Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Hussein | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Sesi | SESI PAGI 644 SESI PETANG 342 |
Nombor sekolah | 6058394048 |
Kod sekolah | AEE6059 |
Pengerusi PIBG | SARUDIN BIN ROSELI |
Pengetua | KHAIROL BIN DAMIRI |
Tenaga pengajar | 104 |
Jantina | LELAKI 473 P513 |
Jumlah penuntut | 986 |
Kelas | 52 |
Purata saiz kelas | 25 |
Bilik kelas | 37 |
GPK Pentadbiran dan Akademik | MD RAMLY BIN MAHMOOD |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | MOHD AZLAN BIN JOHAN |
Penolong Kanan Kokurikulum | KU JAISMAN BIN KU ISMAIL |
Faks | 6058394048 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Hussein atau nama ringkasnya SMK Dato' Hj Hussein, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Wan Md Razalli.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Hussein memiliki 695 pelajar lelaki dan 763 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1458 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru.2009. Pada Januari 2024 SMK Dato' Haji Hussein mempunyai 1009 pelajar termasuk PPKI, aliran perdana dan pelajar tingkatan 6.
Sejarah
Nama sekolah tersebut diambil sempena nama ADUN Selama, Perak yang pertama, Allahyarham Dato' Seri Haji Hussein Yaacob. Beliau berasal dari Sungai Bayor, Selama Perak dan berketurunan Melayu yang berasal dari Yala, Pattani. Sebelum menceburi dunia politik, Allahyarham merupakan seorang guru agama dan telah menghabiskan masa menuntut di Mekah, Arab Saudi selama hampir 10 tahun di sana. Allahyarham memulakan kerjaya beliau sebagai seorang ahli politik apabila diberikan amanah oleh Perdana Menteri Malaya, Almarhum Tunku Abdul Rahman untuk bertanding di kerusi tersebut di dalam Pilihanraya Umum Malaya pada tahun 1959 dan seterusnya memenangi kerusi tersebut.
Allahyarham kemudian terus diberikan kepercayaan untuk bertanding di kerusi yang sama oleh Almarhum Tunku dan pengganti beliau, Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada pilihanraya ke-2 (1964) dan ke-3 (1969).
Antara jasa-jasa yang ditaburkan oleh Allahyarham sepanjang beliau berkhidmat sebagai ADUN kawasan Selama, Perak ialah dengan menghadiahkan tanah-tanah milik beliau untuk didirikan sebuah hospital dan sekolah menengah itu sendiri.
Selain daripada itu, tidak ramai yang mengetahui bahawa memandangkan Allahyarham cukup rapat dengan Perdana Menteri ke2, Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau telah berjaya meyakinkan Allahyarham untuk memberikan peluang kepada para pemuda yang berasal daripada Selama, Perak untuk terlibat di dalam projek FELDA yang pada ketika itu, ianya masih berada di dalam peringkat awal dan perancangan.
Allahyarham Dato' Seri Haji Hussein menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada bulan Mac, 1976. Sebagai mengenang kembali jasa-jasa yang diberikan oleh Allahyarham Dato' Seri Haji Hussein, pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk menamakan semula Sekolah Menengah Selama, Perak kepada Sekolah Menengah Dato' Haji Hussein.
Pencapaian
2025 Akmal Danish- Pingat Emas di Sirkit 1 Para Powerlifting Kebangsaan 2025 Angkatan 150kg (rekod peribadi)
2025 - Johan Petanque Remaja Perak 2025 (Kuala Kangsar) pada 15-16 Februari 2025 - MUHAMMAD AFIQ BIN RISMAAZMI[1]
2024 - Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Lelaki (Ke-4). Giant Tunjong Kota Bahru Kelantan.
2023 - SMK Dato' Hj Hussein merupakan salah satu pasukan Takraw terkuat di negeri Perak. Pada 2023 sekolah ini mewakili negeri Perak kejohanan MSSM dan hanya melepasi Suku Akhir kejohanan yang berlangsung di Kedah.
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Hussein
- Jalan Wan Md Razalli
- 34100, Selama
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6058394048
- Fax = 6058394048
Pautan luar
- ^ https://lookerstudio.google.com/u/0/reporting/765a6a92-9bea-4fe0-b36f-8f4b444c7d09/page/dKrbE. Missing or empty
|title=
(bantuan)