai seribu impian
Di hatiku takkan berundur diri
Walau onak dan duri
Menantiku di hari-hari yang pasti
Oh teman marilah kita
Bersama menuju cita
Eratkan perhubungan sesama kita
Tanamkan saling percaya
Suburkan akhlak mulia
Semoga kita mendapat keberkatanNya
Ayah, ibu dan guru-guru
Redhakan ilmu yang kau beri
SMK Jalan Empat terus maju
Cemerlang gemilang terbilang
SMK Jalan Empat terus maju
Cemerlang gemilang terbilang
Majalah sekolah
Pada tahun 2004, pihak Sidang Redaksi Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat telah menerbitkan majalah Bitara yang pertama. Detik ini telah menjadi satu titik permulaan kepada penghasilan majalah BITARA yang lebih canggih. Pada tahun 2008 pula, Sidang Redaksi Majalah Bitara Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat di bawah pimpinan Setiausaha Guru, Pn. Fatimah Sepuan, dan Ketua Editor tahun tersebut telah menghasilkan majalah BITARA edisi ke-5 yang memaparkan banyak perubahan. Ketua Grafik, Leana Fatimah Binti Makhdzir dan semua ahli sidang redaksi juga telah menjadi tulang belakang kepada penghasilan majalah ini. Pada tahun 2008 juga, CD Bitara yang pertama dikeluarkan. Sidang redaksi sekolah bertanggungjawab untuk memastikan tatapan dan isi majalah sekolah kekal mantap dan berkualiti. Sehingga 2010, sebanyak 7 buah jilid majalah telah dikeluarkan.
Nama Kelas
Kelas | Akronim |
---|---|
Proaktif | PRO |
Cendekia | CEN |
Dedikasi | DED |
Dinamik | DIN |
Inisiatif | INI |
Inovatif | INO |
Karisma | KAR |
Kreatif | KRE |
Optimis | OPT |
Wawasan | WAW |
Wibawa | WIB |
Kelas akan ditambahkan atau dikurangkan jika ada pertambahan bilangan murid dalam tingkatan seperti tambahan WAW dan WIB
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat
- Jalan 4/10 Seksyen 4
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 0389258028
- Fax = 0389254749
Rujukan
- ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri.
- ^ Better PMR Results Malay Mail Online