Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad | |
---|---|
Fail:Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad.jpg | |
Lokasi | |
Kampong Kastam, Bukit Gelugor, 11700, Gelugor,, Mutiara Timur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Bertindak |
Nombor sekolah | 6046581272 |
Kod sekolah | PEE1101 |
Pengetua | En Shabri Bin Mohamad Idris |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Rashida Binti SK Abdul Kader |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Zarina Binti Daud |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Ruzi Bin Omar |
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad atau nama ringkasnya SMKDHMNA, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampong Kastam, Bukit Gelugor. Sekolah ini juga merupakan sekolah pelajar-palajar cemerlang yang mendapat 3 A keatas sahaja bagi sesi 2012.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad memiliki 396 pelajar lelaki dan 367 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 763 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009
Sejarah
Bermula daripada setapak tanah belukar seluas 10.5 ekar Gelugor Secondary School memulakan sesi persekolahan pada tarikh bersejarah 1 Januari 1969. Pada tahun 1979, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Gelugor selaras dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pada tahun 1990, buat kali kedua nama sekolah ini ditukar lagi menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Mohd Nor Ahmad sempena nama seorang tokoh pendidik, pejuang bangsa dan pengasas UMNO Pulau Pinang, iaitu Datuk Haji Mohd Nor B. Ahmad.
- Bertukar Wajah...
Pada 1 Januari 1993, asrama desa ‘Hurun Ain’ telah diwujudkan. Penubuhan asrama desa ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada para pelajar yang tinggal berjauhan dari sekolah. Satu blok khas asrama desa telah dibina pada 2007. Penghuni di asrama ini hanya terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan sahaja.
Selain dari itu, Sekolah ini dilengkapi dengan 7 Makmal Sains, 2 Makmal Komputer, Dewan, Mini Teater, Bilik Guru, Stor Sukan, Pusat Sumber, Bengkel Kemahiran Hidup, Bengkel Menservis Motosikal serta bilik Katering. Di samping itu, sebuah bangunan turut diubah suai menjadi bilik mesyuarat yang lebih cantik dan selesa. Ianya menjadi pilihan JPN dan pihak yang lain sebagai tempat bermesyuarat bagi beberapa aktiviti kurikulum dan kokurikulum peringkat daerah dan negeri.
- Sejarah Baru...
Kini, SMKDHMNA terus menapak dengan membawa sinar yang baru kepada para pelajarnya. Beberapa subjek baru telah diperkenalkan, antaranya; pembelajaran literasi komputer, penubuhan 2 kelas MPV iaitu Katering & Penyajian dan Menservis Motosikal serta penubuhan kelas aliran agama. Kepercayaan Jabatan Pelajaran Negeri dengan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah 'Showcase' bagi mata pelajaran Pendidikan Seni, Menservis Motosikal dan Litar 'Parcouse' menyemarakkan warga SMKDHMNA untuk terus menggungguli sebaris dengan sekolah-sekolah ternama yang lain.
Dengan perubahan dan suasana yang baru ini, diharapkan warga SMKDHMNA akan lebih berusaha untuk mengejar kejayaan hidup dan sekaligus memberi kecemerlangan kepada SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad.
Lagu Sekolah
- Bertindak Menuju Kejayaan
- Berganding Mahu Ke Puncak Jaya
- Bertindak Menuju Kecermerlangan
- Kamilah Harapan Negara
- Demimu sekolah kami
- Berakhlak, berbudi pegangan kami
- Semangat juang kami tinggi
- Rukun Negara Kami Taati
- Putera puteri penuh semangat
- belajar penuh azam dan tekad
- Di dada kami sudah tersemat
- Kecermerlangan sepanjang hayat
FALSAFAH SEKOLAH
Sekolah sebagai gedung ilmu yang bakal melahirkan puteri-putera yang berwawasan
Visi
Berazam mencapai kejayaan dalam bidang disiplin, akademik, dan kokurikulum menjelang tahun 2020
Misi
♦ Berusaha melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran yang efektif
♦ Meningkatkan sahsiah, kualiti diri serta berimej melalui penghayatan agama dan nilai-nilai murni.
♦ Berusaha meningkatkan kecermerlangan dalam bidang kokurikulum melalui tindakan dan perancangan yang proaktif.
Slogan
Day by day, in every way, i am getting better and smarter.
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad
- Kampong Kastam, Bukit Gelugor
- 11700, Gelugor
- Pulau Pinang, Malaysia
- Telefon = 6046581272
- Fax = 6046583644