Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad Rasdi | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Trong, 34850 Changkat Jering,, Perak Darul Ridwan![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu, Beriman, Beramal |
Nombor sekolah | +6058552661 |
Kod sekolah | AEA6053 |
Pengerusi PIBG | Tn Hj Hamdan bin Murad |
Faks | +6058554429 |
Laman sesawang | http://www.rasdian.edu.my/portal/ |
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad Rasdi atau nama ringkasnya SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Trong.
Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad Rasdi memiliki 451 pelajar lelaki dan 459 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 910 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 8, Changkat Jering, Perak ditubuhkan pada 2 Januari, 1991. Pada mulanya sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Bendang Siam, Changkat Jering pada sesi petang. Jumlah pelajar pada ketika itu ialah seramai 146 orang dan bilangan guru pula ialah seramai 14 orang sahaja termasuk Pengetua dan Guru Kanan Pentadbiran.
Pada 2 Januari, 1993, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Kampung Chengal Jantan, Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering.
Pengetua pertama ialah Tuan Hj Hamdi b Hj Hussin. Pengetua kedua ialah Tuan Hj Jaafar b Harun, AMN, PPT yang berkhidmat mulai 1 Januari 1992 sehingga beliau bersara pada 21 November, 1999. Pengetua yang ketiga pula ialah Tn Hj Yahya b Abdul Rahman. Pengetua seterusnya, iaitu yang keempat, ialah En Mustapa bin Embin, AMP. Beliau bersara mulai dari 4 April, 2008.
Terdapat empat buah bangunan iaitu dua buah bangunan tiga tingkat yang menempatkan bilik-bilik darjah, pejabat, bilik guru, surau, Makmal Sains, Pusat Sumber, Bilik Ekonomi Rumahtangga, Bilik Kaunseling, Bilik Buku Teks dan setor Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dua buah bangunan lagi menempatkan Bengkel Kemahiran Hidup dan kantin.
Sekolah telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah pada 6 Mei, 1997.
Kemudahan fizikal sekolah terus bertambah dengan pembinaan dua buah bangunan tiga tingkat yang dilengkapi dengan bilik-bilik darjah, Makmal Sains Tulen, Bengkel Kemahiran Hidup dan Pusat Sumber Baru. Dua blok bangunan tambahan ini mula dibina pada bulan Mei 1997 dan mula digunakan pada 4 Januari, 1999.
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 8, Changkat Jering telah ditukar namanya kepada: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' WAN AHMAD RASDI, CHANGKAT JERING mengikut surat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. KP (JPS) 5181/57/(56) bertarikh 23hb Jun, 2000.
Majlis Pemasyhuran Nama Baru Sekolah telah disempurnakan oleh anakanda beliau, Allahyarham Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Seri Wan Omar b Wan Ahmad Rasdi, SPMP, PMP, KMN, JP, TGP, MJF, PHF, Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama pada 29hb Ogos, 2000 bersamaan 29 Jamadilawal, 1421.
Kini, SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi mempunyai seramai 1005 orang pelajar dari Kelas Peralihan hingga Tingkatan Lima. Bilangan guru ialah seramai 57 orang termasuk Pengetua, guru-guru Penolong Kanan, guru-guru kanan, guru-guru serta dibantu oleh 11 orang staf bukan akademik.
Dalam masa lebih sedekad, sekolah ini telah berkembang dengan pesat dan berupaya menempa nama dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sekolah memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar dengan slogan "Beriman, Berilmu dan Beramal".
Pencapaian
Pada tahun 1995, telah berjaya menjadi johan Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan Sekolah (Program 3K) peringkat negeri Perak dan mendapat tempat ketiga di peringkat kebangsaan. Pada tahun berikutnya, sekolah ini telah menjadi Juara Peringkat Kebangsaan.
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad Rasdi
- Jalan Trong
- 34850 Changkat Jering
- Perak, Malaysia
- Telefon: +6058552661
- Faks: +6058554429
Pautan luar
- Laman Web Rasmi Sekolah Diarkibkan 2009-05-27 di Wayback Machine