Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah | |
---|---|
Lokasi | |
81550 Gelang Patah, Johor Darul Takzim Templat:MALAYSIA | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 07-5101213 |
Faks | 07-5101486 |
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah (SMKGP) ditubuhkan pada bulan Januari 1966 dengan menumpang tiga buah bangunan yang berasingan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ming Terk. Mulai penggal ketiga persekolahan tahun 1969, sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri yang ada sekarang. Pada waktu itu jumlah pelajarnya seramai 224 orang iaitu 184 orang pelajar aliran Melayu dan 40 orang pelajar aliran Inggeris.
Pada permulaannya, SMKGP terdiri daripada dua blok iaitu A dan B yang mengandungi pejabat, sebuah makmal sains, dua buah makmal sains rumahtangga, dua buah tandas, empat buah stor, dan sepuluh buah bilik darjah. Semua pelajar pada masa itu belajar di dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.
Pada bulan Januari 1975, satu blok tambahan iaitu Blok C dibina. Ia mengandungi dua buah bilik darjah, satu bilik stor, dan kantin. Jumlah murid pada masa itu adalah seramai 542 orang. Pada tahun 1980, sebuah bangunan rumah berkembar dua telah didirikan. Pada tahun 1988, sekolah cawangan telah mula menjalankan pentadbiran sendiri dan tahun ini juga kawasan sekolah telah mula menjalankan pentadbiran sendiri dan tahun ini juga sekolah telah mendapat kawasan dari 7.83 ekar kepada 12 ekar.
Pada awal Januari 1989, sebuah bangunan lagi telah dibina iaitu blok D dan mula digunakan pada awal Februari 1990. Bangunan ini mengandungi enam bilik darjah, satu bilik guru, tiga makmal tulen, dua tandas guru, dan dua tandas murid. Bangunan KBSM iaitu blok E telah siap dibina yang mengandungi dua belas bilik darjah, manakala bangunan tambahan kantin yang telah dibina telah diubahsuai menjadi persatuan badan beruniform dan stor sukan pada penghujung tahun 1990. Satu gelanggang serba guna juga telah siap dibina dan digunakan pada pertengahan tahun 1990.
Pada tahun 1994, bengkel Kemahiran Hidup telah diubahsuai menjadi dua buah bilik iaitu bilik kerja kayu dan logam. Pada Mei 1997, projek pembinaan Dewan Besar telah dimulakan dan siap pada September 1998. Pada akhir tahun 1998 dan blok bangunan empat tingkat dan sebuah bengkel pertanian telah siap didirikan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 1999.
Pada tahun 2010, setelah berusia 44 tahun, SMKGP masih berdiri teguh dengan mempunyai 16 orang kakitangan bukan guru, 90 orang guru dan 1300 orang pelajar
Tahun hadapan 2016,sekolah ini menyambut ulangtahunnya ke-50
Hubungi
ALAMAT SEKOLAH
SMK Gelang Patah
81550 Gelang Patah
Johor Bahru
Johor Darul Ta’zim
Telefon : 07-5101213 Faks : 07-5101486
Email : smkgelangpatah@yahoo.com
Lirik lagu
Tajuk:Didikan Asas Jaya
Lirik :En. Kamal Dardak
Muzik:En. Micheal Yeo
Majulah sekolahku majulah
Maju terus ke akhir zaman
Berdisiplin juga berusaha
Menjadi manusia berguna
Sekolah Menengah Gelang Patah
Jasamu takkan kami lupa
Padamu kami mengabdi diri
Untuk bekalan hari nanti
S.M.G.P!! S.M.G.P!!
Perpaduan dicipta
Berbakti terus berbakti
Untuk ibu pertiwi
Majulah sekolahku majulah
Dengan 'Didikan Asas Jaya'
Itulah amalan kami semua
Menjadi manusia berguna